13 September, 2010

Aie main bunga api

| No comment

aie Hari ni, aku nak tunjuk gambar anak saudara aku si Nawfal, atau yang kitaorang panggil Aie ni, tengah main bunga api. Kalau diikutkan, dia ni takut nak main bunga api, tapi lepas beberapa ketika, dia rasa seronok pulak dapat pegang bunga api tu di tangan. Cuma bunga api yang pemegangnya besi (atau yang kita panggil bunga api kucing) jer yang Aie ni takut nak pegang. Maklumlah, apinya merecik ke tangan… Pedih la agaknya…

 

Bunga api merah berjalur di tempat pemegangnya saja yang Aie suka main. Tu pun sebab senang dia nak pegang. Tak ada api yang merecik ke tangan dia sebab semua apinya meluru ke depan. Satu jer yang aku kecewa dengan bunga api ni, kandungan belerangnya dah tak macam aku kecik² dulu. Tak sepadat dan sepanjang waktu dulu. Belerang yang ada sekarang, hanya sedikit dan poros, batangnya pun dah tak sepanjang dulu. Bila bakar, tak sampai seminit, dah habis semuanya. Asap saja yang banyak… (tapi bau asap dia best, mengingatkan aku pada suasana hari raya sewaktu kecik.)
 

Suka dapat men bunga api...

Best best!...

Bakar...

Lepas habis satu... satu lagi...

a5

Khusuk membakar...

Apa tengok²...

Buang sampah lepas abis bakar...

Sedey bunga api dah abes...

Pak Ngah... beli la lagi...

DAh abes bunga api, lilin plak dibuat main...


p/s : Tahun depan Pak Ngah beli bebanyak!

Tags : , , , ,

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Bluekkk!!!

Nota Penting

Sorry guys! If you're looking for an informative blog, this is not it. This is my turf, my place to say my shit. But thanks for coming anyway! (^__^)

Ijann

Blog ini telah saya tulis semenjak tahun 2007 lagi sehinggalah sekarang. Ada kalanya saya rajin menambah entri dalam blog ini, tapi bila kemalasan melanda, selalunya saya akan berhenti menulis berminggu-minggu lamanya. Kalau bila datang rajin pulak, sehari sehingga 2-3 entry saya but.

Saya tak terikat untuk menggunakan satu bahasa saja dalam blog ini. Kadang-kala saya gunakan Bahasa Malaysia yang rasmi. Kadang-kala jugak, saya gunakan bahasa pasar. Bahasa Inggeris pulak saya gunakan bila datang rajin nak speaking. Little known selain dari dua bahasa ini, sekali-sekala dalam Bahasa Jepun. Asalkan faham sudah!

Tweet Terkini



Instagram Terkini



Arkib Blog