26 Julai, 2011

15 years old rocketmail back to life!

| No comment

yahoo

 

OMG!

Aku sungguh terkejut hari ni.

Akaun Rocketmail aku,

Yang dah berusia 15 tahun,

Kini dah boleh digunakan kembali…

Mesti korang pelik kan?

Ape ke nak kecoh² dengan emel tu.

 

Pada korang yang tak tahu…

Emel Yahoo! aku nih,

Dah bertahun² tak boleh guna,

Samada nak menghantar,

Atau menerima emel, 

Sebab Yahoo!,

Dahulunya dah blok,

Semua pengguna asal Rocketmail,

Yang sedia ada,

Mungkin sebab ramai dah beralih,

Kepada Yahoo! sepenuhnya,

Dan menganggarkan pengguna Rocketmail.

Sudah tidak lagi aktif.

 

Tapi derang salah.

Semenjak era Rocketmail lagi,

Aku dah aktif,

Tanpa satu hari pun tidak login,

Sehingga ke hari ini!

 

Pengguna Rocketmail,

Yang sedia ada,

Pada mulanya,

Akan diberi ekstensi “rm”,

Kat belakang usernamenya.

Kalau dahulu,

Alamatnya macam ni; abcd1234@rocketmail.com,
Tapi setelah Yahoo! beli,

Ianya jadi begini; abcd1234.rm@yahoo.com,

Untuk membezakan akaun emel asal Rocketmail,

Dengan akaun emel Yahoo!

 

(Rocketmail adalah webmail,

Yang Yahoo! beli,

Masa internet memula meledak,

Pada public dulu,

Sekitar tahun 1996),

 

Bila, Yahoo! dah block,

Akaun aku…

Samada untuk menghantar emel,

Atau menerima emel,

Agak berduka cita gak dulu,

Terpaksa bergantung kepada,

Hotmail, web based email,

Yang sama era dengan Rocketmail.

So, bila Yahoo! dah block,

(Dengan mengatakan akaun aku tu,

Dah tak aktif!),

Aku gunakan alamat tu,

Untuk akses Yahoo! Messenger sahaja,

 

Tapi, hari ni,

Bila bukak YM macam biasa,

Tetiba, berbunyik-bunyik YM aku,

Katanya ada emel baru masuk,

Wat de heck!

Tak penah pun keluar pop up mesej,

Macam tu,

Sebelum ni…

Saja la aku tekan kat pop up mesej tu,

Tetiba boleh masuk e-mel,

Aku pun,

OMG!

Aku dah boleh nganto dan terima emel,

Guna akaun Rocketmail tu!

Hahahaha…

Seronok jap!

Setelah sekian lama…

 

Walaupun tak ada lagi emel² lama,

Emel² aku dengan Upin,

Boleh dan yang lelain,

Tapi asalkan dah dapat anta emel,

Ngan Yahoo! guna user id lama pun,

Dah cukup menyeronokkan…

Hehehehe…

 

Terima kasih sesangat kepada Yahoo!

15 tahun bersama,

Kali ni baru merasa nak hantar emel,

Guna Yahoo!,

Macam orang lain!

Kakakakaka…

 

(^_____________________________^)~<3

 

p/s : Sama usia dengan Hotmail.

Tags : , , , , , ,

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Bluekkk!!!

Nota Penting

Sorry guys! If you're looking for an informative blog, this is not it. This is my turf, my place to say my shit. But thanks for coming anyway! (^__^)

Ijann

Blog ini telah saya tulis semenjak tahun 2007 lagi sehinggalah sekarang. Ada kalanya saya rajin menambah entri dalam blog ini, tapi bila kemalasan melanda, selalunya saya akan berhenti menulis berminggu-minggu lamanya. Kalau bila datang rajin pulak, sehari sehingga 2-3 entry saya but.

Saya tak terikat untuk menggunakan satu bahasa saja dalam blog ini. Kadang-kala saya gunakan Bahasa Malaysia yang rasmi. Kadang-kala jugak, saya gunakan bahasa pasar. Bahasa Inggeris pulak saya gunakan bila datang rajin nak speaking. Little known selain dari dua bahasa ini, sekali-sekala dalam Bahasa Jepun. Asalkan faham sudah!

Tweet Terkini



Instagram Terkini



Arkib Blog