04 November, 2010

Si Pejalan Kaki

| 4 Comments

jalankaki

 

Selalu aku bertanya pada diri sendiri, setiap kali pergi dan pulang kerja… sambil memerhatikan kenderaan lalu lalang sepanjang perjalanan. Kadang-kala ada yang bertanya, kenapa aku tidak membeli sahaja kenderaan yang memudahkan aku untuk ke sana ke mari. Dan setiap kali itu jugalah aku akan tersenyum dan memberikan pelbagai alasan kepada mereka.

 

Kenapa? Kerana aku “memilih” untuk berjalan kaki daripada menaiki kenderaan. Jawapan yang senang dan mudah. Tiada banyak kerenah yang perlu aku fikirkan dan perlu untuk aku ambil peduli. Dan juga kerana kelemahan diri yang dah lama aku sedar dan aku terima sejak lama dulu.

 

testbw 

Nombor apa yang korang nampak pada gambar di atas? Kalau korang nampak nombor 29, alhamdulillah. Mungkin tiada cacat celanya pada pandangan korang tu. Tapi tidak pada aku. Untuk mengenalpasti nombor di atas pun, aku perlu bertanya orang sebelah. Entah betul entah idak apa yang diberitahu (dengan niat untuk mempermainkan). Apa yang aku nampak, hanyalah titik-titik besar kecil yang lebih kurang saja warnanya. Padahal aku tahu, warna yang ada pada titik-titik itu, terlalu berbeza pada pandangan orang yang berpenglihatan normal.

 

Haha! Aku memang seorang yang rabun warna.

 

Tapi apa bezanya rabun warna dengan buta warna? Pada sesetengah orang, mungkin menganggapnya sama sahaja. Tapi, orang seperti aku, rabun dan buta warna sama sekali berbeza. Rabun warna hanya tidak dapat membezakan warna-warna yang hampir sama, dan buta warna pula tidak dapat melihat warna sama sekali. Berbezakan? Tapi, selalunya orang ramai hanya menganggap rabun dan buta warna adalah perkara yang sama.

 

Dan lumrah juga pada mereka yang berpenglihatan normal, bila dapat tahu saja yang aku ni rabun warna, mulalah nak mempermainkan. Bertanya itu ini tantang warna; “beg ini kaler apa”, “kereta tu warna apa”, “meja warna apa”… Sungguh annoying dan menjengkelkan. Tapi apa boleh buat. Aku hanya mampu tersenyum. Walaupun dalam hati terasa sakit dengan telatah yang derang buat. Oleh kerana ia selalu terjadi, ianya sudah lali untuk aku. Apa yang aku buat adalah membiarkan ia saja… Masuk telinga kanan, keluar telinga kiri…

 

Jadi apa siknifiken nya hal rabun warna dengan berjalan kaki? Tentu korang dah boleh agak kan? Sudah tentu korang mengagak yang aku tak boleh bawak kereta kan? Tetttt… Salah! Sama sekali tidak betul. Aku boleh memandu dengan cermerlang, terima kasih! Aku juga mempunyai lesen kereta dalam simpanan. Mungkin juga aku boleh membawa kereta lebih baik daripada orang lain…

 

Tapi aku memilih untuk berjalan kaki. Bukan kerana aku tak mampu untuk berkereta, tetapi aku lebih senang untuk berjalan. Sekurang-kurangnya, setiap hari aku berjalan lebih kurang 30 minit… pergi dan pulang. Tak perlu untuk melakukan senaman berat 3 kali seminggu.

 

Lagi pun, rabun warna aku menjadi semakin teruk setiap kali malam menjelma. Setiap kali tulah aku tak boleh memandu. Warna-warna pada sebelah malam menjadi berkeceramuk. Warna merah pada lampu isyarat, kelihatan berwarna kuning. Warna kuning tetap berwarna kuning. Hijau? Kadang-kala menjadi warna salah satu di antaranya. Jadi, sudah tentu ianya menjadi masalah kepada aku untuk mengenal pasti warna pada lampu isyarat pada waktu malam. Silap haribulan, ke hospital pulak aku nanti…

 

Semenjak kejadian aku melanggar lampu isyarat tidak lama dulu (pada waktu malam dah tentunya), dengan beberapa orang kawan di dalam kereta, dan kereta yang aku naiki hampir-hampir kemalangan, aku dah serik untuk memandu pada waktu malam lagi. Apa tah lagi di bandar besar macam Kuala Lumpur ni. Daripada aku membahayakan keselamatan diri sendiri, dan juga keselamatan penumpang… juga keselamatan pengguna jalanraya yang lain, aku melupakan hasrat untuk mempunyai kenderaan sendiri. Juga untuk memandu di bandar besar di Kuala Lumpur ni. Lebih baik aku berjalan sahaja (atau berkenderaan awam) ke mana destinasi yang aku nak tuju. Lebih selamat.

