03 Oktober, 2010

Vacation time

| No comment

Aaaa… Pening kepala aku nak pikir apa menda nak bawak time vacation. Berus dan ubat gigi? Check… Kamera… Check… Notebook… Check… Baju mandi… Check… Emmm… Apa lagi ek? Tapi, apa yang penting, aku tak mo bawak barang bebanyak.

 

beg 

Tapi sebelum gi, kena charge dulu bateri kamera sampai penuh. Kang buat penat jer bawak kamera beberat tapi tak boleh nak ambek gambo. Wahahahaha… Tipun pun jangan lupa caj. Excited giler nih nak gi vacation yang dah dirancang 6 bulan lepas. Baru sekarang masanya sampai.

 

Mesti kengkawan yang lain tak leh tido sama, sebab excited terlebih. Wahahaha… Al-maklumlah, tiap kali jumpa, sure sembang pasal memenda yang nak dibuat time vacation ni. Masing² plan nak buat itu ini, nak gi sana sini, nak shopping benda tu benda ni.  Excited, excited jugak, jangan esok bangun lambat udah. Kang terlepas flight!

Check time apabila sampai ke tempat vacation, kawan aku siap bagi nasihat dan tips bila dah menjejaki kaki ke sana, time ambek kunci kereta, snap² dulu gegambar keadaan kereta. Mana² bahagian yang dah memang kemik, mana yang dah memang nak tercabut… itu ini, takut nanti bila pulangkan kereta, ada jer yang tak kena (sebab adik dia dah terkena). Tapi, kita dah snap gegambar kereta awal² sebagai bukti, so terjamin la sikit. Thanks kepada Mizi yang sudi bagik tips yang amat berguna…

Hehehe… Excited dah aku nih. Kalo boleh, sekarang jugak nak gi LCCT. Tapi giler ke hape? Ekekeke… Apa pun, I’m really looking foreword to this vacation. Lama dah rancang, sekarang la masanya. Bolehlah lari daripada hingar bingar kerja. Al-maklumlah, semenjak dari hospital bukak, sampailah sekarang, asik kerja-kerja-kerja. Naik tension aku. So sekarang, boleh release tension sikit. Tengok benda² biru, dan daun-daun hijau… Mmm… Can’t wait!…

 

Nanti aku cerita. So, sampai sini je, Ijann out!

Tags : , , ,

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Bluekkk!!!

Nota Penting

Sorry guys! If you're looking for an informative blog, this is not it. This is my turf, my place to say my shit. But thanks for coming anyway! (^__^)

Ijann

Blog ini telah saya tulis semenjak tahun 2007 lagi sehinggalah sekarang. Ada kalanya saya rajin menambah entri dalam blog ini, tapi bila kemalasan melanda, selalunya saya akan berhenti menulis berminggu-minggu lamanya. Kalau bila datang rajin pulak, sehari sehingga 2-3 entry saya but.

Saya tak terikat untuk menggunakan satu bahasa saja dalam blog ini. Kadang-kala saya gunakan Bahasa Malaysia yang rasmi. Kadang-kala jugak, saya gunakan bahasa pasar. Bahasa Inggeris pulak saya gunakan bila datang rajin nak speaking. Little known selain dari dua bahasa ini, sekali-sekala dalam Bahasa Jepun. Asalkan faham sudah!

Tweet Terkini



Instagram Terkini



Arkib Blog