25 November, 2010

Terbelakah mereka?

| No comment

Macam dilanda garuda

 

Sorry! Entry kali ni, serious sikit…

 

Sesungguhnya, aku amat sedih dengan kejadian yang menimpa peniaga² kecil di Jalan 3/48A Bandar Baru Sentul. Sumber rezeki yang selama ini diraih secara halal dengan penjualan makanan pada penduduk sekitar, dirobohkan begitu sahaja. Pada mulanya, keadaan hanya sekadar khemah² yang dilipat dan diletak di tepi (dengan niat perniagaan akan bersambung semula kemudian), tapi selepas sahaja aku pulang dari kerja tadi, apa yang kelihatan adalah seperti gambar di atas.

 

Apa sudah jadi ni?

 

Aku amat terkejut dengan kejadian yang terjadi hari ini. Walaupun bantahan telah disuarakan,namun siapalah mereka yang hendak mempertikaikan keputusan pihak berkuasa. Walau menangis air mata darah sekalipun, roboh tetap roboh. *sigh*

 

Sebahagian besar sejarah hidup aku ada di situ. Bila ianya dirobohkan, samalah seperti merobohkan perasaan² yang pernah ada pada aku di tempat itu. Tiada air mata yang keluar sebab terkejut dengan keadaan yang berlaku…

 

Semuanya disebabkan perasaan hasat dengki manusia iaitu “orang-orang Melayu” yang tak pernah senang melihat orang lain maju…

 

Padahal, satu ketika dulu, tempat inilah yang menyelamatkan penduduk ketika kawasan sekitar itu menjadi lokasi samun dan ragut. Di situlah tempatnya, anak² muda mencari rezeki berniaga kecil²an daripada membuang masa di luar. Tapi, setelah banyak bakti yang ditabur, hanya dengan keinginan sesetengah manusia yang hendak naik cepat, semua soal moral, soal integriti bangsa, soal ketuanan, semua ditolak ke tepi. Dengan hanya berbekalkan alasan “membahayakan keselamatan” disebabkan saluran gas di bawah tanah.

 

Habis, tadika yang ada di situ tak merbahaya la pulak?

 

Kami selama ini memanggil kawasan itu dengan Green Park, ataupun GP sahaja. Mungkin sewaktu dibuka dahulu, tempat ini terkenal dengan kehijauannya. Mungkin juga kerana orang yang memperkenalkan tempat itu suka dengan warna hijau. Tapi, apa yang penting, bukanlah namanya. Tetapi apa yang telah diusahakan selama ini bermula lebih 10 tahun yang lalu.

 

Aku teringat lagi kakak (angkat) aku turun naik pejabat DBKL, berjumpa dengan Dato’ Bandar, semata-mata untuk membuka kawasan peniagaan orang Melayu di situ, Kawasan yang strategik dan mudah membuatkan ianya menjadi tumpuan orang² Melayu yang ingin meniaga. Dari 1 gerai, menjadi kawasan kelompok peniaga Melayu. Dari tidak terkenal, menjadi terkenal…

 

Habis roboh 

Macam² usaha yang telah dibuat oleh kakak aku; memohon menjadikan kawasan itu kawasan khas peniaga, memohon lesen menjaja. membuat persatuan penjaja, dan pelbagai lagi usaha untuk menjadikan kawasan itu sebagai premis perniagaan yang sah. Pelbagai pihak yang berkedudukan telah diminta untuk menyokong usaha peniaga di situ untuk terus meniaga dan menaikkan taraf ekonomi masyarakat Melaya setempat Tapi usaha itu bagaikan dipandang enteng oleh sesetengah pihak.

