31 Mac, 2010

Selamat tinggal pejabat IT lama...

| 1 Comment







Pejabat IT Services yang sekarang ni berada di belakang bangunan Hospital Tawakal lama, dah mula berpindah sikit demi sikit ke bangunan baru. Memang keje mencabar nak memunggah barang-barang "antik" kat IT tu. Penuh dengan habuk, sampah dan unusable items (ada yang berusia semenjak tahun 1988). Aku pun tak taw la berapa lama usia pejabat IT Hospital Tawakal ni kat situ, tapi, apa yang boleh aku katakan, ianya memang lama. Pejabat pun dah tak macam pejabat, more to store to me. Huhu...







Kalau korang peratikan, gambar kat atas ni adalah gambar laluan masuk untuk ke bilik IT. Sure korang rasa lorong tu macam nak ke stor mana ntah... kan? Tapi itulah hakikatnya. Aku dulu pun tertipu gak. Rhopanya lorong nak ke IT. Hehu...












Gambar kat atas ni plak, gambar opis IT (lepas bebarang dihangkut) lepas korang melalui lorong tadi tu. Peringatan untuk orang yang ada asma, korang memang tak boleh masuk kat bilik IT ni sebab bilik IT ni penuh dengan debu dan habuk. Sah-sah korang akan dapat selesema bila masuk bilik nih. Aku pun tak tahan sebenarnya!

Tapi, alhamdulillah... Lepas aku dengan beberapa budak IT mengemas dan mengangkat barang-barang dari situ ke bangunan baru, barulah terasa diri bekerja kat situ. Hihihi... Nanti aku hapdet plak pasal opis baru di Tawakkal Hospital eyh! Stay tune...

Tags :

1 ulasan:

Bluekkk!!!

Nota Penting

Sorry guys! If you're looking for an informative blog, this is not it. This is my turf, my place to say my shit. But thanks for coming anyway! (^__^)

Ijann

Blog ini telah saya tulis semenjak tahun 2007 lagi sehinggalah sekarang. Ada kalanya saya rajin menambah entri dalam blog ini, tapi bila kemalasan melanda, selalunya saya akan berhenti menulis berminggu-minggu lamanya. Kalau bila datang rajin pulak, sehari sehingga 2-3 entry saya but.

Saya tak terikat untuk menggunakan satu bahasa saja dalam blog ini. Kadang-kala saya gunakan Bahasa Malaysia yang rasmi. Kadang-kala jugak, saya gunakan bahasa pasar. Bahasa Inggeris pulak saya gunakan bila datang rajin nak speaking. Little known selain dari dua bahasa ini, sekali-sekala dalam Bahasa Jepun. Asalkan faham sudah!

Tweet Terkini



Instagram Terkini



Arkib Blog