28 Julai, 2011

King of fruits

| No comment

sebelum...

 

Baru hari ni,

Aku merasa nak makan durian,

Lama weh tak makan…

Last time makan pun,

Aku tak ingat bila?

Bertahun dah…

Ngidam lak tetiba,

Balik je dari keje tadi,

Parking kereta betul²…

Sebelah gerai jual durian…

Bau tak hengat,

Terus aku cek beg duit,

Cukup ke idak nak beli…

Nasib baik cukup!

Beli satu je cukup la,

Aku sorang je nak makan…

 

Gi la aku dekat gerai tu,

Tanya kat tokei tu cam ne kire,

Katanya sekilo RM6,

Hahahaha…

Mahal betul!

No wonder la jarang aku makan,

Raja buah ni.

Belek punya belek,

Jumpa la yang aku berkenan…

Yang agak besar,

Dan gemok.

Bila ditimbang…

2 kilo setengah…

Hahahaha…

Ambek ko!

RM15…

Bayo jer la!

Nak ilangkan kempunan…

Satu je cukuplah!

Kang beli lebih,

Tak tido malam plak aku!

 

Sambil balik rumah,

Menjinjit durian,

Sambil nyanyi,

“Lalalalalala…”

Dalam hati!

(^^p)

 

Yey! Hari ni dapat makan durian.

 

Sampai rumah,

Pas mandi bagai…

Terus aku bukak durian tu,

Bau tak hengat!

Terus aku ambek satu,

Pastu satu lagi…

Pastu satu lagi…

Sampai la habes!

No more!

Huhuhuhu…

Habis dah durian RM15.

Makan sekejap je!

Tapi puas ati…

Nak gi tempat murah,

Tak der masa nak carik,

Beli la yang depan mata…

Walaupun bapak mahal!

 

Habis berbau satu rumah!

Tangan mulut…

Kena sental la lidah bagai,

Pasnih!

Huhuhu…

 

Tak paham gak aku,

Kenapa orang putih,

Tak suka bau durian ni,

Mungkin sebab derang tak biasa kot.

Kita kat sini,

Dari kecik memang dah ngadap,

Dah biasa,

Derang mana nak jumpa?

 

Kalau korang nak tengok,

Cemana orang putih,

Tak suka bau durian?

Derang bezakan durian,

Dengan bau muntah,

Bau telur busuk,

Ngan kasut busuk,

Dan lelain lagi…

Korang tengok la,

Apa keputusannya…

 

Hahahaha…

 


 

Ni durian,

Yang aku beli tadik,

Dah abes pon!

Burppp…

Tinggal biji jer!

(^^p)

 

selepas... 

p/s : Bila lagi la nak dapat makan durian?

Tags :

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Bluekkk!!!

Nota Penting

Sorry guys! If you're looking for an informative blog, this is not it. This is my turf, my place to say my shit. But thanks for coming anyway! (^__^)

Ijann

Blog ini telah saya tulis semenjak tahun 2007 lagi sehinggalah sekarang. Ada kalanya saya rajin menambah entri dalam blog ini, tapi bila kemalasan melanda, selalunya saya akan berhenti menulis berminggu-minggu lamanya. Kalau bila datang rajin pulak, sehari sehingga 2-3 entry saya but.

Saya tak terikat untuk menggunakan satu bahasa saja dalam blog ini. Kadang-kala saya gunakan Bahasa Malaysia yang rasmi. Kadang-kala jugak, saya gunakan bahasa pasar. Bahasa Inggeris pulak saya gunakan bila datang rajin nak speaking. Little known selain dari dua bahasa ini, sekali-sekala dalam Bahasa Jepun. Asalkan faham sudah!

Tweet Terkini



Instagram Terkini



Arkib Blog