18 September, 2010

Youtube Night…

| No comment

Salam ketemu… Hehehe… Selalunya, malam² minggu cam ni, aku slalu menghabiskan masa dengan menonton video² yang aku stream dari internet melalui laman Youtube. Tapi aku bukan tengok melalui screen komputer, sebaliknya aku menonton video² Youtube ni di tv.

 

Selalu gak memember aku tanya, camne aku leh habiskan masa berjam² menonton video Youtube tu? Camne aku tengok Youtube tu kat tv? Apa yang aku tengok? (Ye la! Selalunya video kat Youtube, semuanya video yang pendek²…) Tak boring ke asik tengok Youtube je?…

 

Yelah… aku mengaku. Kengkadang, banyak video yang aku tengok kat Youtube tu ada yang boring, lebih kurang video junk je kebanyakannya kat situ. Tapi, kalau pandai cari, macam² video yang boleh dicari kat situ. Selalunya, video² yang aku tengok kebanyakannya video dari channel Discovery, History ataupun mana² video yang menarik minat aku. Walaupun pendek, tapi video² tu semuanya dalam part². Kalau dicantumkan, panjang video tu sama je dengan masa yang slalu disiarkan kat tv biasa… So memang tak jadi masalah besar sangat pada aku.

 

YouTube XL 

Nak cari video satu hal, nak tengok kat tv lak satu hal. Camne aku stream Youtube kat tv? Senang je. Aku bukannya ada home media pc pun. Yang aku ada cume PS3 dan PC biasa. Itu la caranya aku tengok. Nasib baik ada web browser kat PS3 tu, senang keje. Cuma sambungkan aje PS3 tu ke internet, dapat ler…Bila dah start browser tu, terus jer taip Youtube, keluarlah website macam gambar kat atas ni. Cuma, Youtube yang ada kat PS3 ni ringkas sikit dari yang biasa. Senang nak browse dan senang nak cari video. Kalau nak guna yang biasa pun boleh, cuma bagi aku, yang atas ni lagi senang nak pakai kalau nak tengok kat tv biasa.

 

So, there you have it. Itu ler caranya aku menonton Youtube kat tv. Senangkan? Beli jer PS3, dah murah dah PS3 sekarang. Lagi satu, make sure kirang nyer internet connection laju. Kalo idak, berjanggut la nak tunggu. Nasib baik aku nyer connection boleh tahan laju. Tak lama menunggu video tu diload ke tv.

 

tvps3 

So, rock on guys. Jom la setat melayan Youtube kat tv. Lupakan cara conventional. Hahahaha…

Tags : ,

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Bluekkk!!!

Nota Penting

Sorry guys! If you're looking for an informative blog, this is not it. This is my turf, my place to say my shit. But thanks for coming anyway! (^__^)

Ijann

Blog ini telah saya tulis semenjak tahun 2007 lagi sehinggalah sekarang. Ada kalanya saya rajin menambah entri dalam blog ini, tapi bila kemalasan melanda, selalunya saya akan berhenti menulis berminggu-minggu lamanya. Kalau bila datang rajin pulak, sehari sehingga 2-3 entry saya but.

Saya tak terikat untuk menggunakan satu bahasa saja dalam blog ini. Kadang-kala saya gunakan Bahasa Malaysia yang rasmi. Kadang-kala jugak, saya gunakan bahasa pasar. Bahasa Inggeris pulak saya gunakan bila datang rajin nak speaking. Little known selain dari dua bahasa ini, sekali-sekala dalam Bahasa Jepun. Asalkan faham sudah!

Tweet Terkini



Instagram Terkini



Arkib Blog