22 September, 2010

Aku nak naik Enterprise…

| No comment

 

enterprise 

Space… The final frontier…

Aku nak menjelajah angkasa…

 

Aku nak melawat pluto…

 

Aku nak mendekati lohong hitam…

 

Aku nak mengejar komet…

 

Aku nak mengutip cebisan asteroid…

 

Aku nak berjemur pada matahari di sistem lain…

 

Aku nak melukis nebula di kanvas…

 

Aku mahu telinga ini berdengung dengan kesunyian angkasa…

 

Aku mahu bertemu makhluk asing…

Dan bertanya “bangaimana mereka lakukannya”…

 

Aku mahu mencari bumi kedua…

Dan tinggalkan bumi ini yang semakin tercemar…

 

Aku mahu naik ke Enterprise… dan menakluk angkasa…

 

Dan membiarkan setiap atom dalam tubuh diurai…

Setiap kali menggunakan transporter…

 

Aku mahu bergerak dalam warp 9…

Dan melihat betapa lajunya bergerak melebihi cahaya…

 

Semuanya aku mahu, kalau ianya nyata…

 

Tapi, kita tak sampai situ lagi…

 

Mungkin tidak akan…

 

Tapi minda aku dah sampai…

 

Selagiaku ada angan…

 

p/s : Peminat berat Star Trek aku nih! Ngeeeee…

Tags : ,

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Bluekkk!!!

Nota Penting

Sorry guys! If you're looking for an informative blog, this is not it. This is my turf, my place to say my shit. But thanks for coming anyway! (^__^)

Ijann

Blog ini telah saya tulis semenjak tahun 2007 lagi sehinggalah sekarang. Ada kalanya saya rajin menambah entri dalam blog ini, tapi bila kemalasan melanda, selalunya saya akan berhenti menulis berminggu-minggu lamanya. Kalau bila datang rajin pulak, sehari sehingga 2-3 entry saya but.

Saya tak terikat untuk menggunakan satu bahasa saja dalam blog ini. Kadang-kala saya gunakan Bahasa Malaysia yang rasmi. Kadang-kala jugak, saya gunakan bahasa pasar. Bahasa Inggeris pulak saya gunakan bila datang rajin nak speaking. Little known selain dari dua bahasa ini, sekali-sekala dalam Bahasa Jepun. Asalkan faham sudah!

Tweet Terkini



Instagram Terkini



Arkib Blog