14 Februari, 2011

Petang tadi...

| No comment
Terasa ingin menulis sesuatu sebelum tidur.
Tak panjang pun.
Malas nak mengarang.
Sementara menunggu mata ni lelap.
Dan membiarkan mata jadi letih.
Jadi, terus menaip dalam gelap.
Sambil berbaring menghadap telefon.

Petang tadi hujan.
Macam semalam jugak.
Kilat dengan guruh sabung menyabung.
Angin jangan katalah.
Macam nak tiup semua menda.
Macam nak sapu bersih dunia.
Aku dalam bilik sambil tengok hujan di luar.
Melihat dari tingkap yang basah.
Suasana sejuk menggigit tulang hitam.
Aircond dah macam peti ais rasanya.

Hujan-hujan sebegini kadang-kadang terfikir.
Adakah benar kalau dikatakan.
Ianya mampu membuat orang merindu?
Adakah ia mampu membuat orang bersedih?
Kata oranglah...
Tapi tak bagi aku.
Blank ajer aku rasa sekarang ni.
Rasa sejuk adalah...
Membuatkan aku rasa mengantuk.
Rasa nak tidur sepanjang petang itu.
Dan aku memang tertidur.
Sampai hari senja.
Bila terjaga...
Hujan dah pun berhenti.
Cuma udara masih lagi basah.
Bila aku berdiri di beranda.
Sambil melihat hari bertukar malam.

Hujan tak lagi membuat aku sedih.
Macam dulu.
Hujan tak lagi buat aku merindu.
Sebab hujan hanya sekadar air bagi aku.
Yang turun ke bumi.
Dan kemudian naik semula ke langit.
Menjadi titis air.
Kitaran yang tak mungkin habis.
Bagitu juga dengan perasaan rindu dan sedih.
Takkan habis berpusing walau untuk siapa perasaan itu.
Sekadar perasaan yang tak bermakna.
Jadi, untuk apa bersedih.
Untuk apa merindu.
Tiap kali hujan turun.
Ianya sekadar air.
Yang membasahkan jika terkena...

Tidur lebih bermakna.
Kalau tidur mampu menghilangkan rasa sedih dan rindu.
Sebolehnya aku akan tidur sepuasnya.
Dan bangun keesokan harinya.
Segar dan bertenaga.
Jadi, tiada lagi hari-hari hujan untuk aku.
Nosaree…
Yang ada hanyalah tidur yang cukup.

Selamat malam semua!

[via iPhone]
Tags :

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Bluekkk!!!

Nota Penting

Sorry guys! If you're looking for an informative blog, this is not it. This is my turf, my place to say my shit. But thanks for coming anyway! (^__^)

Ijann

Blog ini telah saya tulis semenjak tahun 2007 lagi sehinggalah sekarang. Ada kalanya saya rajin menambah entri dalam blog ini, tapi bila kemalasan melanda, selalunya saya akan berhenti menulis berminggu-minggu lamanya. Kalau bila datang rajin pulak, sehari sehingga 2-3 entry saya but.

Saya tak terikat untuk menggunakan satu bahasa saja dalam blog ini. Kadang-kala saya gunakan Bahasa Malaysia yang rasmi. Kadang-kala jugak, saya gunakan bahasa pasar. Bahasa Inggeris pulak saya gunakan bila datang rajin nak speaking. Little known selain dari dua bahasa ini, sekali-sekala dalam Bahasa Jepun. Asalkan faham sudah!

Tweet Terkini



Instagram Terkini



Arkib Blog