21 Februari, 2011

Perkabaran yang tak sedap didengar!

| No comment

IMG_0450 

Tengahari tadi.

Lunch dengan Lisya.

Kawan dari pejabat lama.

Kali pertama kali lunch sekali.

Selepas dia dan yang lain,

Berpindah kembali ke Ampang Puteri.

1 jam yang diperuntuk untuk makan tengahari.

Terasa begitu pendek.

Dengan cerita yang begitu banyak.

Tak dapat dengar semuanya.

Bila masa sudah sampai pada penghujung.

Terpaksa berpisah semula.

Dan menyambung tugas.

Macam biasa…

 

Tapi,

Daripada cerita yang Lisya beritahu.

Macam ada perkara yang tak best,

Sedang berlaku di pejabat lama.

Walaupun aku sudah lama…

Keluar dari kepompong KVHCCU.

Dan mula dengan kehidupan KTSHITS.

Tapi, perasaan lama.

Bersama dengan kawan-kawan lama.

Masih lagi tebal.

Persahabatan yang terjalin agak lama.

Menjadikan kami akrab dan rapat.

Bagai adik beadik.

 

Tapi semenjak KVHCCU berpecah.

Ada yang ke TSH, DSH dan APSH.

Keadaan tidak lagi seperti dulu.

Banyak perselisihan yang aku dengar.

Yang di APSH dengan masalah di sana.

Yang di DSH pula sama juga.

Yang di TSH pun, dengan masalah sendiri.

Aku hanya geleng kepala.

Nak mencelah, aku bukan lagi di kalangan mereka.

Aku hanya mampu mendengar.

Kena terima dan membiarkan.

Apa lagi yang boleh aku buat?

 

Cuma aku berdoa.

Agar kawan-kawan ex-KVHCCU,

Tabah dengan perubahan yang berlaku.

Memanglah kekok buat sementara waktu.

Kerana ianya untuk kebaikan.

Seperti yang dah dicanang dari dulu.

Mula-mula memanglah susah,

Tapi InsyaAllah…

Semuanya akan lancar.

Seperti yang telah dirancang.

 

Tabahkan hati kawan-kawan ex-KVHCCU semua.

Ini semua dugaan.

Keadaan akan lebih baik nanti!
Percayalah!

 

p(^_^)q

 

p/s : Gelora akan berlalu, tenang juga akan menyusul!

Tags : ,

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Bluekkk!!!

Nota Penting

Sorry guys! If you're looking for an informative blog, this is not it. This is my turf, my place to say my shit. But thanks for coming anyway! (^__^)

Ijann

Blog ini telah saya tulis semenjak tahun 2007 lagi sehinggalah sekarang. Ada kalanya saya rajin menambah entri dalam blog ini, tapi bila kemalasan melanda, selalunya saya akan berhenti menulis berminggu-minggu lamanya. Kalau bila datang rajin pulak, sehari sehingga 2-3 entry saya but.

Saya tak terikat untuk menggunakan satu bahasa saja dalam blog ini. Kadang-kala saya gunakan Bahasa Malaysia yang rasmi. Kadang-kala jugak, saya gunakan bahasa pasar. Bahasa Inggeris pulak saya gunakan bila datang rajin nak speaking. Little known selain dari dua bahasa ini, sekali-sekala dalam Bahasa Jepun. Asalkan faham sudah!

Tweet Terkini



Instagram Terkini



Arkib Blog