01 September, 2010

Raya?…

| 1 Comment

shr Hari ini merupakan hari yang ke-22 umat Islam menjalani ibadat puasa di bulan Ramadhan Al-Mubarak. Dan masih ada lebih kurang 7-8 hari lagi untuk umat Islam menyambut Hari Raya Aidilfitri. Selalunya, lebih kurang seminggu untuk menyambut perayaan ini, ramai la yang sibuk untuk menyediakan persiapan itu dan ini.

 

Aku? Tak ada apa yang hendak aku persiapkan untuk kedatangan Hari Raya Aidilfitri ni. Sebab bagi aku, cukuplah sekadar aku menyambutnya secara sederhana, beraya bersama dengan keluarga, saudara dan sahabat taulan yang terdekat. Sambutan Hari Raya semenjak kebelakangan ni, bagi aku dah tak macam dulu lagi. Tak ada persiapan hebat²; tukar baju raya, beli kuih raya berbalang², bunga api bagai… Maklumlah dah banyak kali sambut, sama banyaknya dengan menyambut hari lahir sendiri. Jadi, boleh dikatakan sambutannya kurang menyengat dalam usia sebegini…

 

Cuti sekarang pun dah susah nak dapat. Dapat cuti pun 1 hari sebelum Hari Raya. Tak macam dulu, kalau minta cuti, mesti dapat 2-3 hari sebelum Hari Raya bermula, ditambah lagi dengan 2-3 hari selepas cuti. Beraya sakan kalau macam tu. Meriah dengan cuti yang hampir seminggu lamanya. Tapi, sekarang, kalau dapat 2 hari cuti pun, dah kira bertuah sekarang ni. Belum lagi ditambah dengan perihal “on-call”. Kalau on-call ditambah, jangan haraplah nak bercuti dan beraya sakan di kampung.

 

Sana sini, kemeriahan perayaan pun dah tak macam dulu. Kalau dulu, masuk saja hari pertama puasa, berdondon stesen radio akan memainkan lagu raya, walaupun kedatangan 1 Syawal masih lagi jauh… Tapi itu semua tak menjadi masalah untuk menyemarakkan suasana. Tapi, entah kenapa, lagu raya hanya boleh dimainkan 2 minggu sebelum Hari Raya (setahu aku la). Cuma yang rajin memainkan lagu raya hanyalah pusat² membeli belah, semata² untuk menarik perhatian pembeli. Tapi, pada pandangan aku, bagus juga dibuat macam tu. Sekurang²nya, kedatangan bulan Ramadhan ni, kita disuruh untuk beramal ibadat, berjimat cermat… bukan untuk bersuka² sahaja.

 

upinipin

 

p/s: Lebih suka bersederhana dalam semua hal. ( ^_-)d

Tags : , ,

1 ulasan:

Bluekkk!!!

Nota Penting

Sorry guys! If you're looking for an informative blog, this is not it. This is my turf, my place to say my shit. But thanks for coming anyway! (^__^)

Ijann

Blog ini telah saya tulis semenjak tahun 2007 lagi sehinggalah sekarang. Ada kalanya saya rajin menambah entri dalam blog ini, tapi bila kemalasan melanda, selalunya saya akan berhenti menulis berminggu-minggu lamanya. Kalau bila datang rajin pulak, sehari sehingga 2-3 entry saya but.

Saya tak terikat untuk menggunakan satu bahasa saja dalam blog ini. Kadang-kala saya gunakan Bahasa Malaysia yang rasmi. Kadang-kala jugak, saya gunakan bahasa pasar. Bahasa Inggeris pulak saya gunakan bila datang rajin nak speaking. Little known selain dari dua bahasa ini, sekali-sekala dalam Bahasa Jepun. Asalkan faham sudah!

Tweet Terkini



Instagram Terkini



Arkib Blog