15 Januari, 2011

Kejadian bertukar hadiah

| No comment

Hamboi, lama lak tak menghapdet, Ngah sibuk menuweet jer sekarang ni. Sikit-sikit tweet, sikit-sikit tweet. Dah jadi kaki tweet jer aku sekarang nih…

 

Apa pon, aku sebenarnya tak der citer menarik pun nak dijadikan entry. Cuma sekarang ni aku tak sabar menunggu hari Ahad supaya aku dan Jaquezeean yang lain boleh menghadirkan diri ke “Kejadian Bertukar Hadiah” di rumah Leya di Wangsamaju nanti.

 

Korang pun mesti pernah buat kan? Terima dan memberi hadiah… Tak rugi dan tidak untuk, cuma memori bertukar-tukar hadiah itu yang amat berharga!~ <3

 

Kiteorang dah macam jadi tradisi lak bertukar hadiah ni. Tiap tahun mesti akan buat menda ni. Cuma tahun ni kiteorang lambat sikit buat sebab memasing ada hal memasing. Nak aturkan perjumpaan pun makan masa. Ye la, nak matchingkan tarikh dengan semua Jaquezeean. Tak mo la ada separuhnya yang tak dapat menghadirkan diri…

 

Namun, ada jugak la beberapa orang yang tidak dapat nak datang! (T-T) Aku sangat sedih!

 

Dulu, riang ria kami bertukar-tukar hadiah. Bila ada yang tak der, tak cukup korum pulak rasanya. Sorang tu terpaksa bekerja siang dan malam (sian dia!). Dan sorang lagi pulak sengaja nak menjauhkan diri (satu perkara yang kami Jaquezeen cukup tak boleh terima). Cukuplah situ je yang boleh aku cakap, cuma apa yang aku harapkan, biarlah dia buat apa yang dia nak, asalkan dia rasa apa yang dia buat tu betul. Kami biasa-biasa je… Pergi tidak kami halau!…

 

Ah! Cukup pasal tu… yang penting, esok aku akan bawak menda ni kat rumah Leya… Tadaaa…

 

ciskek cedap! 

2 tray ciskek yang aku beli dari Lisya (trimas!) untuk aku bawak ke perjumpaan tu nanti. Mmmm… dah la sedap ciskek tu, nak jer aku bukak satu makan malam ni! Bwahahaha…

 

Ok la! Nanti aku buat report pasal “Kejadian Bertukar Hadiah” tu nanti… Daaa…

 

(^_^)/

Tags : ,

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Bluekkk!!!

Nota Penting

Sorry guys! If you're looking for an informative blog, this is not it. This is my turf, my place to say my shit. But thanks for coming anyway! (^__^)

Ijann

Blog ini telah saya tulis semenjak tahun 2007 lagi sehinggalah sekarang. Ada kalanya saya rajin menambah entri dalam blog ini, tapi bila kemalasan melanda, selalunya saya akan berhenti menulis berminggu-minggu lamanya. Kalau bila datang rajin pulak, sehari sehingga 2-3 entry saya but.

Saya tak terikat untuk menggunakan satu bahasa saja dalam blog ini. Kadang-kala saya gunakan Bahasa Malaysia yang rasmi. Kadang-kala jugak, saya gunakan bahasa pasar. Bahasa Inggeris pulak saya gunakan bila datang rajin nak speaking. Little known selain dari dua bahasa ini, sekali-sekala dalam Bahasa Jepun. Asalkan faham sudah!

Tweet Terkini



Instagram Terkini



Arkib Blog