09 Januari, 2011

Air! Oh air!

| No comment

Air berbotol-botol 

Kali ni, aku bukan nak bercerita pasal Menara Orkid yang semedang tak der air (sib baik dah ada balik!), kali ni aku nak bercerita pasal air minom lak!

 

Memang la masak air ni, menda paling senang dalam dunia kalo nak buat. Tadah air kat ceret, bukak api, jerang sampai menggelegak/mendidih. Pastu boleh le minom. Tapi kalo dah panas tu, takkan la nak tegok gak kan? Nak mati?… Kena la tunggu air tu sejuk dulu, pastu boleh la tegok!

 

Tapi, zaman moden sekarang ni, semuanya nak cepat. Tak der nyer nak tunggu air masak bagai, nak tunggu sejuk pastu minom. Bila nak siap? Ada gak orang yang masukkan air panas dalam botol, tunggu sejuk sikit, pastu terus sumbat dalam fridge biar cepat sejuk. Aduyai! Beristigfar fridge tu kalo selalu buat gitu. Kalau boleh menjerit, dah lama dia menjerit. Tak sampai setahun, mau kena tuka fridge baru…

 

So, kaedahnya, beli la air sekupang ni kat mesin. Senang dan murah. Sekupang (sepuluh sen ler!) dapat lah seliter air yang macam dalam gambar kat atas. Murah pun murah, senang, yang penting cepat! Pas isi jer, kalo ko nak tegok sampai masuk lubang idung pun buleh! Part bersih, memang bersih… Air tapisan ler katakan.

 

Jap tadik aku isi 5 botol air, baru berharga RM1. Lebih kurang la. Aku pun tak baper hengat baper sen yang aku masukkan dalam mesin tu. Segenggam duit syiling aku bawak masa turun dari rumah ke mesih air ni. Mesin yang kat bawah rumah aku ni rosak la pulak, kena gi bangunan sebelah. Nasib baik orang tak ramai. Ada la 2 orang budak perempuan bawak berbeg² botol kosong nak isi air kat situ. Hehehe… Dalam hati aku tak benti cakap yang pempuan pun malas nak masak air. Hahaha… 2x5 jer ngan budak bujang lelaki…

 

Tu la yang aku cakapkan tadi tu, tak kire la laki ker perempuan, semua nak menda senang sekarang. Nak masak air hanya bila terasa nak minom air manis macam teh ke, kopi ke… nescafe ke untuk bebudak muda… Aku lak dah jarang minom air manis ni. Macam dah tak der nikmat dah. Air putih jugak yang aku cari (ada yang panggil air mati, air jarang, air masak dan sebaginya…) Puas sepuas-puasnya…

 

Habis citer bab air. Tu pun buleh jadik cerita. Ye la, masa ngisi air tadik, dok terkenang apa je menda nak buat citer dalam blog… Dapat citer pasal air minom pun, jadik la! Hahahaha… Janji blog tak bersawang! :p

 

p/s : Rasanya air yang aku isi ni, tak sampai 2 hari… pastu mesti abes nyer!…

Tags : ,

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Bluekkk!!!

Nota Penting

Sorry guys! If you're looking for an informative blog, this is not it. This is my turf, my place to say my shit. But thanks for coming anyway! (^__^)

Ijann

Blog ini telah saya tulis semenjak tahun 2007 lagi sehinggalah sekarang. Ada kalanya saya rajin menambah entri dalam blog ini, tapi bila kemalasan melanda, selalunya saya akan berhenti menulis berminggu-minggu lamanya. Kalau bila datang rajin pulak, sehari sehingga 2-3 entry saya but.

Saya tak terikat untuk menggunakan satu bahasa saja dalam blog ini. Kadang-kala saya gunakan Bahasa Malaysia yang rasmi. Kadang-kala jugak, saya gunakan bahasa pasar. Bahasa Inggeris pulak saya gunakan bila datang rajin nak speaking. Little known selain dari dua bahasa ini, sekali-sekala dalam Bahasa Jepun. Asalkan faham sudah!

Tweet Terkini



Instagram Terkini



Arkib Blog