20 November, 2010

Live from Tawakkal

| 2 Comments

Hahaha… Hari ni giliran aku lak menunggu vendor mendownkan server kat office. Selalunya yang kena si Fariz ngan Abang Mazli. Tapi tak per la, seronok gak kerja memalam cam nih (tapi terlepas la aku nak tengok citer kegemaran aku kek tibi sano tu ha!)

 

Tak der citer apa pun sebenarnya. Dah lama dah pun aku tak buat post terbaru. Tak der idea sebenarnya. Lagipun, kepala ni memang tak dapat nak pikir pekebenda yang boleh dijadikan bahan. Sini sana semuanya tak menarik. Last-last, dok kat rumah membantai tengok Youtube ngan baca buku yang dah lama aku tinggal dulu. Hahaha… Dapat baca 6-7 bab kira terrer la tu…

 

Berbalik pada cerita aku kat Tawakkal ni. Baru jap tadi aku balik dari bilik patient kat ward tingkat 8. Dapat call dari sister yang bertugas malam hari. Katanya ada patient mengamuk sebab tak dapat connection wifi kat situ. Adesss… Aku pulak yang kena berdepan dengan patient tu. Tak pasal² kang kena tengking. Aku datang Tawakkal malam ni bukannye nak berdepan dengan patient, sebaliknya aku ada kerja lain sebenarnya.

 

2-3 kali sister tu call, nak tak nak terpaksalah aku turun gak. Tu pun lepas aku reset modem yang membekalkan internat kat sini. Nasib baik sempat, kalo idak berkoyan-koyan la makian yang aku dapat dari patient tu. Sebelum aku masuk bilik patient tu, 2-3 kali aku test internet connection, sume nyer ok, apa ntah lagi yang tak kena aku pun tak taw…

 

Senyum 3 dulu sebelum masuk. Dada dah berdebar ni nak mengadap patient yang macam singa (menurut kata sister tadi la) tu. Aku tanyalah dengan penuh berhemah, almaklumlah dah belajar SPP, kenalah guna. Aku tanya dia apa masaelah… Apa yang boleh aku tolong, bagai…

 

Dalam marah-marah tu, aku senyum jer. Senyum 3! Haha… Aku dengar jer apa dia cakap, apa dia komplen… Bla bla bla… Pas habis dia cakap, mula la aku menunjukkan aksi SPP. Mula la aku menerangkan apa sebenarnya yang berlaku, itu ini, last last aku minta dia tunjukkan notebook dia. Bila aku check, ghope-ghope nyer, dia tak klik button connect kat situ.

 

Aku terasa macam nak tepuk dahi jer bila tengok keadaan yang berlaku. Sebab tu jer dia nak mengamuk? Adoiyai… Anak sedara aku yang umor 2 tahun tu pun tau nak tekan button tu kalo nak pakai wifi. Alahai… Sambil senyum sinis kat dia, mata melirik panjang, sambil jari aku ni menunjuk button “connect” tu kat patient tu…

 

“Encik klik button ni ye kalau nak pakai wifi”

 

“Owh! Ye ke? Kalau tak klik tak boleh ke? Bukan dia auto-connect ke?”

 

“Tak encik! Untuk pertama kali encik pakai wifi di sini, encik kena connect dulu, baru boleh pakai”

 

Alamak, malu suda! Ha! Tu la, lain kali cek la bebetul, baru nak mengamuk sakan. Kesian nurse² kat situ, semua jadik mangsa. Terasa nak sepuk pun ada patient tu. Tapi tak mungkin la kan!… Adoyai… Manusia manusia. Macam jenis ragam yang aku tengok kat Tawakkal ni. Ni baru satu, belum lagi yang lain…

 

Pasrah aku hari ni! (v_v)

Tags : , ,

2 ulasan:

  1. Apa reaksi patient tu? Muka ada merah ka, atau buat tak tau?

    BalasPadam
  2. Merah la muka malu. Padan muka, sapa soh tak cek memenda senang cam tu...

    BalasPadam

Bluekkk!!!

Nota Penting

Sorry guys! If you're looking for an informative blog, this is not it. This is my turf, my place to say my shit. But thanks for coming anyway! (^__^)

Ijann

Blog ini telah saya tulis semenjak tahun 2007 lagi sehinggalah sekarang. Ada kalanya saya rajin menambah entri dalam blog ini, tapi bila kemalasan melanda, selalunya saya akan berhenti menulis berminggu-minggu lamanya. Kalau bila datang rajin pulak, sehari sehingga 2-3 entry saya but.

Saya tak terikat untuk menggunakan satu bahasa saja dalam blog ini. Kadang-kala saya gunakan Bahasa Malaysia yang rasmi. Kadang-kala jugak, saya gunakan bahasa pasar. Bahasa Inggeris pulak saya gunakan bila datang rajin nak speaking. Little known selain dari dua bahasa ini, sekali-sekala dalam Bahasa Jepun. Asalkan faham sudah!

Tweet Terkini



Instagram Terkini



Arkib Blog