27 September, 2013

I’m back!

| 2 Comments

Hello guys…

 

take a smile

 

Lamanya tak buat post kat blog sendiri.

Alasan yang sama, bizi, bizi, bizi.

Kat office bizi. kat rumah pun bizi,

Cari duitlah katakan.

Ye lah, selagi mata tak tutup,

kerja, kerja, kerja…

 

Last time update pun…

Pada hari raya yang lepas,

sampailah sekarang…

MasyaAllah, pemalasnya aku…

Naik bersawang dah blog aku nih…

Uuuuuu…

 

Sebenarnya aku baru je habis buat video,

untuk presentation ICC Convention.

Nak haplot la kononnya kat sini.

Tapi disebabkan kelajuan internet,

macam siput dan kura-kura,

terpaksalah aku melupakan hasrat aku,

yang suci murni tu.

Tunggu sajalah time kat office esok.

Quota internet aku pon jimat sket.

LOL!

 

Agaklah kan…

Kena buat 2 video presentation…

Kelam kelibut aku nak buat.

Mana nak attend troubleshoot lagik.

Malam pulak, terpaksa korban masa,

untuk tidur.

Dapat tidur 3 jam pun kira dah beruntung sangat.

Mana tak nyer.

Buat 2 kerja sekaligus.

Presentation dengan translation.

Nasib baik pandai bahagi masa.

Dan semuanya berjalan lancar,

Alhamdulillah…

 

Kembali cerita pasal 2 presentation aku tu.

Aku kena buat opening ngan closing.

Opening video yang aku tunjuk tu…

lebih kurang 7 minit panjangnya.

Alhamdulillah… Siap semuanya.

Segalanya berjalan lancar,

sampailah hari terakhir preparation,

derang suruh tukar.

Siapa tak hangin…

Sapa yang tau tu, fahamlah kot.

Dah la nak merender bukan main lama.

Sesuka hati je nak soh tukar itu bagai.

Ingin Ingat ni pakai Power Point ke haper?

First time and second time tunjuk storyboard,

tunjuk progress, semua okay.

Bila sampai ke HQ, suruh tukar.

Awalnya memanglah aku tak nak tukar,

sebab susah…

Tapi, terpaksalah jugak buat.

Sebab orang besar yang nak tengok (katanya),

So, aku buat ajer la minor alteration.

Janji derang puas hati.

Nak tukar semua.

Selamat jalanlah Romeo!

 

Pasal presentation kedua lak…

Ini satu hal lagi.

Dah siap aku render semua.

Siap masuk music track bagai.

Last² kata tak jadi nak tayang.

Tak ada masa dan tempat katanya.

So, buang masa je la aku buat menda tu.

Dah siap semua sekali, tapi tak leh tayang.

Hangin jugak satu badan.

Tapi aku diam je…

Sabar je lah aku…

Satu malam tak tidur kot.

Nak dijadikan cerita, satu hari tu aku bad mood.

Dah beria² buat… Last²…

Ermmm…

Sabarlah hati…

 

Esok lusa aku try upload presentation tu,

kat sini.

Sekurang²nya ada gak yang nak tengok…

closing presentation tu (ada ke?).

Hahahahaha…

 

So, sekarang ni,

masa agak lapang.

Cuma nak buat kerja-kerja translation je.

Ada 3 lagi rancangan tv yang masih dalam proses.

Bertalu² projek yang masuk.

Alhamdulillah…

Boleh la bayar hutang.

Eh!

Hahahaha…

 

Cerita pasal translation…

Ari tu aku ada buat slack sket.

Aku pun rasa bersalah gak ngan derang.

Bukan apa.

Hari tu aku dapat projek untuk translate,

dua musim rancangan tv.

Untuk musim pertama,

semua berjalan lancar.

Bila masuk musim kedua…

Aku demam.

Adoyai!

Habis lari due date semua.

Jadi lambat dari tarikh sepatutnya aku hantar.

Sian aku tengok Fai tu asik tanya pasal,

progress translation tu.

Memang aku tak larat nak buat.

So, terpaksalah aku rehat 2-3 hari.

Bila dah baik…

Berhempas pulas aku nak siapkan.

Time tu pulak bizi dengan presentation.

Memang tak cukup tanganlah.

Time complete season kedua,

due date lari seminggu.

Rasa bersalah giler aku.

Terpaksalah buat surat apology.

Mintak maaf bagai.

Yelah… Keadaan tak mengiinkan.

Bizi dan tak sihat.

Killer combination kot.

But, alhamdulillah… semuanya dah selesai.

Sekarang ni tengah translate…

1 musim rancangan baru, Fear Factor.

Let’s hope kejadian tu tak berulang lagi.

Kalo idak… Hemmm… Tak tau la aku nak cakap cemana.

InsyaAllah.

 

(^__^)

 

Panjang pulak aku tulis.

Korang bukan nak baca pun.

Tapi kalau ada yang baca sampai habis,

tahniah dan terima kasih…

Nanti baca la lagi sampai habis.

Hahahaha…

 

Tu je lah kot.

Nanti aku tulis lagi,

KALAU tak sibuk.

 

Bai bai!

 

p/s : Bizi sampai tak der masa nak bersosial kat luar.

p/s/s : Gambar cover tu tade kena mengena, cuma teruskan senyum walau dalam kesusahan sekalipun. (^__^)/

Tags : , , , , ,

2 ulasan:

  1. tu ah. lama ko menyepi..haha
    aku kalau benda pakai kretiviti ni aku tak masuk sangat.hihi

    BalasPadam
  2. @Wan Ahmad Izudean Kan? Tu la. Sibuk tak hengat. sekarang je dapat bernafas sket. benda kreatif ni, kena banyak imaginasi sket.

    BalasPadam

Bluekkk!!!

Nota Penting

Sorry guys! If you're looking for an informative blog, this is not it. This is my turf, my place to say my shit. But thanks for coming anyway! (^__^)

Ijann

Blog ini telah saya tulis semenjak tahun 2007 lagi sehinggalah sekarang. Ada kalanya saya rajin menambah entri dalam blog ini, tapi bila kemalasan melanda, selalunya saya akan berhenti menulis berminggu-minggu lamanya. Kalau bila datang rajin pulak, sehari sehingga 2-3 entry saya but.

Saya tak terikat untuk menggunakan satu bahasa saja dalam blog ini. Kadang-kala saya gunakan Bahasa Malaysia yang rasmi. Kadang-kala jugak, saya gunakan bahasa pasar. Bahasa Inggeris pulak saya gunakan bila datang rajin nak speaking. Little known selain dari dua bahasa ini, sekali-sekala dalam Bahasa Jepun. Asalkan faham sudah!

Tweet Terkini



Instagram Terkini



Arkib Blog