14 Mei, 2011

Jentayu…

| No comment

Jentayu – Sheila Majid & Nora

Di paruhmu kemilauan sinar
Menyepuhi sejuta rasa
Kemulian di hatimu
Bening budi terdampar di jagat raya
Di sayap taufan kau jelajahi
Awan gemawan membawa rindu
Kasihmu menentangi kezaliman
Ketidakadilan


Jentayu
Patah sayap bertongkat paruh
Jentayu
Patah paruh bertongkat siku
Jentayu
Patah siku bertongkat dagu
Jentayu
Patah dagu bertongkat kuku
Pinjamkanlah hatimu
Untuk semua


Pinjamkanlah syahdumu

Seriously,

Aku memang tak faham,

Apa sebenarnya…

Maksud di sebalik lagu Jentayu,

Yang dinyanyikan oleh Sheila Majid dan Nora ni.

Walaupun ianya lagu lama,

But, tiap kali dengar,

(Salah satu lagu favourite aku neh!),

Mesti aku terpikir²,

Apa maksud lagu tu.

Siapa yang berparuh?

Siapa yang bertongkat?

Siapa pulak yang tak adil…

 

Entah kenapa…

Sejak dua menjak ni,

Rajin aku mewiki,

Tentang Jentayu…

Apa yang aku dapat,

Jentayu ni,

Ada kait mengait dengan hikayat Ramayana…

Ala cerita karut marut Hindu dedulu,

Pasal makhluk mistik bersayap…

Dan macam burung…

But still aku tak faham…

 

Aku google lak.

Terjumpa pulak karya Usman Awang,

Pasal Jentayu…

So, betullah apa kawan aku,

Si Farah bagitaw…

Ada version Melayu pasal Jentayu ni,

Mungkin gak ada kait mengait,

Dengan cerita Ramayana tu kot,

Aku pun tak habis baca…

Kena banyak buat bacaan lanjutan…

 

Jentayu-poem-1

Jentayu-poem-2

Jentayu-poem-3

Jentayu-poem-4 

 

Terima kasih kepada Farah,

Who points out about this poem,

Which I haven’t yet to understand…

Dan fahamkan…

But anyway…

At least aku tahu sikit apa,

Cerita di sebalik cerita…

Jentayu ni…

Nanti, pas aku habis buat,

Research pasalnya,

Aku akan post kat sini…

 

Anyway, enjoy lagu Jentayu,

Kat bawah ni…

 

 

p/s : Kalau korang taw, bagitaw la aku! (^_^)

 

credit : http://azanin.net/pages/poem-jentayu.htm

Tags : , ,

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Bluekkk!!!

Nota Penting

Sorry guys! If you're looking for an informative blog, this is not it. This is my turf, my place to say my shit. But thanks for coming anyway! (^__^)

Ijann

Blog ini telah saya tulis semenjak tahun 2007 lagi sehinggalah sekarang. Ada kalanya saya rajin menambah entri dalam blog ini, tapi bila kemalasan melanda, selalunya saya akan berhenti menulis berminggu-minggu lamanya. Kalau bila datang rajin pulak, sehari sehingga 2-3 entry saya but.

Saya tak terikat untuk menggunakan satu bahasa saja dalam blog ini. Kadang-kala saya gunakan Bahasa Malaysia yang rasmi. Kadang-kala jugak, saya gunakan bahasa pasar. Bahasa Inggeris pulak saya gunakan bila datang rajin nak speaking. Little known selain dari dua bahasa ini, sekali-sekala dalam Bahasa Jepun. Asalkan faham sudah!

Tweet Terkini



Instagram Terkini



Arkib Blog