27 Januari, 2013

Papercraft night!

| 8 Comments
Incik Danbo,
Atau aku panggil Incik Kotak,
Dah macam maskot,
Plak bagi aku,
Kat dalam blog ni…
Kat Instagram aku,
Kat FB,
Kat Twitter,
Semuanya ada muka dia.
Kah kah kah…

So, malam minggu,
Yang hening ni…
Tak buat apa kat rumah, 
Aku bercadang…
Nak buat papercraft,
Incik Danbo a.k.a Incik Kotak.

Dah 2-3 hari pon,
Aku print menda tu,
Kat opis,
So, baru ada masa,
Nak buat…

Sebelum tu,
Jom sediakan,
Gunting,
Gam,
Pisau,
Dan selotape.
Kalo ada double-sided tape pon ok.

Print dolu template ni…

danbo_papercraft_a_by_yuiiwae-d2zddu1danbo_papercraft_b_by_yuiiwae-d2zddw7

Korang boleh dapatkan,
Template tu dari sini:

http://fc07.deviantart.net/fs71/i/2010/267/9/e/danbo_papercraft_a_by_yuiiwae-d2zddu1.jpg
http://fc07.deviantart.net/fs71/i/2010/267/9/2/danbo_papercraft_b_by_yuiiwae-d2zddw7.jpg

1 
Okay,
Kalau dah ready,
Jom la kita mulakan…

Gunting la dulu,
Template tu,
Sampai habis semuanya…
Jangan hilang satu pon,
Kalo ilang satu,
Pincanglah Incik Kotak korang,
#Eh…
Macam lagu lak…
Kakakaka…

2 
Okay bila dah gunting,
Ni part paling ghenyah.
Nak lekatkan,
Memenda tu…
Dah la kecik,
Detail lak tuh.
Memang menguji kesabaran.

So, tahan ajerlah,
Part nak gam menggam ni.
Aku pun tadi,
Dah nak giveup gak…
Part lelekat nih.
Brenti melekat jap sesambil isap rokok.
Habisnya,
Siap gak…

3 
Cam tu la,
Lebih kurang,
Bila dah siap lekat,
Semua bahagian.
Part joint tu,
Yang paling susah nak lekat.
Kecik nak mam…
Nasib baik dapat lekat…
So, beri tepukan,
Pada diri sendiri…

Tepuk tepuk tepuk…

4 
So, ginilah rupanya,
Bila semua dah di lekat,
Part leher,
Joint blah tangan,
Joint blah kaki,
Ngan kepala.

Bila dah sampai part ni,
Dah boleh senyium…
Sebab dah tak susah…
Tinggal nak sambung je semua,
Jadi satu.
So, apa lagi…
Lekatkan lah!….

5 
Tadaaa…

Incik Danbo a.k.a Incik Kotak saya,
Sudah siap.
Sangat comel…
Boleh gerak²kan,
Kepala tangan ngan kaki bagai.
Macam action figure,
Yang sebenar…
Bolehlah korang buat,
Diorama lepas ni.

Kalau nak best…
Korang pakailah,
Kertas A4 yang keras,
Aku pakai kertas A4 biasa je.
So dia agak lembik,
Dan ringan…
Kalau pakai kertas yang keras,
Senang la sikit,
Nak dirikan dia… 

And kalau korang still,
Tak tau lagi cemana,
Nak assemblekan Incik Kotak ni,
Kat bawah ni,
Ada tutorial cemana,
Nak buat…


So,
Selamat mencuba…

Waktu ni lah,
Korang boleh test,
Setakat mana,
Kesabaran korang tu.
Kalau tak cukup sabar,
Memang tak menjadilah,
Incik Danbo a.k.a Incik Kotak,
Korang tu…
Well! It’s a good practice tho…
Janganlah kata,
Buat menda ni,
Buang masa…
Ianya melatih,
Korang cemana nak,
Hadap menda rumit,
Dengan kesabaran…
Ganjarannya…
Dapatlah korang,
Incik Kotak yang kiyut miut tu.

Hahahaha…

 

Mana mau lari?  
p/s : Aku siapkan 3 jam buat menda ni. (=___=!)

Tags : , , , , ,

8 ulasan:

  1. Comelnyaaaa...maybe one day ley try

    BalasPadam
  2. balik kolej nanti aku buat. cam best gak..
    main2 buat benda2 macam ni time sekolah rendah dulu, print template kat prog print artis..

    BalasPadam
  3. Ok la tu ijan. Pasni boleh amik gambo incik kotak your stail. Sblm2 ni tempek gambo dari tenet je. :)
    Hai incik kotak. Nice to meet u.... (^_^)

    BalasPadam
  4. Tanpa Nama : Yup! Cuba try test buat. Hehehe... Comel sangan Incik Kotak ni.
    Wan : Ala tak kisah pun bebila nak buat. Papercraft ni, bukan time bebudak je boleh buat. Akceli bebudak pun tak tau nak buat sebenarnya. Rumit nak lekat memenda kecik tu. Hahaha... Slamat mencuba.
    Mardau : Tu la kan? Sebenarnya aku dah oder action figure yang betul. Tak tau sampai bila. Haha...

    BalasPadam
  5. Geygeh nyer laa Ijan. Kalau orang dah lama dah all the papers went directly into the dustbin. LOL...*p/s: buatkan pwetty pwease?*... :3

    BalasPadam
  6. hahaha... hobi kot buat menda ni... dulu memang banyak, tapi dah buang sebab kertas kan?... hehehe... ada lagi ni ha 2-3 copy print hari tu. nanti kalo rajin, ijann buat hujung minggu. :)

    BalasPadam
  7. Hahaha! Gegurau jella... Tapi kalau nak buatkan boleh jer. Hiks! Thank you in advance... :B

    p/s: Pyda jangan jealous...

    BalasPadam

Bluekkk!!!

Nota Penting

Sorry guys! If you're looking for an informative blog, this is not it. This is my turf, my place to say my shit. But thanks for coming anyway! (^__^)

Ijann

Blog ini telah saya tulis semenjak tahun 2007 lagi sehinggalah sekarang. Ada kalanya saya rajin menambah entri dalam blog ini, tapi bila kemalasan melanda, selalunya saya akan berhenti menulis berminggu-minggu lamanya. Kalau bila datang rajin pulak, sehari sehingga 2-3 entry saya but.

Saya tak terikat untuk menggunakan satu bahasa saja dalam blog ini. Kadang-kala saya gunakan Bahasa Malaysia yang rasmi. Kadang-kala jugak, saya gunakan bahasa pasar. Bahasa Inggeris pulak saya gunakan bila datang rajin nak speaking. Little known selain dari dua bahasa ini, sekali-sekala dalam Bahasa Jepun. Asalkan faham sudah!

Tweet Terkini



Instagram Terkini



Arkib Blog