09 Januari, 2011

Iswari is the name…

| 3 Comments

Recently, I got myself a car. And immediately I named it Iswari. Hahaha… Kinda funny ha?! But I like it! Dalam masa kengkawan lain sibuk menamakan kereta memasing, aku pun nak gak! Hahaha… Ada yang panggil Sitam la, ada yang panggil Prime la, Suzy and dot dot dot… Aku just want to jump in and join the party! Ekekekeke…

 

Iswari is the name (macam nama orang india lak!) (^o^)/

 

My car isn’t a great one. Nak kata baru pun bukan. But okay la. Asalkan boleh jalan. Don’t have to wait for my friend pick me up any longer, I can go by myself! Tapi, gayat la, gayat gak bawak keta kat jalan besar di KL ni (gayat tu bahasa abang aku, aku pinjam je!). Maklumlah ni la waktunya nak membiasakan diri dengan jalan² di KL setelah lama duduk di sini.

 

Muka Iswari... 

Petang tadi, Iswari merajuk lak ngan aku. Tak mo nak setat. Pagi² tadi, ok la dia jalan, bila time nak balik rumah pas keje, dia dah setat merajuk. Lama gak menerai pujuk, tapi tak mau gak. Nasib baiklah kawan baek aku ada nak menolong. Lepas dia balik keje (dia ni seorang mekanik), terus dia amek aku kat Menara Orkid dan menuju ke Hospital Tawakkal.

 

Pas dia check, memang dah dijangka bateri punca rajukan Iswari. Kena la tukar, mana tak nyer, bateri tu pun dah nak dekat 3 tahun tak tukar. Ni la masanya Iswari nak itu ini dengan aku. Tak per, aku ikutkan kehendak dia. Terbanglah RM155 membeli bateri baru untuk Iswari. Suka dia, terus menderum serta merta lepas tukar.

 

Dah tukar bateri, Iswari nak pulak tukar cigarette litter yang dah lama tak berfungsi tu. Terbang lagik RM45 untuk dia. Wallaweh, terus dia boleh menyanyi² dalam kereta lepas aku cucuk kat dia MP3 Radio Transmitter . Suka la tu! Aku pun! Hahahahaha…

 

Iswari yang pemalu... 

Hari ni je dah kat RM200 untuk Iswari je. Ada gak la menda lain yang Iswari nak, tapi mungkin bulan depan kot kalo ada dwet lebey. Hehehe… Nak buat semuanya bulan ni, mampos la aku. Kopak! Hahaha… Jadi, sabo yer Iswari, nanti ko dapat la apa yang ko nak! Jangan majok lagi! :p

 

Sempat lagik Yan ngepos... :p  

Konon tadik time bawak Iswari gi jenjalan, Man ngan Yan ada le gamoknye. Tapi tak plak derang muncul². Penat kot. Yan plak cakap dia sakit kepala dari semalam. So tak dapat la aku membelanja mereka berdua (tak de rezeki). Tak per, len kali, aku banjer korang berdua sebab sudi menengok²kan Iswari yang malu² tu. Kalo tak der Man, tak der la Iswari berjalan malam tadik. Tip top Inche’ Man buatkan… Hihi… Terima kasih daun keladi, kalo boleh nenanti tolong lagik ek! Tak per, aku sanggup bayo/melanjer… (^_^)

 

Dalaman Iswari... Malu dia! :p  

So, berjalanlah aku ngan Iswari malam tadik dengan seronotnya. Sekali ngan Lan, Sarol, Dania si tecit tomei, Leya ngan Adi. Memang la gayat first time bawak kat jalan besar. Selama ni kat Ipoh jer, tak penah pun bawak kat KL ni. Jalan pun tak hapal. I need GPS lor! Hahahaha… Unfortunately, my iPhone nyer GPS tak functioning sebab masih lagi ada bugs kat dalamnya. Tunggu updates lepas nih…

 

Hehehe… Me and my new best friend in the making. Hope we will get along this time on! (^_^)

 

p/s : Iswari sangat materialistik! :p

Tags : ,

3 ulasan:

  1. Hihihi...

    Iswari cakap, "pin pin" dengan nada cumel! :p

    BalasPadam
  2. huhu...
    my soon "baby boy" pun...ada nama gak..

    dabaliyu-dabalyu ailabiyu

    panjang namanya hehehehe

    BalasPadam

Bluekkk!!!

Nota Penting

Sorry guys! If you're looking for an informative blog, this is not it. This is my turf, my place to say my shit. But thanks for coming anyway! (^__^)

Ijann

Blog ini telah saya tulis semenjak tahun 2007 lagi sehinggalah sekarang. Ada kalanya saya rajin menambah entri dalam blog ini, tapi bila kemalasan melanda, selalunya saya akan berhenti menulis berminggu-minggu lamanya. Kalau bila datang rajin pulak, sehari sehingga 2-3 entry saya but.

Saya tak terikat untuk menggunakan satu bahasa saja dalam blog ini. Kadang-kala saya gunakan Bahasa Malaysia yang rasmi. Kadang-kala jugak, saya gunakan bahasa pasar. Bahasa Inggeris pulak saya gunakan bila datang rajin nak speaking. Little known selain dari dua bahasa ini, sekali-sekala dalam Bahasa Jepun. Asalkan faham sudah!

Tweet Terkini



Instagram Terkini



Arkib Blog