10 Oktober, 2010

Ada apa dengan status?

| No comment

Opppsss… Sorry! Entry ni bukan mengenai status yang slalu bertukar dan dipaparkan kat laman Twitter ataupun Faceboook. Dan kalau ianya berkaitan pun, ayat yang paling sesuai untuk aku katakan ialah, “ada aku kisah?”

 

Sebenarnya, aku dah muak dengan pertanyaan, “bila nak kawin?'”… “dah ada calon ke?”… bila lagi nak naik pelamin?” Dah berkali² aku nyatakan, dalam entry yang lepas pun ada aku katakan benda yang sama. Sebab bagi aku, pertanyaan itu adalah satu pertanyaan yang amat sensitif dan teramat payah untuk aku jawab. Terus terang aku katakan, aku cukup tak suka apabila ada yang bertanyakan soalan itu kepada aku. Bagi aku, soalan itu setanding dengan soalan yang berbunyi sebegini, “gaji ko sebulan berapa?”… “ko bercerai sebab apa eh?”… “apasal ko dah kawen lama, tapi belum ada anak?”… Cukup menyakitkan hati, dan annoying!

 

Tapi, terima kasih aku ucapkan sebab terlalu ambil berat dengan status aku yang masih lagi menyingle sampai sekarang. Memang dalam hati ada niat untuk settle down dan mulakan keluarga sendiri. Tapi bagi aku, bila tiba masanya, aku akan berbuat demikian. Bila tiba masanya, nature will take over and flourish… Tapi, sebelum tiba masanya, biarlah ianya sebegitu… Dan walau apapun pendekatan, atau pertimbangan sesetengah orang yang curious dengan status aku, teruskanlah. Sedikit pun aku tak kisah dengan apa yang korang nak fikirkan… Aku tahu apa yang aku buat, dan tolonglah hormat dengan pendirian aku!

 

bachelor 

Apatah lagi bila ada sesetengah orang yang slalu mempermainkan status aku sebagai seorang yang bujang. Setiap kali memulakan conversation, ayat yang mula terpacul adalah soalan yang sama, ditambah dengan pelbagai seloroh yang sedikit sebanyak menyakitkan hati dan menambah tekanan yang sedia ada. Sikit pun tak terfikir tentang consequences yang bakal dicetuskan. Sikit pun tak terfikir perasaan aku yang terasa seperti diperkecil²kan…

 

Tapi ada aku kisah? Ya, aku sangat kisah!…

 

Aku kisah sebab pertanyaan itu menyakitkan hati aku. Aku kisah sebab aku tak suka dengan soalan itu. Aku kisah sebab soalan tu membosankan aku. Aku kisah sebab aku tahu apa yang aku buat. Aku kisah, aku kisah, aku kisah!

 

So, tolonglah! Tanya sekali je cukuplah! Jangan sampai 2-3 kali, kalo ada rezeki tu adalah. Kalau tak der, janganlah nak desak aku. Kalau dah ditakdirkan aku menyendiri sampai mati pun, itu adalah suratan untuk aku. Kalau ada, alhamdulillah, sujud syukur aku kepada Ilahi…

 

Aku selesa bersendiri sekarang dan pada saat ini!

 

p/s : busan! (>.<)

Tags : , ,

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Bluekkk!!!

Nota Penting

Sorry guys! If you're looking for an informative blog, this is not it. This is my turf, my place to say my shit. But thanks for coming anyway! (^__^)

Ijann

Blog ini telah saya tulis semenjak tahun 2007 lagi sehinggalah sekarang. Ada kalanya saya rajin menambah entri dalam blog ini, tapi bila kemalasan melanda, selalunya saya akan berhenti menulis berminggu-minggu lamanya. Kalau bila datang rajin pulak, sehari sehingga 2-3 entry saya but.

Saya tak terikat untuk menggunakan satu bahasa saja dalam blog ini. Kadang-kala saya gunakan Bahasa Malaysia yang rasmi. Kadang-kala jugak, saya gunakan bahasa pasar. Bahasa Inggeris pulak saya gunakan bila datang rajin nak speaking. Little known selain dari dua bahasa ini, sekali-sekala dalam Bahasa Jepun. Asalkan faham sudah!

Tweet Terkini



Instagram Terkini



Arkib Blog