06 Februari, 2013

The Making of Pedoman Multimedia Presentation–Day 1

| No comment

Salam…

 

Kali ni,

aku nak tunjuk sket,

kerja² multimedia yang aku buat,

untuk event Pedoman,

yang akan dilangsungkan,

pada 19hb nanti.

 

Kali ni punya multimedia presentation,

tak la seteruk tahun lepas.

CEO aku dah bagi waktu agak awal,

untuk aku prepare semuanya.

Tak macam tahun lepas,

seminggu sebelum event,

kena buat semuanya…

Haishhh…

Makin teruk aku nyer insomnia,

waktu tu.

Alhamdulillah,

boleh tarik nafas lega jugak la,

bila CEO aku,

suruh buat multimedia presentation tu,

5-6 minit saja.

*lap peluh*

 

Ok…

Dapat la aku siapkan,

3 scenes hari ni.

Tu pon 1 minit 30 saat je.

Baru introduction…

Aiyoyo kadawalek!

 

Introduction scene

 

Intro ni pon,

bukannya lama sangat pon,

Adalah dalam 2-3 saat.

Yang buat menda ni jadi lama,

bila nak buat animation tu.

slalu lelari imej ngan text,

tak ikut timeline.

 

Hospital introduction scene

 

Sebelum nak buat scene ni,

nak gather gegambo hospital tu,

yang ghenyahnya.

dah la banyak…

Terima kasih pada Photoshop,

sebab menyenangkan kerja aku.

Ala, gegambo hospital tu pon,

bukan aku susun bebetul pon.

Sebab bukan orang nak tengok detail pon.

Show dalam 2-3 saat je.

Orang tak perasan pon.

Hahaha…

 

New hospital introduction scene

 

Scene terakhir aku buat hari ni,

lebih kurang sama dengan,

scene sebelum ni.

Gather gegambo je.

 

Bila dah siap tetiga scene ni,

aku start preview dulu,

kalo semua okay,

then baru aku render.

 

Render ni yang slalunya kritikal,

sebab ambek banyak masa,

nak siapkan…

 

Render ni,

lebih kurang kita ambil gambar,

frame by frame,

ikut resolusi yang kita nak,

then dicantum jadi gambar bergerak.

Bayangkanlah kalau korang pakai,

frame yang banyak untuk animasi korang,

(supaya lebih smooth),

makin banyaklah masa dia ambek,

untuk render.

 

Tadi aku tinggalkan proses render,

kat opis untuk balik rumah.

Tapi bila aku check,

dia kata ada masalah memori.

Sebab aku lupa nak tutup,

application besar macam Photoshop,

ngan Powerpoint…

dan beberapa application lain.

Sudahnya…

aku kena render balik…

Sedih…

(T____T)

 

Ni dia tengah run merender balik,

sambil aku perati dari rumah.

Harap tade apa-apalah…

Amin!

 

Esok kena buat scene lain lak…

 

p/s : Memori 8 gig pon tak cukup?… haishhh…

p/s/s : Boss, belikan saya iMac please… hahaha…

Tags : , , , ,

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Bluekkk!!!

Nota Penting

Sorry guys! If you're looking for an informative blog, this is not it. This is my turf, my place to say my shit. But thanks for coming anyway! (^__^)

Ijann

Blog ini telah saya tulis semenjak tahun 2007 lagi sehinggalah sekarang. Ada kalanya saya rajin menambah entri dalam blog ini, tapi bila kemalasan melanda, selalunya saya akan berhenti menulis berminggu-minggu lamanya. Kalau bila datang rajin pulak, sehari sehingga 2-3 entry saya but.

Saya tak terikat untuk menggunakan satu bahasa saja dalam blog ini. Kadang-kala saya gunakan Bahasa Malaysia yang rasmi. Kadang-kala jugak, saya gunakan bahasa pasar. Bahasa Inggeris pulak saya gunakan bila datang rajin nak speaking. Little known selain dari dua bahasa ini, sekali-sekala dalam Bahasa Jepun. Asalkan faham sudah!

Tweet Terkini



Instagram Terkini



Arkib Blog