11 Oktober, 2011

Love me?… Love me not?…

| 1 Comment

Love Me Or Not Flower

 

Hari ni,

Aku nak bercerita hal serious sket…

Cerita tentang perasaan!

Tapi… Apa yang aku cerita ni,

Hanya dari pandangan aku je la.

Kalo pandangan korang lain,

Itu aku tak tau la…

Cara orang berfikir,

Masing² berlainan…

So, pandangan korang mungkin sama,

Dan mungkin berbeza…

Nama pun manusia…

 

Senario:

“Bila kita dah sukakan seseprang…

Bila kita dah luahkan perasaan kita…

Dan berharap sangat² perasaan itu,

Akan dibalas…

Dan, jawapan yang diberi…

Hanya tiga titik…

Ya pun tidak…

Tidak apa tah lagi…

 

Orang yang meluahkan,

Seolah² terkontang-kanting,

Menunggu jawapan.

Samada cintanya berbalas,

Atau ditolak…

Yang ditanya hanya sekadar meminta masa,

Untuk meneliti keadaan.

Dan beralasan masih teringat teman mesra yang lama…

Dan dalam masa yang sama,

Masih bermain² perasaan dengan sipeluah…

Yang menunggu jawapan…”

 

Bagi aku…

Jika keadaan ini berlaku,

Tak perlu ditunggu lagi bagi si peluah.

Walau sebanyak mana masa diberi,

Tetapi masih lagi bermain tarik tali,

Aku rasa jawapan yang diberi,

Seperti sudah berada di depan mata.

Walau setinggi mana harapan,

Walau sebanyak mana semangat dibakar…

Rasanya cukup²lah,

Tak perlu lagi menunggu.

Tempoh 12, mahupun 16 bulan sekalipun,

10 tahun sekalipun…

Jika hati tetap tersangkut pada yang lama,

Hanya membuang masa,

Tenaga…

Dan wang ringgit.

 

Dan walaupun hanya sekadar teman mesra,

Sampai bila?

Masa berjalan…

Umur meningkat…

Keadaan berlainan…

Hati pula boleh berubah.

Silap²…

Apa yang dikendung berciciran,

Apa pun tak dapat.

 

Opsss… Tapi itu buah fikiran aku sahaja,

Jika ingin terus menunggu,

Tak ada siapa yang melarang,

Dan tak akan ada sesiapa yang akan hentikan…

 

Cuma fikir²kanlah diri sendiri.

Sesekali…

Tak salah jika diri,

Diperdahulukan.

Selama mana nak mengharap,

Pada buah yang seperti tidak mahu gugur.

Seperti bertepuk sebelah tangan.

 

Rugi rasanya membazirkan perasaan sayang,

Dan cinta pada orang yang bukan hak.

Hati seratus peratus pada nya,

Tapi dia?

Walaupun dibibir…

Tak lekang dengan kata,

“Sayang”,

Tapi sampai bila?

Selagi hati tak mahu menerima…

 

Tak kisah kalau tercalar sedikit pada mulanya,

Sesakit mana hati…

Masa tetap akan mengubat.

Tapi, seksa menunggu jawapan,

Lebih seksa dari menerimanya.

 

Fikirlah,

Sebelum tersungkur,

Sudah ada tangan yang menarik, 

Biar sesal sekarang,

Jangan kemudian hari…

 

Bak kata orang,

Kalau betul kamu mencintainya,

Lepaskan dia pergi…

Jika dia kembali,

Dia memang untukmu!…

 

Fikir² dan selamat beramal!

 

p/s : tak de kena mengena ngan aku! (^^p)

Tags : ,

1 ulasan:

Bluekkk!!!

Nota Penting

Sorry guys! If you're looking for an informative blog, this is not it. This is my turf, my place to say my shit. But thanks for coming anyway! (^__^)

Ijann

Blog ini telah saya tulis semenjak tahun 2007 lagi sehinggalah sekarang. Ada kalanya saya rajin menambah entri dalam blog ini, tapi bila kemalasan melanda, selalunya saya akan berhenti menulis berminggu-minggu lamanya. Kalau bila datang rajin pulak, sehari sehingga 2-3 entry saya but.

Saya tak terikat untuk menggunakan satu bahasa saja dalam blog ini. Kadang-kala saya gunakan Bahasa Malaysia yang rasmi. Kadang-kala jugak, saya gunakan bahasa pasar. Bahasa Inggeris pulak saya gunakan bila datang rajin nak speaking. Little known selain dari dua bahasa ini, sekali-sekala dalam Bahasa Jepun. Asalkan faham sudah!

Tweet Terkini



Instagram Terkini



Arkib Blog