12 Jun, 2012

12, June 2012

| 2 Comments

Selamat hari lahir,

Buat kamu,

Aku doakan,

Agar apa yang kamu impikan,

Apa yang kamu hajatkan,

Dan apa yang kamu usahakan,

Akan menjadi kenyataan…

 

Semakin tua kita,

Dalam peredaran masa,

Berbekalkan segala pengalaman,

Pahit getir,

Suka duka,

Dan kepayahan,

Akan menjadi bekal,

Untuk mengharungi laluan hidup,

Yang entah senang,

Atau sukar…

Dan menjadi matang,

Untuk menentukan baik buruk,

Masa depan…

 

Semuanya di tangan kamu sendiri…

 

Apa yang aku boleh buat,

Hanyalah mendoakan yang terbaik,

Mendoakan segala kejayaan,

Dan kebahagiaan…

Yang mungkin menjadi milik kamu…

Suatu hari nanti…

 

Jangan jadikan kekalahan hari ini,

Kekecewaan,

Mahupun jatuh sungkurnya percubaan …

Untuk melemahkan semangat,

Untuk terus bergerak mencapai mimpi,

Kerana itu semuanya adalah guru,

Dan juga pengajaran,

Untuk membaiki diri,

Menjadi lebih baik dari sebelumnya…

 

Selamat hari lahir,

Selamat ulang tahun,

Dan selamat menjalani kehidupan seterusnya…

Kamu berhak mendapat yang terbaik…

Sekiranya itu yang kamu mahukan…

 

Selamat hari lahir sekali lagi…

 

hb

(^__^)/

 

p/s : From distance…

Tags :

2 ulasan:

  1. aku pub ucapkan selamat hari lahir pada seseorang tu. yg menjadi hari semlm ku penuh warna dan kini sudah tidak menjadi hari ini padaku. Sesungguhnya aku rindukan semalam pada bulan JUN...huhu

    BalasPadam
  2. Ya, selamat hari lahir buat dia... (-___-)

    BalasPadam

Bluekkk!!!

Nota Penting

Sorry guys! If you're looking for an informative blog, this is not it. This is my turf, my place to say my shit. But thanks for coming anyway! (^__^)

Ijann

Blog ini telah saya tulis semenjak tahun 2007 lagi sehinggalah sekarang. Ada kalanya saya rajin menambah entri dalam blog ini, tapi bila kemalasan melanda, selalunya saya akan berhenti menulis berminggu-minggu lamanya. Kalau bila datang rajin pulak, sehari sehingga 2-3 entry saya but.

Saya tak terikat untuk menggunakan satu bahasa saja dalam blog ini. Kadang-kala saya gunakan Bahasa Malaysia yang rasmi. Kadang-kala jugak, saya gunakan bahasa pasar. Bahasa Inggeris pulak saya gunakan bila datang rajin nak speaking. Little known selain dari dua bahasa ini, sekali-sekala dalam Bahasa Jepun. Asalkan faham sudah!

Tweet Terkini



Instagram Terkini



Arkib Blog