14 Februari, 2011

RM5 lama

| No comment

rm5

 

Masa nak gi kerja tadi, aku singgah beli nasi lemak.

Depan 7-11 je kedainya…

Tak sempat nak beli kat kedai biasa.

Lagi pun aku rasa macam dah terlambat.

Jadi terpaksalah beli kat kedai ni.

Dah nampak 2-3 kali.

Cuma hari ni baru sempat singgah.

Tak la ramai pun pelanggan.

Cuma aku dengan 2 orang lagi.

 

Tapi, waktu menunggu tu…

Aku rasa macam makcik yang menjual tu kelam-kabut.

Rileks la makcik.

Tak ke mana pun pelanggan makcik tu!

Tak payah nak terkocoh-kocoh.

Tapi dia tetap jugak macam tu.

Walaupun ada anak dia yang menolong,

Tapi macam dia seorang yang bekerja.

Bila sampai giliran aku…

Sama jugak keadaannya.

Getah tak ada, kertas bungkus tak ada!

Last-last dia pakai polisterin je.

Lantaklah! Aku tak kisah pun.

Tapi, yang aku kisah…

Bila dia letak lauk faveret aku cenonet.

Hai! Takkanlah banyak tu je makcik.

Letak lah banyak sikit, bukan saya tak boleh bayar!

Tak puas hati dengan cara makcik tu letak lauk,

Aku suruh dia bubuh lagi!.

Sampai aku puas hati!

 

Bila time nak bayar, aku bagi RM10.

Dia terima sambil menguis-nguis dalam poket apron dia.

Nak bagik duit balance…

Harga nasi lemak aku RM3.

Ok la tu!

Nasib baik aku mintak pada makcik tu bubuh lauk lebih.

Kalau tak, buat sakit hati je bayar.

Bila dia pulangkan pada aku duit baki.

Aku terus simpan dalam wallet.

Dan terus menuju ke pejabat.

 

Entah kenapa, bila sampai cubicle.

Aku bukak balik wallet aku.

Sekali aku terperasan duit baki yang makcik tu bagi.

Alahai! Ko bagi aku duit lama?

Ada orang pakai lagi ke duit ni?

Duit RM5 pun dah 2 kali bertukar versi.

Sekarang pun dah pakai duit polimer.

Boleh pakai lagi ke duit ni?

 

Aku tanya pada Mardau dalam YM.

Dia pun kata entah.

Boleh kot katanya.

Kalau tak boleh dia suruh tukar kat bank.

Tapi, macam la aku ni rajin bebenor nak gi bank.

Semata-mata nak tukar duit RM5.

Hmmm… nampaknya, aku kena simpan la duit ni.

Jadi pekasam dalam wallet.

Nak guna takut tak laku.

 

Korang rasa, duit RM5 ni, boleh pakai lagi tak?

Ke perlu aku simpan sebagai tangkal azimat?

Hahahaha… buat luck la kata orang!

 

(^_^)

Tags : ,

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Bluekkk!!!

Nota Penting

Sorry guys! If you're looking for an informative blog, this is not it. This is my turf, my place to say my shit. But thanks for coming anyway! (^__^)

Ijann

Blog ini telah saya tulis semenjak tahun 2007 lagi sehinggalah sekarang. Ada kalanya saya rajin menambah entri dalam blog ini, tapi bila kemalasan melanda, selalunya saya akan berhenti menulis berminggu-minggu lamanya. Kalau bila datang rajin pulak, sehari sehingga 2-3 entry saya but.

Saya tak terikat untuk menggunakan satu bahasa saja dalam blog ini. Kadang-kala saya gunakan Bahasa Malaysia yang rasmi. Kadang-kala jugak, saya gunakan bahasa pasar. Bahasa Inggeris pulak saya gunakan bila datang rajin nak speaking. Little known selain dari dua bahasa ini, sekali-sekala dalam Bahasa Jepun. Asalkan faham sudah!

Tweet Terkini



Instagram Terkini



Arkib Blog