 

Mungkin ini penyelesaian terbaik untuk aku. Bukan tidak mahu berkenderaan, bukan tak mahu menyenangkan diri, tapi lebih baik aku fikirkan keselamatan diri dan keselamatan orang lain dahulu sebelum aku memikirkan untuk kelihatan bergaya dengan kenderaan sendiri. Biarlah remeh sekali pun, asalkan aku selamat.

 

Kalau nak dikatakan aku frust dengan keadaan tu, sudah tentu. Tapi sama sekali aku tak menyalahkan sesiapa. Apatah lagi nak menyalahkan leluhur aku yang mungkin mewariskan kekurangan ni pada aku. Sekurang²nya aku melihat kekurangan ini secara optimistik.

 

Aku ingat lagi sewaktu pertama kali aku mula menyedari aku rabun warna. Waktu itu,mungkin aku berada dalam darjah 2 atau 3. Kami sedarjah mewarna gambar pada lukisan yang kami lukis. Dengan pemandangan sekeluarga sedang berkelah di tepi pantai. Aku mula mewarna laut dengan warna ungu, sedangkan pada waktu itu, aku sangkakan warna ungu adalah sama dengan warna biru (only darker kind of blue in my thought). Oleh kerana tiada siapa yang memberitahu, seluruh laut aku warnakan dengan warna ungu. Dan bila lukisan yang telah siap berwarna itu dipulangkan, apa yang aku dapat hanyalah markah yang paling rendah dengan satu nota berwarna merah ditulis oleh cikgu, “LAUT BUKAN BERWARNA UNGU”. Terpinga-pinga aku dengan nota yang cikgu berikan, kerana pada aku, warna yang aku guna sama seperti warna yang rakan sedarjah lain gunakan. Bayangkan aku pada ketika itu yang tak mengetahui apa².

 

Bermulalah dengan siri² kejadian lainnya yang mematangkan aku dengan kelemahan dan kekurangan yang ada. Ditolak dari memasuki sekolah berprestig, tidak dapat mengikuti kursus yang aku mahu di U, dan bermacam perkara lagi sedikit sebanyak merobek perasaan. Aku jadi seorang yang pasrah dengan keadaan.

 

Tapi semua itu dah berlalu. Aku tak lagi melihat ke belakang. Hanya ke hadapan sahaja. Apa yang penting, aku kena sentiasa optimistik dengan setiap perkara yang berlaku. Dan berjalan kaki ke mana² merupakan salah satu langkah kecil untuk aku mengharungi banyak perkara lain dalam dunia.

 

Itu kisah aku, kisah seorang pejalan kaki. Kisah korang pulak, bagaimana?

Tags : , ,

4 ulasan:

  1. IKLAN: aku mencik tawwww tuan blog nih...dia reject komen pertama aku huhu...

    KOMEN AKU:
    takpe la ijan, skrg pun ko berkenderaan. tuu kaki ko tu as transportation.
    nnt la ijan kalo ada rejeki aku pertrasport..kita vrom2 keliling kota..hehu

    BalasPadam
  2. IKLAN : mintak maaf di atas kesilapan teknikal, tetiba jari ini tidak mengikut kata empunya badan...

    KOMEN AKU LAK : Hahaha... aku dah ada driver taw, jangan lupa tu. Tapi driver aku mintak upah tiap kali aku soh dia bawak aku berjalan-jalan. Sangat nakal driver aku tu... Hihihi... :p

    BalasPadam
  3. awak kerja apa?

    BalasPadam
  4. Saya kerja IT di Tawakkal Hospital... :)

    BalasPadam

Bluekkk!!!

Nota Penting

Sorry guys! If you're looking for an informative blog, this is not it. This is my turf, my place to say my shit. But thanks for coming anyway! (^__^)

Ijann

Blog ini telah saya tulis semenjak tahun 2007 lagi sehinggalah sekarang. Ada kalanya saya rajin menambah entri dalam blog ini, tapi bila kemalasan melanda, selalunya saya akan berhenti menulis berminggu-minggu lamanya. Kalau bila datang rajin pulak, sehari sehingga 2-3 entry saya but.

Saya tak terikat untuk menggunakan satu bahasa saja dalam blog ini. Kadang-kala saya gunakan Bahasa Malaysia yang rasmi. Kadang-kala jugak, saya gunakan bahasa pasar. Bahasa Inggeris pulak saya gunakan bila datang rajin nak speaking. Little known selain dari dua bahasa ini, sekali-sekala dalam Bahasa Jepun. Asalkan faham sudah!

Tweet Terkini



Instagram Terkini



Arkib Blog