26 September, 2010

Stroller hunting untuk Baby Dania…

| No comment

Minggu ni, sepatutnya aku dok rumah (aje), sebab potluck yang dirancang tak menjadi. Ditangguhkan pada hari yang lain (sepatutnya!). Aku planning nak mengemas rumah, tapi tak jadi (aku postpone…) sebab salah seorang daripada best friend aku (2 sebenarnya), si (Papa) Lan ngan (Mama) Shahrul mengajak aku ke Sogo untuk stroller hunting. Wahaha… Seronok bukan kepalang dapat keluar ngan derang sebab dah lama tak jumpa.

 

Seperti yang aku cakap tadi, kami ke Sogo untuk mencari stroller untuk baby Dania (si tecit tomei), puteri sulung kepada pasangan kawan baik aku tu. Sesampai kat sana je, terus kitaorang menuju ke bahagian children department mencari stroller. Aku ingat, stroller ni murah ler, bila dah tengok, mak aih, beratus jugak harganya. Tapi, of course la, ada jugak yang murah, tapi old fashion la. Function pun tak banyak.

 

Sedap Dania tidur... 

Sepanjang pencarian stroller tu, Baby Dania tidur je. Ada la sesekali dua dia bangun sebab poopoo dia dah penuh, so hilang la kejap si Papa Lan ngan Mama Shahrul gi tukar lampin dia. Tinggal la aku kat situ dengan Mak Ngah (yang join kitaorang tak berapa lama lepas kitaorang sampai kat Sogo).

 

Sekali sekala tu, Baby Dania macam tak berapa selesa jugak la masa stroller hunting tu. Al-maklumlah, ni first time Baby Dania “keluar melihat dunia” sebab Mama Shahrul baru jer habis pantang Jumaat lepas. Ni lah kali pertama Papa Lan ngan Mama Shahrul keluar bersama ke KL bersama dengan ahli keluarga baru si Baby Dania.

 

Pas puas pusing mencari dan menemubual promoter tu, berjumpalah dengan sroller yang cukup memikat hati. Cantik gak dan banyak function. Tak payah la aku reveal berapa harga dia, sebab kalo cakap pun, mau bulat mata aku ni ha… Apa pun, Baby Dania dah ada kenderaan baru… Yey! cantik lak tu… Hihi…

 

Stroller baru Dania. Peweeetttt... 

Pas abes stroller hunting, kitaorang melepak jap kat McD untuk sambung chit-chat, atau dalam erti kata lain menganyam ketupat. Hahahaha…

 

Papa Lan yang suka interframe... Mama Shahrul yang cool... Sedapnya dia Baby Dania tidur... 

Huhuhu… Lama tak borak ngan derang, sonok rasanya. Walaupun masa tak panjang, tapi cukuplah sekadar menghilangkan perasaan rindu pada waktu yang macam dolu².

 

p/s : Sori Untie Mak Ngah tak boh gambo. Lupa lak nak tangkap gambo. Hihi…

Tags : ,

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Bluekkk!!!

Nota Penting

Sorry guys! If you're looking for an informative blog, this is not it. This is my turf, my place to say my shit. But thanks for coming anyway! (^__^)

Ijann

Blog ini telah saya tulis semenjak tahun 2007 lagi sehinggalah sekarang. Ada kalanya saya rajin menambah entri dalam blog ini, tapi bila kemalasan melanda, selalunya saya akan berhenti menulis berminggu-minggu lamanya. Kalau bila datang rajin pulak, sehari sehingga 2-3 entry saya but.

Saya tak terikat untuk menggunakan satu bahasa saja dalam blog ini. Kadang-kala saya gunakan Bahasa Malaysia yang rasmi. Kadang-kala jugak, saya gunakan bahasa pasar. Bahasa Inggeris pulak saya gunakan bila datang rajin nak speaking. Little known selain dari dua bahasa ini, sekali-sekala dalam Bahasa Jepun. Asalkan faham sudah!

Tweet Terkini



Instagram Terkini



Arkib Blog