16 Mac, 2012

Entry yang sepatutnya dibuat petang tadi!

| No comment

Ingat petang tadi,
Nak buat entry,
Tapi terbizi pulak,
Terpaksa pulak siapkan kerja,
Sebelum balik...
Last-last tak sempat,
Nak buat entry,
Gegara kejar masa,
Nak ke Titiwangsa.

So malam ni je baru sempat,
Tu pun guna handphone,
Nyenyambil tunggu mata ni,
Nak lelap...
Tapi,
Nak tunggu lelap tu,
Bukan main seksa...
Bila tak boleh lelap,
Memacam la pikir...
Itu ini serba tak kena,
Pikir masalah dunia.

Masalah dunia,
Memang tak pernah habis,
Kalo dipikirkan pon...
Cuma amek masalah yang terdekat je,
Selesaikan sikit-sikit.
Lelama settle la tu.
Kendian baru pikir,
Masalah yang jauh pulak...
Cari strategi cara penyelesaian,
Yang paling bagus...

Cuma satu masalah ni je,
Yang merunsingkan aku...
Kalau masalah lain boleh settle,
Satu masalah ni je yang kerap,
Kunjung tiba lately...

Aku pun tak tahu...
Apa puncanya,
Tapi yang aku tau,
Mungkin aku terlebih cuba kot!
Terlebih cuba untuk memenangi...
Hati orang.

At least itu apa yang aku fikirlah.
Mungkin bukan masalah besar,
Bagi orang tu...
(Mungkin juga besar?
I don't know... )
Tapi bagi aku yang siang malam,
Asik terfikir...
Sedikit sebanyak tertanya-tanya juga.
Apakah salah aku?
Aku ada buat silap ke?
Aku ada tersilap cakap ke?
Apa perbuatan aku tu...
Tak leh diterima ke?
Atau menda lain?

Bila nak perfikiran positif,
Ayat-ayat yang tertulis...
Seolah-olah terkena kat aku...
Mungkin jugak ditulis untuk orang lain...
Aku yang perasan kot?
Aku yang terasa lebih!
Tersenyap!
Tapi...
Ntah la...

Tapi, bila difikirkan balik,
Mungkin salah aku kot?
Mungkin aku terlebih-lebih,
Sehingga buat orang meluat,
Buat orang stress...
Kalau itu yang telah aku buat,
Terus terang aku cakap,
Aku minta maaf!
Sedikit pon dalam hati,
Tak terniat nak buat begitu.
Tak terlintas pon dalam kepala,
Nak menyusahkan...

Ya... Mungkin betol,
Aku terlebih mencuba,
Untuk memenangi hati...
Sehinggakan aku tak sedar,
Ianya menyakitkan perasaan orang.

Kalau betullah apa yang aku buat itu,
Mengundang ketidaksenangan...
Aku merayu supaya diberitahu.
Supaya senang,
Untuk aku berpatah balik...
Daripada terus-terus menyusahkan.
Sekurang-kurangnya,
Aku tahu untuk meletakkan...
Dekat mana kedudukan aku.
Supaya aku beringat...
Tentang diri sendiri!

Aku juga manusia biasa,
Yang banyak buat kesilapan,
Aku tak ada kuasa sakti,
Untuk membaca fikiran setiap orang,
Dan faham mengenainya...
Aku cuma perlu diberitahu...
Jika tak diberitahu,
Sampai bila pun aku tak akan tahu!

Bila difikirkan tentang janji pula,
Aku tetap memegangnya,
Sampai mati!
Walaupun janji tak terlunas,
Tapi sekurang-kurangnya,
Aku akan cuba untuk mengotakan...
Walaupun janji itu...
Seumpama angin yang cuba digapai,
Tapi aku ada belon...
Supaya ianya tak terlepas...
Hahaha...
Tapi bagaimana pula janji orang pada aku?
Adakah ianya sekadar janji kosong?
Sekadar untuk menyedapkan hati aku?
Sekali lagi, aku bukan manusia sakti,
Yang ada kuasa membaca fikiran...
Jika aku ditipu,
Maka aku akan mati mempercayainya...

Ini bukanlah apa,
Sekadar luahan hati kecil,
Buat insan di luar sana...
Jangan dianggap kata-kata ini,
Untuk membunuh!
Ianya hanya sekadar penyata,
Tentang kata hati yang tak terluah.
Aku tak inginkan apa-apa,
Tak inginkan yang lebih-lebih!
Cukuplah sekadar menjadi insan,
Yang selalu diingati...
Aku tak perlukan ruang yang luas,
Cuma ruang kerdil untuk menetap,
Di dalam hati...
Sebagai insan yang menyayangi!
Tak disayangi aku tak kisah...
Asalkan diingati...

Cukuplah monolog aku malam ni.
Aku dah tak ada apa lagi,
Yang hendak diperkatakan...
Rasanya sudah tertulis semuanya...
Biarlah masa yang menentukan...

Salam buat semua!
(^_^)

p/s : berundur setapak ke belakang...

 

Tags : , ,

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Bluekkk!!!

Nota Penting

Sorry guys! If you're looking for an informative blog, this is not it. This is my turf, my place to say my shit. But thanks for coming anyway! (^__^)

Ijann

Blog ini telah saya tulis semenjak tahun 2007 lagi sehinggalah sekarang. Ada kalanya saya rajin menambah entri dalam blog ini, tapi bila kemalasan melanda, selalunya saya akan berhenti menulis berminggu-minggu lamanya. Kalau bila datang rajin pulak, sehari sehingga 2-3 entry saya but.

Saya tak terikat untuk menggunakan satu bahasa saja dalam blog ini. Kadang-kala saya gunakan Bahasa Malaysia yang rasmi. Kadang-kala jugak, saya gunakan bahasa pasar. Bahasa Inggeris pulak saya gunakan bila datang rajin nak speaking. Little known selain dari dua bahasa ini, sekali-sekala dalam Bahasa Jepun. Asalkan faham sudah!

Tweet Terkini



Instagram Terkini



Arkib Blog