08 Jun, 2011

2 Minggu yang sibuk…

| No comment

Hujung bulan lepas,

Dan awal bulan ini,

Adalah merupakan…

Minggu yang paling sibuk,

Pernah aku lalui,

Sepanjang bulan ni.

 

Hujung bulan lepas je,

Adalah hari perkahwinan,

Sepupu aku kat…

Hutan Melintang.

Dan awal bulan ni pulak…

Adalah majlis kenduri,

Akikah kepada anak buah terbaru aku,

Si Manis Hanisah…

Penat jangan tak cakap la.

Kenduri kawen…

Aku kena jadik photographer lak.

Walaupun skill aku menangkap gambar…

Tak la hebat mana pun…

Tapi, disebabkan permintaan,

Sepupu, aku kenalah buat.

 

Sebenarnya,

Aku mengambil gambar ni,

Sekadar hobi je.

Bukan sebab nak jadik pro ke haper…

Apatah lagi nak mencari pendapatan,

Dengannya…

Aku hanya sekadar mempunyai kamera DSLR,

Dan itu tidak bermakna aku seorang…

Jurukamera…

Haishhh… Tak faham aku!

Tapi, tak pe la,

Sebab dah diminta, aku buat je…

 

Dan minggu lepas pulak,

Kenduri akikah Manis…

Nasib baik aku tak bergambar sangat.

Malas…

Ambil gambar pun…

Sekadar cukup syarat.

Nak  menolong lagan (atau rewang kata orang),

Pun aku dapat tolong sesikit…

Aku banyak lelapkan mata,

Sebab kepala aku ni,

Tak habis-habis berdenyut.

Apa tah lagi dengan cuaca yang…

Sangat panas di sana.

Sakit kepala makin menjadi…

Tapi terpaksalah aku tahan…

Tolong pun ala kadar.

Kalau kepala ok,

Rasanya banyak kot menda yang aku buat…

Haishhh…

Bila la aku nak gi jumpa doktor nih!

(T_T)

 

Apa pun,

2 minggu ni adalah minggu sibuk,

Pada aku…

Minggu depan pun sama…

Dengan kursusnya…

Dengan janji kengkawannya…

Dengan nak mengedit gambarnya…

Dan memacam lagi…

Mana satu aku nak buat dulu ni…

Masa bila aku nak jumpa doktor?

Masa bila kepala aku nak rest?

Makin berlarutanlah sakit kepala ni…

Aduiii…

 

Enjoy la dulu, gegambar…

Yang aku ambil kat perkahwinan…

Sepupu aku…

Faezah dengan Salam…

Masih tak terlambat nak mengucapkan…

Selamat Pengantin Baru…

Pada kamu berdua…

 

Later…

 

SONY DSCSONY DSC SONY DSC 

p/s : Maaf ler, gambar tak berapa best! Ni jer mampu aku buat!… Yang lain ondawei…

Tags : , , ,

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Bluekkk!!!

Nota Penting

Sorry guys! If you're looking for an informative blog, this is not it. This is my turf, my place to say my shit. But thanks for coming anyway! (^__^)

Ijann

Blog ini telah saya tulis semenjak tahun 2007 lagi sehinggalah sekarang. Ada kalanya saya rajin menambah entri dalam blog ini, tapi bila kemalasan melanda, selalunya saya akan berhenti menulis berminggu-minggu lamanya. Kalau bila datang rajin pulak, sehari sehingga 2-3 entry saya but.

Saya tak terikat untuk menggunakan satu bahasa saja dalam blog ini. Kadang-kala saya gunakan Bahasa Malaysia yang rasmi. Kadang-kala jugak, saya gunakan bahasa pasar. Bahasa Inggeris pulak saya gunakan bila datang rajin nak speaking. Little known selain dari dua bahasa ini, sekali-sekala dalam Bahasa Jepun. Asalkan faham sudah!

Tweet Terkini



Instagram Terkini



Arkib Blog