12 Mac, 2011

Rentetan Tsunami di Jepun

| No comment

Semalam,

Kita dah menyaksikan tsunami besar,

Kesan dari gempa bumi berskala 8.9 9.0,

(Menurut meteriologist Jepun yang terbaru!)

Di Jepun.

Ianya dicatat sebagai,

Tsunami ke-7 terbesar…

Di dalam sejarah yang pernah dicatat.

 

Setakat ini (sehingga 9 pagi tadi di Jepun)

Dilaporkan lebih lebih 236 yang menjadi korban,

725 hilang,

Manakala 1025 lagi cedera.

 

Rentetan daripada itu peristiwa itu,

Semalam…

Semua negara yang terletak,

Berdekatan dengan lautan Pasifik…

Seperti :

Rusia, Indonesia, Taiwan… (sekadar beberapa nama),

Telah menaikkan amaran tsunami,

Di negara sendiri.

Sebagai langkah berjaga-jaga.

Untuk mengelakkan kejadian,

Tsunami seperti yang berlaku,

Pada tahun 2004 dahulu.

 

JAPAN QUAKE flames 

Alhamdulillah…

Semua warganegara Malaysia,

Yang sedang menuntut,

Di negara matahari terbit itu…

Selamat daripada tragedi itu.

Dan kita juga sedang bersiap sedia,

Untuk menghantar anggota penyelamat.

Untuk membantu Jepun…

Menangani malapetaka itu.

 

Apa yang aku kagum,

Jepun sangat efektif,

Dalam menangani malapetaka yang berlaku.

Sebaik sahaja gempa bumi berlaku,

Dan kemudiannya tsunami…

Mereka sudah tahu apa yang perlu dilakukan.

Dan ini menolong…

Mengurangkan jumlah kematian.

Maklumlah…

Bertahun-tahun mereka membuat,

Drill sekiranya berlaku tragedi sebegini.

Dan hari untuk menguji persiapan mereka

Berlaku semalam.

Mungkin kita boleh…

Mencontohi negara Jepun.

Yelah! Malang tak berbau!

 

Whirlpool 

Kalau korang berminat untuk mengetahui,

Dengan lebih lanjut rentetan serta kronologi,

Tentang kejadian Tsunami di Jepun,

Korang boleh layari blog di bawah ini…

Live Blog Japan Earthquake

 

Semoga negara matahari terbit itu,

Akan lebih tabah menghadapai,

Kemusnahan daripada tsunami.

Dan kita pula mendapat iktibar,

Daripada kejadian tersebut!

 

Update:

Satu lagi malapetaka,

Yang mengharukan telah berlaku,

Sekejap tadi di Jepun.

Sebuah nuklear reaktor…

Di Fukushima.

Telah meletup,

Menyebabkan radiation leakage…

8 kali ganda daripada jumlah asal.

Ianya telah dikesan diluar stesen nuklear.

Fuh! Makin teruk situasi,

Di Jepun.

Harap tiada lagi yang berlaku!

 

Ya Allah! Selamatkanlah kami dari semua bencana yang Kau turunkan!

 

p/s : Kesan daripada gempa bumi dan tsunami tersebut dirasa di seluruh dunia… Terutamanya kesan ekonomi…

p/s/s : Masih lagi terkejut!

Tags : ,

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Bluekkk!!!

Nota Penting

Sorry guys! If you're looking for an informative blog, this is not it. This is my turf, my place to say my shit. But thanks for coming anyway! (^__^)

Ijann

Blog ini telah saya tulis semenjak tahun 2007 lagi sehinggalah sekarang. Ada kalanya saya rajin menambah entri dalam blog ini, tapi bila kemalasan melanda, selalunya saya akan berhenti menulis berminggu-minggu lamanya. Kalau bila datang rajin pulak, sehari sehingga 2-3 entry saya but.

Saya tak terikat untuk menggunakan satu bahasa saja dalam blog ini. Kadang-kala saya gunakan Bahasa Malaysia yang rasmi. Kadang-kala jugak, saya gunakan bahasa pasar. Bahasa Inggeris pulak saya gunakan bila datang rajin nak speaking. Little known selain dari dua bahasa ini, sekali-sekala dalam Bahasa Jepun. Asalkan faham sudah!

Tweet Terkini



Instagram Terkini



Arkib Blog