16 Februari, 2011

Naga ke ular?

| No comment

Bukak Twitter tadi.

Terbaca apa yang Waniejjang tweet.

Dia tanya, “Naga ke ni?”

Pastu dia bagik link ke Kosmo.

Bila aku tengok, aku ketawa.

Tu gambar naga ke?

Lebih kepada ular je yang aku nampak.

Lawak sungguh…

 

du_07.1

 

Nampak tak real sungguh gambar tu.

Macam ular tengah menari tarian Mesir pun ada.

Bodoh betul sapa yang percaya.

Macam tu pun ada.

Gambar nampak dah di Photoshop.

Sikit pun tak nampak hidup.

Adeh! Orang kampung cepat betul percaya.

Kalau benda-benda macam ni.

 

Gambar dikatakan diambil di Kutai Barat.

Itu kat Kalimantan.

Kawasan pedalaman.

Dikatakan dilihat di sungai Mahakam.

Pada 29 Januari lepas.

Diambil menggunakan telefon berkamera.

 

Dikatakan melihat naga persis ular.

Memiliki empat kaki, dan kulit hitam.

Seekor ada tanduk, seekor lagi tak ada.

Panjang lebih kurang 40 meter.

Ada jantan dan betina.

Kira sepasang la ni.

 

Hahaha…

Macam-macam dunia ni.

Entah-entah yang ditengok anakonda.

Tapi dicakap naga.

Tokok tambah cakap ada kaki 4 la bagai.

Nak menyedapkan cerita la konon.

Tak pun nak sensasikan cerita.

Nak lariskan akhbar.

Aku gelakkan je.

 

p/s : Korang fikirlah sendiri samada benda dalam gambar tu betul atau tak. Dunia hujung zaman, macam-macam benda boleh terjadi!

 

sumber : Kosmo 16 Februari, 2011

Tags : ,

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Bluekkk!!!

Nota Penting

Sorry guys! If you're looking for an informative blog, this is not it. This is my turf, my place to say my shit. But thanks for coming anyway! (^__^)

Ijann

Blog ini telah saya tulis semenjak tahun 2007 lagi sehinggalah sekarang. Ada kalanya saya rajin menambah entri dalam blog ini, tapi bila kemalasan melanda, selalunya saya akan berhenti menulis berminggu-minggu lamanya. Kalau bila datang rajin pulak, sehari sehingga 2-3 entry saya but.

Saya tak terikat untuk menggunakan satu bahasa saja dalam blog ini. Kadang-kala saya gunakan Bahasa Malaysia yang rasmi. Kadang-kala jugak, saya gunakan bahasa pasar. Bahasa Inggeris pulak saya gunakan bila datang rajin nak speaking. Little known selain dari dua bahasa ini, sekali-sekala dalam Bahasa Jepun. Asalkan faham sudah!

Tweet Terkini



Instagram Terkini



Arkib Blog