05 November, 2010

Sepetang bersama 2 orang budak APSH

| No comment

Cuti Deepavali hari dah nak abes. Aku biasalah terperap kat rumah sebab tengah on-call. Tak leh nak ke mana-mana. Kalo boleh pun, tak leh jauh dari rumah. Takut kalau² ada panggilan dari hospital. Tapi, walaupun tengah on-call, aku keluar jugak… Tapi tak jauh la. Ke KLCC jer bersama dengan 2 orang kawan dari tempat kerja lama dulu, si Syafiq dengan Ajis (Budak Ajeh).

 

Lepas aku kena kidnap ke KLCC, derang lepak kat rumah aku, main game. Tu sebenarnya agenda derang hari ni. Aku tak kisah pun derang nak datang, lagi bagus sebab tak ler busan sengsorang kat rumah.

 

Men game 

Derang berperang kat rumah sambil mengekek² sebab Syafiq kalah 10-5 ngan Ajis. Hahaha… Baru la buku bertemu ruas. Dulu masa Syafiq main dengan Arep, dia bantai si Arep cukup². Sekarang baru ko taw. Aku jadi tukang gelak jer kat tepi. Hahahaha…

 

Controller Syafiq ngan Ajis Syafiq ngan Ajis 

Lantang korang la nak berguling kat situ. Aku buat kerja aku jer. Ekekeke… Petang aku hari ni tak boring sebab 2 budak ni datang rumah. Slalu kalo time cuti, buat taik mata aje la. Hahahaha…

 

Posing dulu sebelum sambung main game!Sempat posing lagi tu! :p

Tags : ,

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Bluekkk!!!

Nota Penting

Sorry guys! If you're looking for an informative blog, this is not it. This is my turf, my place to say my shit. But thanks for coming anyway! (^__^)

Ijann

Blog ini telah saya tulis semenjak tahun 2007 lagi sehinggalah sekarang. Ada kalanya saya rajin menambah entri dalam blog ini, tapi bila kemalasan melanda, selalunya saya akan berhenti menulis berminggu-minggu lamanya. Kalau bila datang rajin pulak, sehari sehingga 2-3 entry saya but.

Saya tak terikat untuk menggunakan satu bahasa saja dalam blog ini. Kadang-kala saya gunakan Bahasa Malaysia yang rasmi. Kadang-kala jugak, saya gunakan bahasa pasar. Bahasa Inggeris pulak saya gunakan bila datang rajin nak speaking. Little known selain dari dua bahasa ini, sekali-sekala dalam Bahasa Jepun. Asalkan faham sudah!

Tweet Terkini



Instagram Terkini



Arkib Blog