28 Oktober, 2010

Time mood nak makan budak!

| 3 Comments

Sebenarnya aku tak taw nak bwat entry apa. Jenuh aku dok pikir. Last², pas abes miting kul 1.30 tengahari tadi, terus aku mengambil gambo sesuka hati aku kat dalam opis. Hehehe… Time tak der orang cam ni la aku boleh bergambo! Tapi aku tak la cam-whore nak ambek gambo sendiri…

 

Gambo pertama aku ambek ialah…

 

p1 

Meh sini aku eksplen:


1 – Sah² la beg aku!
2 – Kunci rumah yang aku sangkut kat tali penyandang.

3 – PC yang aku guna untuk burn CD, kerja² berkaitan dengan web dan internet (berFB kat sini ler). Hehu!
4 – PC utama untuk sistem, remote ke server/PC user, network, kedai foto, presentation, video editing, tulis blog, YM dan membuat kerja² lain.

 

p2 

5 – PC HP je… Guna XP lak tuh! Tapi spek power. Screen jer tak besau!
6 – Sebab PC ni sangat la tak power nyer dan hanya ada memori yang terhad dan ciput, aku pakai Ubuntu jer. Free pun free. Nak bagik user pakai pun kena pikir 2-3 kali. Spek PC tak dapat nak sapot sistem.
7 – Tempat letak iPhone aku. Lisya yang bagik! Walaupun dah buruk, aku tetap pakai dan simpan. Sayang nak buang!

 

p3 

Belah kiri 2 PC tadik lak, menda kat atas tu. Apa yang korang tengok adalah…

8 – Bintang² yang aku kolek masa kursus 2 hari SPP ari tuh. Dapat pangkat Tun… ke Tan Sri? Aku pun tak hengat dah. Lama sangat.
9 – Lampu meja yang bebudak Ampang Puteri bagik masa aku nak pindah ke Tawakkal. Ada pinggan boh minyak wangi (tapi tak wangi pun!) Aku sangat sayang lampu ni.
10 – Gambar family aku time hari raya ari tu. Cukup semua family dalam gambar ni. Muahsss…
11 – Cenderamata kristal yang aku dapat masa konvensyen ICC tahun lepas.
12 – Bola getah untuk di squeeze untuk release tension bila dapat panggilan hangit dari user.
13 – Vakum meja dari HP untuk sedut habuk atas meja.
14 – Bekas simpan gula².
15 – Rak stationary yang aku guna untuk simpan semua alat tulis. Lisya yang belikan. Penuh dengan label 5S dari Ampang Puteri lagi.

16 – Dawai ikat hardware baru yang aku simpan semenjak dari masuk Tawakkal sampai la sekarang. Nak ikat dawai kat PC user senang! Aku buboh semua dawai² ni dalam bekas teddy bear yang Ja’a bagik time tukar hadiah outing MDC suatu ketika dahulu. Sayang banget sama benda ini. Simpan sampai sekarang.

 

p4 
17 – Buku untuk booking equipment. Tak der buku ni, mati aku nak tengok balik barang mana yang kluar masuk!
18 – Board troubleshoot yang aku bawak ke mana² troubleshoot dari user lepas dapat panggilan hangit.
19 – Hahaha… Yang ni, sebenarnya rak tempat boh penutup periuk yang aku ubah suai jadik rak letak buku. Aku beli dari Kak Liza kat Cosway. Murah. RM7 je.
20 – Sandle ciplak Croc yang aku guna kat opis. Maklum la, nak masuk bilik IT kena bukak kasut, jadi, sandle ni la yang aku pakai sepanjang dalam opis.
21 – Tape yang aku lekat kat lantai masa buat 5S hari tu. Hehe…

 

p5 

Gambo atas ni, ialah patung kertas Abe Ulaq yang aku buat tak lama dulu. Tengok balik entry yang lepas pasal menda tu. Hehehe… Masih dok dengan kukuh atas rak stationary aku walaupun ramai yang angkat dan membelek dengan penuh curiosity. Kalo nak cakap, aku bule bagik! Hehe… Tapi buat la sendiri! :p

 

p6 

Ha! Gambo atas ni lak, ialah gambo patung Mask Rider ngan model Enterprise aku. Saja aku gayakan cam tu sebab time ni aku tengah meghoyan lapo tak makan lagi (mode nak makan budak jer!) Dah macam resaksa mengamuk lak. Hehehe…

 

Tu jer la aku nak tulis. Idea tarak! Da!

Tags : ,

3 ulasan:

  1. kalau 5s ni x lps ni dgn brg2 byk gilest atas meja

    BalasPadam
  2. @ Alang - Suka jugak!
    @ ZZ - Hahaha... Sebelum 5S digunakan, sarat menyaratkan dulu meja. Nanti tak buleh dah! Haha...

    BalasPadam

Bluekkk!!!

Nota Penting

Sorry guys! If you're looking for an informative blog, this is not it. This is my turf, my place to say my shit. But thanks for coming anyway! (^__^)

Ijann

Blog ini telah saya tulis semenjak tahun 2007 lagi sehinggalah sekarang. Ada kalanya saya rajin menambah entri dalam blog ini, tapi bila kemalasan melanda, selalunya saya akan berhenti menulis berminggu-minggu lamanya. Kalau bila datang rajin pulak, sehari sehingga 2-3 entry saya but.

Saya tak terikat untuk menggunakan satu bahasa saja dalam blog ini. Kadang-kala saya gunakan Bahasa Malaysia yang rasmi. Kadang-kala jugak, saya gunakan bahasa pasar. Bahasa Inggeris pulak saya gunakan bila datang rajin nak speaking. Little known selain dari dua bahasa ini, sekali-sekala dalam Bahasa Jepun. Asalkan faham sudah!

Tweet Terkini



Instagram Terkini



Arkib Blog