04 November, 2010

Voyager

| No comment

voyager

 

Star Trek Voyager adalah siri Star Trek kedua yang aku tengok selepas Star Trek The Next Generation. Tak macam STTNG yang aku tengok melalui koleksi DVD yang aku beli, STV yang aku tengok kali ni lain sikit, aku tengok entirely melalui internet i.e. Youtube. Setakat ni, aku dah tengok 2 season, dan season 3 hampir menyusul.

 

Memula, aku ingat STV ni tak boleh menyaingi STTNG, tapi firasat aku salah. STV sama bestnya dengan STTNG. Mon kapitan nyer sama berkaliber dengan Picard di Enteprise, kapitan Voyager plak lebih kepada female touch. Misi kedua-dua starship tak sama, Enterprise lebih kepada eksplorasi, manakala Voyager pula lebih kepada misi saintifik.

 

Tapi misi Voyager bertukar kepada misi untuk pulang ke Bumi selepas Voyager dihumban 70,000 tahun cahaya ke Delta Quadrant (sektor paling jauh dalam galaksi Bima Sakti) oleh entiti bernama Caretaker, dan ianya memerlukan selama 75 tahun dengan kelajuan warp paling maksima untuk pulang ke Bumi. Dan dalam masa yang sama sewaktu perjalanan pulang ke Bumi, mereka melakukan pelbagai eksplorasi dan penemuan terbaru yang belum pernah mana² starship dari Alpha Quadrant lakukan.

 

Memang best jalan ceritanya. Yang paling best apabila watak² dari STTNG ada juga ditunjukkan dalam STV ni. Untuk korang yang Trekkies macam aku nih, tengok la! Memang best! Tak rugi…

Tags :

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Bluekkk!!!

Nota Penting

Sorry guys! If you're looking for an informative blog, this is not it. This is my turf, my place to say my shit. But thanks for coming anyway! (^__^)

Ijann

Blog ini telah saya tulis semenjak tahun 2007 lagi sehinggalah sekarang. Ada kalanya saya rajin menambah entri dalam blog ini, tapi bila kemalasan melanda, selalunya saya akan berhenti menulis berminggu-minggu lamanya. Kalau bila datang rajin pulak, sehari sehingga 2-3 entry saya but.

Saya tak terikat untuk menggunakan satu bahasa saja dalam blog ini. Kadang-kala saya gunakan Bahasa Malaysia yang rasmi. Kadang-kala jugak, saya gunakan bahasa pasar. Bahasa Inggeris pulak saya gunakan bila datang rajin nak speaking. Little known selain dari dua bahasa ini, sekali-sekala dalam Bahasa Jepun. Asalkan faham sudah!

Tweet Terkini



Instagram Terkini



Arkib Blog