25 Jun, 2010

Maafin…

| No comment

maafin

Ingatkan panas sampai ke petang, rupanya hujan di tengahari… Errr… Betul ke peribahasa tu? Huhuhu…

 

Aku hengat, pas MOH ari tuh, tak ler bizi sangat, padahal bizi nak mamfus. Sampai nak lunch pun 30 menit jer sekarang. Takut keje tak siap. Hahaha… Bizi tahap Gaban beranak (ber-anak yer, bukan beranak uwekkk). Mana nak selamatkan dunia lagi, mana nak layan anak lagik. Hahahaha… (Apa la aku merepek nih!) :p

 

Semenjak-dua-menjak nih, temperature hati aku selalu naik mendadak. Nada suara pun aku dah tak dapat nak kawal tinggi rendahnyer. Cara cakap biasa pun aku rasa macam meninggi suara. Apa ntah lagi kalo bernada tinggi. Dah macam menengking pun ada… Aku rasa tertekan sangat dengan keperluan kerja yang memerlukan aku bergerak constantly. Penat tu, jangan cakap la. Terkejar² sebab nak memenuhi permintaan orang itu ini. Manakan kerja yang perlu disiapkan cepat, mana pulak nak melayan panggilan² hangit yang berjaya membakar jiwa aku sampai rentung…

 

Saat tu, mula la aku tak dapat nak bezakan mana percakapan biasa, mana pernyataan yang memerlukan orang mengambil perhatian, dan mana pulak pernyataan yang menunjukkan aku membantah… Nada semua sama. Sampaikan abang aku call pun sama jer bunyiknya. Sampai merajuk orang tua tu…

 

Maafin aku deh! Gwe tak sengaja. Keadaan yang menjadikan aku jadik cam tu. Tak terdetik pun dalam hati nak menyinggung perasaan sesiapa. Abang sendiri, rakan sekerja… atau pun sesapa jer la yang terasa. Aku panik time tuh… Time panik, semua orang tak tau apa yang difikirkan. Aku tak terkecuali… Huhu!

 

Maaf jugak la aku tak menjawab telefon. Saat aku tengah “pening” cam tu, nasib baik aku dapat berfikir dengan rasional. Dari aku menyinggung perasaan orang, lebih baik aku tak angkat call sehinggalah habis bateri telefon tu dibuatnya. Tak perlu aku menjawab dengan suara yang kasar, orang yang memanggil tak sakit hati, aku pun tenang nak menyiapkan kerja² yang perlu disiapkan secepat mungkin…

 

Jadi, sekali lagi, maafin gwe… Gwe enggak sengaja deh!…

Tags : ,

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Bluekkk!!!

Nota Penting

Sorry guys! If you're looking for an informative blog, this is not it. This is my turf, my place to say my shit. But thanks for coming anyway! (^__^)

Ijann

Blog ini telah saya tulis semenjak tahun 2007 lagi sehinggalah sekarang. Ada kalanya saya rajin menambah entri dalam blog ini, tapi bila kemalasan melanda, selalunya saya akan berhenti menulis berminggu-minggu lamanya. Kalau bila datang rajin pulak, sehari sehingga 2-3 entry saya but.

Saya tak terikat untuk menggunakan satu bahasa saja dalam blog ini. Kadang-kala saya gunakan Bahasa Malaysia yang rasmi. Kadang-kala jugak, saya gunakan bahasa pasar. Bahasa Inggeris pulak saya gunakan bila datang rajin nak speaking. Little known selain dari dua bahasa ini, sekali-sekala dalam Bahasa Jepun. Asalkan faham sudah!

Tweet Terkini



Instagram Terkini



Arkib Blog