28 Disember, 2010

SM(K)UK

| 2 Comments

Minggu lepas aku berpeluang untuk menghadiri reunion Squad76 bagi bekas pelajar² SMUM (sekarang SMKUK). Walaupun tak terlibat secara langsung, namun aku dapat rasakan keseronokan berjumpa semula rakan² sekolah lama yang dah lama terpisah. Aku hanya bertugas sebagai jurukamera untuk pertemuan semula itu. Ada yang gembira, ketawa dan tak kurang juga yang menitiskan air mata apabila bertemu semula rakan lama…

 

Ditambah pula dengan kehadiran beberapa guru² yang pernah mengajar. Bertambah seri perjumpaan yang dijalankan. Aku masih lagi ingat dengan guru² yang pernah mengajar aku; Pn. Julia, Pn. Kalsom, En. Abu Seman dan beberapa lagi guru yang pernah mengajar. Walaupun mereka tidak lagi ingat dengan aku sebagai bekas pelajarnya, namun itu bukanlah penyebab untuk tidak menghadiri perjumpaan yang julung² kalinya dibuat.

 

Tapi apa yang melekat di hati adalah persekitaran sekolah yang tidak jauh berbeza sebagaimana aku tinggalkan dulu. Walaupun ada beberapa tambahan bangunanan, namun ciri² lama masih lagi ada di situ, seolah² tidak langsung terusik oleh peredaran masa…

 

Ruang bacaan luar di hadapan perpustakaan.

Koperasi sekolah.

Ruang perhimpunan.

Bangunan "Kemahiran Hidup" dan hallway ke kantin.

Kantin sekolah.

Bangunan pentadbiran sekolah dan kelas peralihan.

Pondok bacaan di hadapan bangunan "Kemahiran Hidup".

Bilik guru.

Bangunan hadapan sekolah.

Tempat perhimpunan utama di bahagian padang.

Masih macam dahulu!

Tiada banyak perbezaan...

Surau baru di sebelah padang.

Sudah berpondok...

Hallway menuju ke kantin.

Kantin sekolah. Sekarang sudah ada televisyen...

Bangunan kelas 3 tingkat baru.

Pondok bacaan di sebelah bangunan baru.

Kolam disebelah koperasi dan perpustakaan.

Tangga yang menghubungkan bangunan pentadbiran dan kelas peralihan.

Jalan ke padang... 

Walaupun aku hanya mampu bertahan selama 3 tahun di sekolah ini sebelum berpindah ke sekolah lain pada 1994, namun sekolah ini tetap istimewa di hati aku. Kerana teman² dan rakan² membesar aku semuanya bersekolah di sini. Bermula dari sekolah rendah dan kemudian sama² melanjutkan persekolah di sekolah ini. Tiada memori yang lebih indah selain sekolah ini… Aku cukup iri dengan rakan² yang tamat persekolahannya di sini. Bersama memulakan persekolahan di tigkatan 1 dan berakhir bersama² di tingkatan 5. Aku sahaja yang tidak dapat mengikutinya…

 

Apa pun, 8 jam berada di sekolah ini, benar² melepaskan kerinduan aku pada saat² kegembiraan aku berasama rakan². SM(K)UK tetap di hati!

 

p/s : Mahu lebih lama di sini, tetapi apakan daya! (T_T)

p/ss : Semuanya kelihatan kecil berbanding dulu… (^_^)

Tags : , ,

2 ulasan:

  1. Apesal gambar gelap2 je? Kasila terang...

    BalasPadam
  2. i missed this school veli much... uwaaaaaaaaaaaaaaaaaa

    BalasPadam

Bluekkk!!!

Nota Penting

Sorry guys! If you're looking for an informative blog, this is not it. This is my turf, my place to say my shit. But thanks for coming anyway! (^__^)

Ijann

Blog ini telah saya tulis semenjak tahun 2007 lagi sehinggalah sekarang. Ada kalanya saya rajin menambah entri dalam blog ini, tapi bila kemalasan melanda, selalunya saya akan berhenti menulis berminggu-minggu lamanya. Kalau bila datang rajin pulak, sehari sehingga 2-3 entry saya but.

Saya tak terikat untuk menggunakan satu bahasa saja dalam blog ini. Kadang-kala saya gunakan Bahasa Malaysia yang rasmi. Kadang-kala jugak, saya gunakan bahasa pasar. Bahasa Inggeris pulak saya gunakan bila datang rajin nak speaking. Little known selain dari dua bahasa ini, sekali-sekala dalam Bahasa Jepun. Asalkan faham sudah!

Tweet Terkini



Instagram Terkini



Arkib Blog