20 Jun, 2010

Hari Ahad…

| 3 Comments

tido

Hari Ahad ni adalah merupakan hari Ahad yang agak tenang bagi aku. Aku masih lagi boleh bangun lambat daripada hari biasa. Dan pada hari Ahad ni jugaklah aku boleh meluangkan masa untuk melakukan perkara² untuk diri sendiri… Mungkin Ahad depan dan Ahad² seterusnya aku akan sibuk dengan komitmen kerja. No more waking up late until who knows when!

Tapi kadang-kala, rasa seronok jugak buat memenda yang luar dari kebiasaaan. Sekurang²nya, aku tau macam mana rasanya untuk tidak mempunyai masa untuk diri sendiri pada hari Ahad. Merasa gak macam mana hari Ahad yang selalunya dihabiskan di tempat tidur, dihabiskan di tempat lain; say workplace. Hahaha… That’s where I’ll be spending my time this coming weekends. Sampai bila? Probably until the new hospital runs smoothly with less problems…

Sebenarnya, aku memang menunggu hari di mana tempat aku bekerja sekarang ni dibuka dengan rasminya. Nak tengok macam mana hasil kerja yang aku buat semenjak aku masuk bekerja dulu will end up. Will it go as planned or will it still go with hiccups. Aku amat² berharap semuanya akan berjalan dengan lancar dan smooth sebab sekiranya ada masalah, tak perlulah aku nak berhadapan dengan masalah yang rumit untuk diselesaikan. Less hiccups means my work there was nicely done!

Berbalik pada hari Ahad. Sebenarnya, aku memang selalu menunggu kedatangan hari Ahad. Sebab selalunya, aku akan selalu tidur lambat dengan membuat kerja² untuk diri sendiri. Macam malam tadi, aku tidur hampir pukul 6.00 pagi (ngeeeee…) dan bangun hampir pukul 12.00 tengahari. Apa yang aku buat? Surfing! Hihihi… Salah satu hobi aku kalau berada depan PC. Cuma malam tadi aku stuck sampai pagi sebab nak membuat research pasal upgrading iPhone aku. Memacam website yang aku refer sebab nak upgrade dari firmware 3.0.1 ke 3.1.3 dengan selamat. Almaklumlah… iPhone yang dah di”jailbreak” ni kena particular sikit kalo nak upgrade!

iphone


I end up, without upgrading at last!

Hahahaha… Macam buang masa jer depan PC mencari jalan paling selamat untuk upgrade. Tapi bila tengok banyak sangat masalahnya, aku tak jadik nak upgrade. Karang elok² iPhone tu buleh guna, tak boleh pakai pulak nanti.

Tapi, walaupun aku tak upgrade, at least aku dah taw cara² nak upgrade jailbreak iPhone yang agak tricky tu. Tambah lagik satu ilmu dengan internet nih. Hihihihi… You lost something to gain something. In my case; time!

Urghhh!!! Lapar plak perut nih!. Aku nak gi makan dulu la. Lagi pun aku tak der idea nak tulis apa lagik. Nanti aku sambung…

Tags : ,

3 ulasan:

  1. apa nk riso upgrade fon hat dah officially UNLOCK... pakai ja Pwnage Tool + Spirit ka apa ka...

    BalasPadam
  2. Hahaha... Macam tak brani nak buat! :p

    BalasPadam
  3. xder idea nk tulis ape??da pnjng da nie...xdew idea mende...hahahah =p

    BalasPadam

Bluekkk!!!

Nota Penting

Sorry guys! If you're looking for an informative blog, this is not it. This is my turf, my place to say my shit. But thanks for coming anyway! (^__^)

Ijann

Blog ini telah saya tulis semenjak tahun 2007 lagi sehinggalah sekarang. Ada kalanya saya rajin menambah entri dalam blog ini, tapi bila kemalasan melanda, selalunya saya akan berhenti menulis berminggu-minggu lamanya. Kalau bila datang rajin pulak, sehari sehingga 2-3 entry saya but.

Saya tak terikat untuk menggunakan satu bahasa saja dalam blog ini. Kadang-kala saya gunakan Bahasa Malaysia yang rasmi. Kadang-kala jugak, saya gunakan bahasa pasar. Bahasa Inggeris pulak saya gunakan bila datang rajin nak speaking. Little known selain dari dua bahasa ini, sekali-sekala dalam Bahasa Jepun. Asalkan faham sudah!

Tweet Terkini



Instagram Terkini



Arkib Blog