03 November, 2010

Sakit mata

| No comment

sakit mata1

Bangun pagi jer, dah terasa pressure kat dua² belah mata. Pedih jangan cerita la. Berair macam nangis 3 hari 3 malam. Sah aku dah sakit mata nih. Cerempet betul!

 

Pegi kerja macam orang belum bangun tidur. Kecik jer aku tengok dunia nih. Berapa kali dah aku lap air mata duyung yang meleleh tak berenti turun. Benci betol la!

 

Nasib baik hari ni tak banyak miting. Kalo banyak, mampus gak. Terus gi HR, then ambek borang kuning. Isi lebih kurang then ambek signature dari bos aku. Jalan terus ke A&E.

 

Bila time jumpa MO, MO plak check lebih kurang. Dia cakap mata aku tak apa². Hai! Dah macam ni pun ko cakap tak apa². Bior betul doktor ni. Dia cakap aku allergies. Allergies apa aku pun tak taw. Hmmm… Betul ke allergies? Kodokuit betul ko nak bagik MC kat aku kan?

 

Dia prescribe aku ubat mata je. Soh gi ambek kat inpatient pharmacy. Tapi aku gi kat outpatient pharmacy. Ishk! Cam ne lak aku leh lupa selalunya gi ambek kat situ. Nasib baik lah akak kat outpatient pharmacy tu dah kenal aku, dia bagik jer ubat yang MO tu prescribe kat aku. Kalo orang lain, rasanya dia dah suruh dah aku gi kat inpatient pharmacy tingkat 1. Tak ke 2 kali kerja? Dah dapat ubat, terus naik opis tingkat 11.

 

Ingat nak sambung kerja, tapi mata aku ni dah terasa macam pop corn lak. Macam nak terkeluar jer dari soket. Terus aku capai beg aku, kemas barang, lepas tu terus aku cakap kat bos aku yang aku nak EL ari nih. Dia pun pelik kenapa doktor tak bagi MC kat aku…

 

Sekarang dah kat rumah. Macam nak tido lak rasanya. Da!

Tags : , ,

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Bluekkk!!!

Nota Penting

Sorry guys! If you're looking for an informative blog, this is not it. This is my turf, my place to say my shit. But thanks for coming anyway! (^__^)

Ijann

Blog ini telah saya tulis semenjak tahun 2007 lagi sehinggalah sekarang. Ada kalanya saya rajin menambah entri dalam blog ini, tapi bila kemalasan melanda, selalunya saya akan berhenti menulis berminggu-minggu lamanya. Kalau bila datang rajin pulak, sehari sehingga 2-3 entry saya but.

Saya tak terikat untuk menggunakan satu bahasa saja dalam blog ini. Kadang-kala saya gunakan Bahasa Malaysia yang rasmi. Kadang-kala jugak, saya gunakan bahasa pasar. Bahasa Inggeris pulak saya gunakan bila datang rajin nak speaking. Little known selain dari dua bahasa ini, sekali-sekala dalam Bahasa Jepun. Asalkan faham sudah!

Tweet Terkini



Instagram Terkini



Arkib Blog