30 November, 2010

Rentetan GP yang dirobohkan…

| No comment

Yang dah roboh, memang dah menyembah tanah. Cuma aku harapkan Melayu yang merobohkan peluang orang Melayu lain, roboh sebagaimana robohnya GP tempohari. Bukan kerana aku benci, tetapi lebih daripada itu. Lebih senang kalau aku katakan mereka itu pengkhianat bangsa sendiri.

 

Mendengar namanya saja, aku dah jelak. Apatah lagi melihat mukanya. Pengkhianat bangsa Melayu yang suka sangat melihat bangsa sendiri terumbang ambing dalam dunia yang ekonominya di pelopori bangsa Cina…

 

Peniaga yang teraniaya!

 

Ha, sukalah kau sekarang sebab melihat kesusahan orang Melayu lain yang hendak mencari makan di negara sendiri, tanah air sendiri. Sukalah kau bila mendapat peluang hasil titik peluh orang Melayu lain yang memulakan. Kerja kau hanya mengambil hasil sahaja.

 

Agak keraskan bunyinya? Tapi itulah hakikat bila manusia yang tamakkan kuasa dan wang ringgit, sanggup menggadaikan kaumnya sendiri hanya kerana mahukan kesenangan segera…

“DBKL perlu tegas kerana sudah banyak kali ia tertangguh, gerai haram tersebut menyumbang banyak masalah kepada penduduk.

“Peniaga tersebut degil dan tidak mahu berpindah walaupun sudah ditawarkan berniaga ditempat lain,” katanya.

Sejak bila pulak kawasan peniagaan itu menjadi masalah penduduk? Sejak bila pulak penduduk merasakan mereka ada masalah dengan kewujudan gerai-gerai di situ?

 

Setahu aku, sebelum kawasan itu dinaikkan (lebih kurang 10 tahun yang lalu), kawasan yang suram dan gelap itu selalu menjadi kawasan penagih dadah melakukan samun dan ragut. Ada juga kes di situ di mana mangsa dikelar tangannya kerana tidak mahu memberikan beg tangan dan barang kemas di situ, Sehinggakan gadis² dan pelajar perempuan tidak berani untuk keluar dari rumah pada waktu malam.

 

Tetapi senario itu berubah apabila kawasan yang dahulunya gelap, kemudian menjadi meriah dengan lampu dan orang ramai. Tiada lagi kes samun dan rompakan terjadi kerana kawasan itu kian penuh dengan orang ramai. Masakan ianya menjadi masalah kepada penduduk?

 

Sekarang, GP sudah roboh. Tiada lagi peniaga yang berniaga di situ kerana masing² tidak ada idea di mana lagi kawasan untuk mereka mencari rezeki untuk memberi makan anak dan isteri. Saban hari penduduk sekitar terutamanya mereka yang bergelar bujang, tidak tahu lagi di mana untuk mencari kawasan makan yang murah dan dekat. Jangan kata orang lain, aku sendiri mendapat kesusahan itu. Tiap hari berfikir di mana tempat makan yang paling dekat untuk pergi. Tambahan bagi mereka yang tidak mempunyai kenderaan.

 

Bangunan peniaga yang berdekatan? Aku hanya tergelak kecil sahaja melihat kawasan itu sama seperti sebelum GP dirobohkan. Apatah lagi untuk memanjat ke tingkat satu, nak ke ground floor pun orang dah malas nak masuk. Semua lebih senang ke pasaraya mini kepunyaan orang Cina yang berdekatan. Lebih banyak pilihan untuk membeli barangan kering untuk dimasak di rumah… Walau pun setakat mi segera sahaja.

 

Sekarang siapa yang untung? Siapa yang rugi?

Beliau berkata, terdapat beberapa perkara yang membuatkan kewujudan gerai tersebut mendapat bantahan penduduk setempat.

Bantahan yang sekadar ilusi manusia pengkhianat yang menggembar-gemburkan keadaan. Setahu aku, petisyen telah ditandatangani oleh ramai penduduk setempat. Semuanya bersetuju sekiranya GP dijadikan kawasan peniaga Melayu yang tetap. Kawasan yang strategik, senang dan mudah, serta memberi keselamatan kepada penduduk setempat.

 

Yang membantah, mungkin hanya manusia pengkhianat dan sekutunya. Mungkin untuk menangguk di air keruh, Bila semua penghalang “niat murni” mereka dihapuskan, senanglah mereka untuk mengambil alih. Taktik kotor Melayu yang tidak perlu digembar-gemburkan lagi. Khalayak memang dah mengetahui. Betapa busuknya hati manusia yang bergelar Melayu ini.

"Cara terbaik, biarlah kami kekal di sini. Malah, seharusnya DBKL membantu menaik taraf kawasan ini supaya Bandar Baru Sentul kelihatan lebih meriah dengan kewujudan gerai-gerai kami," katanya.

Dia dan rakan-rakannya juga bertegas enggan berpindah ke Kompleks Medan Batu Bata seperti yang diarahkan oleh DBKL kerana mereka berpendapat tempat itu tidak akan membantu perniagaan mereka.