 

Yang mendukacitakannya, yang cuba mematahkan usaha tersebut adalah orang Melayu sendiri. Pihak DBKL pula bagai memandang permintaan kecil ini dengan sebelah mata. Pepatah Melayu lama yang mengatakan, “semut yang jauh ternampak jelas, gajah di depan mata dibuat tak tahu” memang kena dengan situasi yang berlaku. Cukup menyakitkan hati, cukup menyedihkan. Yang meminta itu bukanlah orang lain, orang² sendiri jugak, tapi masyarakat yang lain pula (terutamanya pendatang) dibiarkan berleluasa.

 

Minta maaflah sekiranya apa yang dikatakan agak kasar, tetapi ianya jelas nyata tanpa perlu digembar-gemburkan… Anak kera di hutan disusukan, anak sendiri mati kelaparan… (T_T)

 

Yang tinggal... 

Sesungguhnya, ketidak adilah jelas nyata. Bukan peniaga² di situ tidak mahu berpindah ke bangunan komuniti yang baru di bina bersebelahan. Tapi lihatlah dengan mata kepala sendiri, berapa ramai orang yang berminat untuk memanjat bangunan baru itu semata² untuk membeli makanan? Berapa ramai yang mahu memberhentikan kereta, mencari parkir di sana semata² untuk membeli lauk tengahari? Tambahan pula, meja dan kerusi yang diberi hanya sekadar 2-3 tempat sahaja sedangkan yang datang untuk makan lebih daripada itu? Itu baru masyarakat setempat, yang datang dari jauh pula?

 

Aku sendiri tak mahu (tak hingin) nak memanjat ke tingkat 1 food court di sana. Terlalu jauh dan menyusahkan. Sedangkan aku hanya mahu membeli makanan yang lebih kurang sahaja. Bukannya nak membeli-belah. Kalau aku nak pergi membeli-belah, baik aku keluar saja ke Kuala Lumpur dan pilih mana² pusat membeli-belah yang mempunyai food courtnya sendiri. Lebih puas hati…

 

Hammm… Tak faham aku la! Logik yang begitu senang pun susah nak diambil pakai…Memanglah selesa, memanglah baik… Tapi apakah itu yang masyarakat setempat mahukan?

 

Apa pun, GP sekarang seperti kawasan yang telah dilanda garuda. Penat jerih peniaga², dan wang ringgit yang dikeluarkan terbazir begitu sahaja. Sedangkan masa depan mereka tidak terjamin… Terasa sayu sangat hati ini…

 

Apa pun, aku selalu mendoakan peniaga² di situ (terutama kakak aku) akan mendapat pembelaan sewajarnya. Aku harap, apa yang telah kakak aku rancangkan untuk kebaikan kawasan itu akan menjadi kenyataan. Ini mungkin getir sementara yang perlu kakak aku hadapi untuk masa depan yang lebih cerah. InsyaAllah, mereka telah berusaha dari mula. Semoga Allah memberikan kemenangan pada mereka yang telah berusaha dan bertawakal.

 

p/s : Susah betul nak cari tempat makan!

Tags : , ,

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Bluekkk!!!

Nota Penting

Sorry guys! If you're looking for an informative blog, this is not it. This is my turf, my place to say my shit. But thanks for coming anyway! (^__^)

Ijann

Blog ini telah saya tulis semenjak tahun 2007 lagi sehinggalah sekarang. Ada kalanya saya rajin menambah entri dalam blog ini, tapi bila kemalasan melanda, selalunya saya akan berhenti menulis berminggu-minggu lamanya. Kalau bila datang rajin pulak, sehari sehingga 2-3 entry saya but.

Saya tak terikat untuk menggunakan satu bahasa saja dalam blog ini. Kadang-kala saya gunakan Bahasa Malaysia yang rasmi. Kadang-kala jugak, saya gunakan bahasa pasar. Bahasa Inggeris pulak saya gunakan bila datang rajin nak speaking. Little known selain dari dua bahasa ini, sekali-sekala dalam Bahasa Jepun. Asalkan faham sudah!

Tweet Terkini



Instagram Terkini



Arkib Blog