11 Jun, 2011

Aku mahu…

| No comment

Sekarang…

Seperti terasa mahu meninggalkan…

Kuala Lumpur,

Dan pulang ke kampung halaman…

Di mana semuanya…

Masih lagi segar,

Masih lagi redup,

Dan masih lagi aman…

 

Tapi bukan di Ipoh,

Di Ipoh, segalanya tidak jauh beza,

Dengan Kuala Lumpur…

Sibuk… Padat… Kotor…

Dan panas…

Walaupun aku lahir di situ,

Tetapi hati masih jauh,

Menginginkan suasana kampung,

Tanah kelahiran mak dan ayah aku,

Si Sungai Sumun…

Dan Sungai Bulon.

 

Walaupun pembangunan,

Semakin berkembang di sana,

Tapi tidaklah sepantas di Ipoh.

Segalanya yang ada dahulu,

Masih lagi ada di sana,

Walaupun sudah buruk dan lama,

Walaupun semak samun dah meninggi…

Walaupun sudah tiada penghuni…

Tapi, segalanya masih ada di sana…

 

Kan bagus kalau semuanya…

Masih seperti dahulu.

Sekitar akhir tahun 80an…

Dan awal 90an.

Suasananya sangat best.

Aku masih lagi terbau kesegaran udara,

Masih lagi terbau biji-biji koko kering,

Bau sabut terbakar,

Gatal nyamuk yang menggigit…

Keriuhan bebudak berlari sana sini…

Panggilan makan bila cukup waktunya…

Bau tilam kabu yang Embah tebarkan…

Kedinginan malam…

Dan segalanya…

 

Tambah kalau tiba hari raya…

Seronok betul waktu tu.

Pasang pelita di sepanjang denai ke jalan.

Tolong “mengacau” makcik² buat kerja,

Main api ketika nak rebus ketupat…

Mercun sana sini…

Meriam…

Kemudian bila dah letih…

Tidur berterabur di ruang tamu.

Sambil tunggu hari kemudiannya.

 

Hmmm…

Sekarang semuanya dah berlalu.

Yang tinggal hanya rumah buruk…

Tak berpenghuni…

Makcik semua dah kawin…

Embah dah semakin tua,

Rumput dah semakin semak,

Laman dah semakin kecil kelihatan…

(kalau dulu, laman kampung terasa sangat besar,

sehinggakan tanah sekangkang kera itu,

boleh dijadikan padang bola…)

Pokok koko dah tiada lagi…

Pokok kelapa pun semakin jarang…

Semuanyalah…

 

Alangkah bagus kalau,

Aku dapat relive kehidupan kampung sebegitu,

Sekali lagi…

Everything will be perfect…

Tapi apakan daya?

Semua itu dah lepas.

Yang ada cuma kenangan…

 

p/s : dok KL best, dok Ipoh lagi best, tapi kalo dok kampung adalah kesempurnaan…

Tags : , ,

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Bluekkk!!!

Nota Penting

Sorry guys! If you're looking for an informative blog, this is not it. This is my turf, my place to say my shit. But thanks for coming anyway! (^__^)

Ijann

Blog ini telah saya tulis semenjak tahun 2007 lagi sehinggalah sekarang. Ada kalanya saya rajin menambah entri dalam blog ini, tapi bila kemalasan melanda, selalunya saya akan berhenti menulis berminggu-minggu lamanya. Kalau bila datang rajin pulak, sehari sehingga 2-3 entry saya but.

Saya tak terikat untuk menggunakan satu bahasa saja dalam blog ini. Kadang-kala saya gunakan Bahasa Malaysia yang rasmi. Kadang-kala jugak, saya gunakan bahasa pasar. Bahasa Inggeris pulak saya gunakan bila datang rajin nak speaking. Little known selain dari dua bahasa ini, sekali-sekala dalam Bahasa Jepun. Asalkan faham sudah!

Tweet Terkini



Instagram Terkini



Arkib Blog