06 Oktober, 2010

Vacation

| 2 Comments

Tak jauh mana pun gi bercuti.Tapi ni ler satu²nya tempat yang masib belum lagi aku jejak, sedangkan adik beradik dan mak abah aku dah sampai situ. Ni la waktunya aku lak nak gi. Hehehe… Pergi sendiri la, walaupun bukan ngan derang… Just dengan kengkawan baik aku kat opis.

 

Walau macammana pun, walaupun tak jadik gi tempat yang lebih jauh, asalkan dapat sampai ke sini pun, jadik la. Dapat gak merelease tension yang dah lama terpendam dalam kepala nih. Dapat gak melupakan apa menda yang bersarang dalam kepala ni semenjak dua menjak yang lalu.’

 

Malas lak aku nak tulis pepanjang, nak ceritakan itu ini tentang apa yang berlaku kat sana, tapi cukuplah sekadar aku membuboh gegambar aku mencutikan diri di Langkawi.

 

Seat depan aku yang ada cop Air Asia... 

Aku ke sana, menaiki Air Asia dari LCCT. Beli 6 bulan yang lepas time harga tengah murah giler. Beli tiket gi balik. Malas nak naik kenderaan lain sebab nak cepat. Kalau naik kereta, sekurang²nya mengambil masa 6 jam untuk sampai. Malas nak buang masa lelama untuk perjalanan. Lagi pun, dah sampai sana, sure letih,.. Baik ler naik kape teghobang jer. Seat tak panas lagik, dah sampe…

 

Menunggu kape teghobang mendarat...Dah saampe. Sib baik Lisya sempat snap...  

Kitaorang gi berempat jer. Tapi dalam perancangan, sepatutnya berlima. Sorang tak jadi nak gi walalupun tiket dah beli. Nak buat camne, Ada pulak menda yang terjadi kat dia last² minit. So, berempat pun, berempatlah. Janji boleh berjalan²…

 

Kat lapangan terbang, kitaorang amek kereta sewa dan terus menuju ke Kondo Istana; tempat landing kitaorang berempat bila malam menjelma… Hihihihi… Pas checkin, terus kita orang menghabiskan masa berjalan dan bersoping, sampailah hari nak balik. Malas aku nak tulis apa yang kitaorang buat kat sana, idea pun tengah tak der nih. Korang tengok jer la gegambar kat bawah tu…

 

Tempat beradu... Kat Dataran Lang... Posing depan helang gergasi... Ijann was here...Bersama Nazrul... 

Kalau dah datang sini, sure tak sempurna kalo tak bergambo dengan helang resaksa nih. Ye la, dah jadik trademark tempat ni, kalo tak bergambo, tak sah. So, berposing ler kat sini sepuas hati. Begitu begini. Hehehehe… Lagi satu, Pantai Cenang. Kira jejak kaki kat situ, walaupun tak mandi pun dah kire ok. Tengok mat salih pakai bikini bottom ngan elephant trunk pun dah puas ati, Wahahahaha… Tapi, yang paling best, sunset viewing… Marbeles!

 

Depan marina... Sunset kat Cenang.... 

Satu tempat yang paling aku teringin nak gi ialah; menaiki cable car ke puncak gunung. Memang dah dari dulu aku tertingin nak naik. Nak rasa thrill nyer bila kereta kabel tu berenjut naik ke atas. Sangat best. Bila dah sampai puncak lak, 765 meter dari paras laut, sungguh heaven rasanya. Sesapa yang gayat tu, rugi ler. Bila berada di jambatan gantung dan pos tinjau di atas, tak ada apa yang aku rasa, kecuali perasaan puas hati yang teramat sangat.

 

Bila berada di atas tu, terasa sungguh kecil aku… Sungguh cantik ciptaan Ilahi… Tak dapat aku nak gambarkan dan katakan, kecuali korang pergi sendiri melihatnya dengan mata kepala sendiri. Cuma korang perlu melepasi halangan ketinggian dulu la. Hehehehe… Owh, kalo korang gi naik kereta kabel ni, masa beli tiket, jangan lupa tunjuk IC. Nanti dapat separuh harga. RM30 jadik RM15. Kira ok la tuh… Apa yang korang dapat kat atas lagi mahal dari harga tiket RM15 tu…

 

Pintu masuk kereta kabel... Stesen paling atas... Kat ketinggian 765 meter dari aras laut... Sib baik bawak spek, kalo tak, tak nampak! Jambatan gantung yang mendebarkan... 

Banyak lagi tempat yang aku ngan kengkawan lain gi. Tapi aku malas nak boh. Antaranya Makam Mahsuri, Geopark, Telaga Tujuh dan bla bla bla. Korang boleh isi tempat kosong yang korang boleh agak bila berada di sana. Tapi tempat yang menjadi pilihan dari hari pertama adalah Haji Ismail Group di Pekan Kuah. Buat apa? Nyoping la. Aku tak la banyak mana nyoping nye, sebab malas nak angkut naik kape teghobang nanti… Aku beli mana yang penting jer. Yang lain… TAK PENTING! Hehehehe…

 

Be back again next year! 

Percutian kali ni, tak ler berapa seronok, because I had better vacation before. Tapi, vacation kali ni, aku puas hati sebab beberapa perkara dalam list 50 aku dah tercapai. So, it wasn’t an empty vacation at all! But I’ll be back again, tahun depan agaknya…

 

p/s : Coklat ngan souvenir je. Pinggan mangkuk? Lupakan!

Tags : , , ,

2 ulasan:

Bluekkk!!!

Nota Penting

Sorry guys! If you're looking for an informative blog, this is not it. This is my turf, my place to say my shit. But thanks for coming anyway! (^__^)

Ijann

Blog ini telah saya tulis semenjak tahun 2007 lagi sehinggalah sekarang. Ada kalanya saya rajin menambah entri dalam blog ini, tapi bila kemalasan melanda, selalunya saya akan berhenti menulis berminggu-minggu lamanya. Kalau bila datang rajin pulak, sehari sehingga 2-3 entry saya but.

Saya tak terikat untuk menggunakan satu bahasa saja dalam blog ini. Kadang-kala saya gunakan Bahasa Malaysia yang rasmi. Kadang-kala jugak, saya gunakan bahasa pasar. Bahasa Inggeris pulak saya gunakan bila datang rajin nak speaking. Little known selain dari dua bahasa ini, sekali-sekala dalam Bahasa Jepun. Asalkan faham sudah!

Tweet Terkini



Instagram Terkini



Arkib Blog