25 Februari, 2011

Maafkan aku!

| 1 Comment

no word! 

Benar kata orang.

“Terlajak perahu boleh diundur,

Terlajak kata…”

Hmmm…

Pandai-pandailah korang sambung.

Pepatah yang amat layak.

Untuk aku pada hari ini.

Kata-kata yang tak boleh…

Nak aku tarik balik.

Masih tersemat kemas.

Dalam sanubari aku.

Kata-kata yang amat kesal.

Aku ucapkan!

Kalaulah…

Masa boleh diundur!

Tidak akan aku katakan!

 

Hari ini.

Air mata aku gugur lagi.

Air mata kekesalan.

Yang tak boleh nak hilang dari fikiran aku.

Tapi…

Apa yang dah berlaku telah berlaku.

Aku terpaksa menerima.

Apa saja akibat daripadanya.

 

Hanya maaf yang aku pinta.

Daripada mereka yang terlibat.

Aku, dia dan mereka.

Bukan maksud aku untuk perleceh.

Tapi, hanya sekadar mahu kepastian.

Cuma kepastian yang cuba aku cari.

Umpama senjata yang makan tuan.

 

Aku kesal.

Teramat kesal!

Maaf daripada aku!

Ya! Aku salah!

Cuma yang aku pinta.

Janganlah jadikan ini sebagai aral.

Ini cuma ujian.

Ini cuma dugaan.

Mungkin Allah mahu menduga.

Dalam kita sedang bergembira.

Kita alpa.

Kita lupa.

Tentang siapa kita.

Dan dalam kekalutan ini.

Mungkin ianya untuk kita…

Bersatu hati, dah bersama teguh.

Untuk lebih erat dari dulu.

 

Sekali lagi aku memohon maaf.

Aku tahu, aku tidak sepatutnya…

Melulu dengan persoalan.

Yang menyebabkan ketegangan.

Dan melukakan hati dan perasaan…

 

Biarlah air mata aku yang gugur.

Menjadi harga…

Pada sebuah keampunan.

Pada sebuah kemaafan.

 

Ya! Aku bersalah!

Maafkan aku!

 

(TT_TT)

 

p/s : Biar yang berlaku umpama angin yang berlalu. Forgive and forget!

Tags : ,

1 ulasan:

  1. Aku pun rasa mcm tu jugak ijann... Tapi, kadang kadang aku rasa unfair .. Sebab org tu pun tak sedar dia pun banyak melukakan... Tak per laah Allah mendengar setiap tulus niat hati kita... :)

    Aku pinjam luahan ko ni.. Sebab sama ngan luah hati aku yg tak mampu aku tulis kerana ego..! Huhuhuhu

    BalasPadam

Bluekkk!!!

Nota Penting

Sorry guys! If you're looking for an informative blog, this is not it. This is my turf, my place to say my shit. But thanks for coming anyway! (^__^)

Ijann

Blog ini telah saya tulis semenjak tahun 2007 lagi sehinggalah sekarang. Ada kalanya saya rajin menambah entri dalam blog ini, tapi bila kemalasan melanda, selalunya saya akan berhenti menulis berminggu-minggu lamanya. Kalau bila datang rajin pulak, sehari sehingga 2-3 entry saya but.

Saya tak terikat untuk menggunakan satu bahasa saja dalam blog ini. Kadang-kala saya gunakan Bahasa Malaysia yang rasmi. Kadang-kala jugak, saya gunakan bahasa pasar. Bahasa Inggeris pulak saya gunakan bila datang rajin nak speaking. Little known selain dari dua bahasa ini, sekali-sekala dalam Bahasa Jepun. Asalkan faham sudah!

Tweet Terkini



Instagram Terkini



Arkib Blog