27 Februari, 2013

Blog Feature : PakTam2U

| 4 Comments

Salam...

Hari tu aku ada janji nak featurekan,
blog Pak Tam dalam ni.
So hari ni janji dicapati.
Feature blog PakTam2U...
jadi blog kedua yang aku cover...

Lepas blog SyarkWasangka.

Sebenarnya...
aku dah lama follow blog PakTam ni.
Kalau tak silap aku,
since version yang pertama.

(AbgDark)
But entah cemana,
satu hari tu dia lock (private) blog dia.
Tak dapat baca...
*sedih*

 

Blog Pak Tam Versi 1
Sekarang blog Pak Tam dah sampai,
versi yang ketiga.
Macam sedih pulak tetau dah versi ketiga.
Sebab tak dapat ikut versi kedua.
Yang versi ketiga ni pun,
aku tau sebab terjumpa,
tweethandle Pak Tam.
Ada link plak tu ke blog dia.
Terus aku follow...
Hahaha...

 

Versi kedua blog Pak Tam
Ekceli...
Pak Tam ni orang kampung aku gak.
Tak la betei kat kampung aku pon,
tapi dalam area kampung aku gak.
Dia dok kat Taman Perpaduan,
aku lak kat Tanjung Rambutan.
So memang la tak jauh...
Kawasan permainan aku je dulu,
masa kekecik...

Anyway...
Aku nak cerita pasal blog dia sebenarnya.
(buat entry ni sambil tunggu burger siap)
Bukan citer pasal kampung aku.
Hahahaha...
Ok! Move on!

 

Versi terbaru blog Pak Tam. Versi ketiga... 
Aku baca blog Pak Tam,
sebab dia slalu kupas pasal isu semasa.
Kengkadang isu yang aku tak brape tau pon,
ada gak dia tulis...
Sebab tu aku suka baca,
Dalam membaca entry dia tu,
dapat gak tambah ilmu...
(bukan macam blog picisan aku ni!)
(T__T)
Merepek je banyak…

 

Gaya bahasa dia pun bersahaja,

tak la skema sangat…

yang kengkadang tu buat aku gelak sengsorang je,

kat depan pc.

Tapi, ada gak la entry dia,

yang kengkadang agak tense gitu.

Sebab isu yang dipertengahkan agak panas.

But, bagus jugak la kan…

at least aku tau mood Pak Tam tu cemana,

time dia tulis entry tu.

 

Anyway…

Blog ni seronok aku baca.

Memang kengkadang terbukak gak la minda…

Jangan nak asik baca blog hiburan.artis semata.

Baca gak isu semasa…

 

Korang leh capai blog PakTam2U yang marvelous ni,

kat link yang aku buat kat bawah…

 

http://paktam2u.blogspot.com

 

Kalo dah datang tu,

jangan lupa komen blog dia yer…

Hahaha…

 

Owh!

Kalau nak follow Pak Tam ni,

kat Twitter, boleh la carik tweethandle:

 

@paktam2u

 

Okaylah!

Sekian blog feature untuk kali ni.

Kita tengok siapa yang jadi mangsa,

blog feature aku yang akan datang lak.

Hahahaha…

 

p/s : Pak Tam bila kita nak jumpa? Hahahaha,,,

Tags : , , , , , , , ,

4 ulasan:

  1. Haha. Ijaaannnn... !! rupa-rupanyaaaa!! adedededeii. dulu private lps gado n break ngan ex.. LOL.. banyak citer ngan dia dlm tu.. waduh .. lagi deg-degan gw.. Blushing la kalo blog lama dibelek orang. tapi dah tekad, public kan jer. bagi je kwn2 lama tgk or nak flashback kisah dorang, or nak ambik gambar dorang dlm tu. gaya penulisan skang dah tak sama mcm dulu. dulu uols iols kental banget.. hahaha

    kita jumpa kat Taman Perpaduan jer.. hehehe.. TQ TQ TQ TQVM!!

    hi to kwn2 ijan too ! folme n i'll folbek.. muah

    BalasPadam
  2. Hahahaha... Kan? Banyak gile perbezaan blog dulu ngan sekarang. Tapi sedih la tak dapat polo versi kedua. Ahaks... Pape pon, kalo tukar versi lagik, bagitau la! Hahahaha...

    BalasPadam
  3. tak tukar versi dah.. kekalkan yang ini je.. sayang yg version III ni. version II tu banyak english entry je.. noya2 pun banyak. LOL

    BalasPadam
  4. Alhamdulillah... Hahaha... Senang la kalo gitu! Itu lah, version ketiga ni memang dah okay dah! Teruskan gaya gitu! (^__^)d

    BalasPadam

Bluekkk!!!

Nota Penting

Sorry guys! If you're looking for an informative blog, this is not it. This is my turf, my place to say my shit. But thanks for coming anyway! (^__^)

Ijann

Blog ini telah saya tulis semenjak tahun 2007 lagi sehinggalah sekarang. Ada kalanya saya rajin menambah entri dalam blog ini, tapi bila kemalasan melanda, selalunya saya akan berhenti menulis berminggu-minggu lamanya. Kalau bila datang rajin pulak, sehari sehingga 2-3 entry saya but.

Saya tak terikat untuk menggunakan satu bahasa saja dalam blog ini. Kadang-kala saya gunakan Bahasa Malaysia yang rasmi. Kadang-kala jugak, saya gunakan bahasa pasar. Bahasa Inggeris pulak saya gunakan bila datang rajin nak speaking. Little known selain dari dua bahasa ini, sekali-sekala dalam Bahasa Jepun. Asalkan faham sudah!

Tweet Terkini



Instagram Terkini



Arkib Blog