"Peniaga yang ada di situ pun semakin kurang kerana pelanggan tidak datang. Malah, ada yang masih berhutang (sewa gerai) dengan DBKL kerana ketiadaan pelanggan," dakwanya.

Utusan Malaysia turut meninjau di Kompleks Medan Batu Bata dan mendapati ada kebenaran dalam dakwaan Hazizan apabila mendapati premis berkenaan lengang.

Kami diberitahu oleh peniaga yang berada di situ, daripada 61 peniaga pada awal pembukaan medan selera berkenaan lebih dua tahun lalu, kini hanya tinggal lima yang masih bertahan.

Siapa yang nak pergi ke kawasan yang susah orang nak masuk dan cari? Daripada 61, sekarang tinggal 5… tak ada bukti yang lebih kukuh daripada itu. Siapa yang nak rugi? Siapa yang nak ambil risiko? Kalau ditanya semua manusia yang ada di atas muka bumi ini, hampir daripadanya akan menjawab perkara yang sama.

 

Kenapa tak diberi sahaja racun supaya peniaga² Melayu itu dibiar mati, daripada menanggung kerugian hari demi hari? Kan lebih senang? Kenapa nak disusahkan dengan cadangan yang mencekik leher mereka? Adilkah? Tak buat penyelidikan dulukah sebelum cadangan yang dibuat itu dibentangkan kepada mereka? Itu bukan memudahkan… tetapi menganak-tirikan. Bangsa lain diberi tempat yang cantik dan strategik untuk meniaga, bangsa sendiri pula diberi kawasan yang ditinggalkan.

 

Sungguh menyedihkan…

 

Sampai bila bangsa Melayu nak naik dan berjaya jika ditindas oleh bangsa sendiri. Ke mana semangat cintakan bangsa? Kalau begini caranya, lebih baik lupakan sahaja ketuanan Melayu atau slogan “Rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan”. Tidak langsung mengenai matlamat. Lebih sesuai kalau dikatakan; “Rakyat didahulukan kesusahan, pencapaian bangsa lain diutamakan”… End of story!

"DBKL juga sudah memberikan masa secukupnya kepada peniaga-peniaga terbabit iaitu sejak tiga tahun lalu.

"Dengan itu, DBKL berpendapat tiada apa lagi yang hendak dibincangkan lagi dan keputusan itu adalah muktamad," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Menurut sumber yang aku dapat, peniaga² di situ masih mempunyai 6 bulan lagi, kertas kerja  pembentangan menaik taraf kawasan di samping itu dikemukakan. Tetapi, sebelum habis 6 bulan tersebut, kerja meroboh telah pun dilakukan. Kata putus belum lagi diterima tetapi merobohkan GP sudah siap. Bukankah itu satu penganiaan? Tak sempat mereka membuat apa². Periuk nasik telah ditabur dengan pasir.

 

Bergelak ketawalah manusia pengkhianat kerana mereka dah berjaya memecah belahkan orang Melayu…

 

Aku sedih! (T_T)

 

Bergelak ketawalah wahai pengkhianat kerana kau telah berjaya :

 

- Menjatuhkan bangsa sendiri

- Menyusahkan bangsa Melayu yang lain

- Menyusahkan penduduk setempat

- Kesenangan atas titik peluh orang lain

- Kaulah pengkhianat bangsa Melayu yang berjaya!

 

Sekarang, tengoklah puas² tanah sekangkang kera yang sudah menjadi padang jarak padang tekukur kerana “budi elok” kau yang ternyata hebat. Kerana tanah sekangkang kera yang sudah menjadi padang jarak padang tekukur itulah pencapaian terhebat bangsa kau yang dah menyembah bumi. Kerana tanah sekangkang kera yang sudah menjadi padang jarak padang tekukur itulah kau akan terkenal dengan hati budi kau yang lebih busuk bangkai babi! Lihatlah dengan teliti tanah sekangkang kera kau itu yang kau ingin cantikkan dengan pengkhianatan kau terhadap bangsa sendiri! Lihatlah baik-baik. Cantikkan hasil kerja kau?…

 

p/s : Manusia busuk!

Tags : , ,

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Bluekkk!!!

Nota Penting

Sorry guys! If you're looking for an informative blog, this is not it. This is my turf, my place to say my shit. But thanks for coming anyway! (^__^)

Ijann

Blog ini telah saya tulis semenjak tahun 2007 lagi sehinggalah sekarang. Ada kalanya saya rajin menambah entri dalam blog ini, tapi bila kemalasan melanda, selalunya saya akan berhenti menulis berminggu-minggu lamanya. Kalau bila datang rajin pulak, sehari sehingga 2-3 entry saya but.

Saya tak terikat untuk menggunakan satu bahasa saja dalam blog ini. Kadang-kala saya gunakan Bahasa Malaysia yang rasmi. Kadang-kala jugak, saya gunakan bahasa pasar. Bahasa Inggeris pulak saya gunakan bila datang rajin nak speaking. Little known selain dari dua bahasa ini, sekali-sekala dalam Bahasa Jepun. Asalkan faham sudah!

Tweet Terkini



Instagram Terkini



Arkib Blog