05 Mac, 2010

Hari pertama di Tawakkal...

| 1 Comment

Hari pertama di Tawakkal, semuanya berjalan lancar. Pagi tu, aku gi dulu ke HR sebab nak uruskan hal transfer aku ke Tawakkal. Nasib baik tak banyak hal yang timbul masa kat HR, semua berjalan dengan lancar sekali...

Lepas semua settle kat HR, aku terus ke IT di bangunan lama Tawakal. Time ni la En. Roslan (bos baru aku yang cool) suruh Bro Mazri kenalkan aku kat semua department kat Tawakal since dia ada kerja nak buat. So, menawaflah aku kat Tawakal lama dan berjumpa dengan semua staff Tawakal yang aku dah agak familiar.

Time masuk akaun la yang paling kecoh. Mana taknya... Hampir semua dekat akaun aku dah kenal dan dah berjumpa. Bila Bro Mazri tu bagi taw kat derang staff baru IT adalah aku, derang macam tak percaya lak. Hahaha... Tapi best gak lah. Derang bagik warm welcome pada aku sebab dah join Tawakal... Soon to be Tawakkal.

Bila dah habis menawaf Tawakal lama, aku dengan En. Roslan bergerak ke bangunan Tawakkal baru. Terus kami shoot ke tingkat 10 di mana IT Tawakkal berada. Tengok lebih kurang kat opis sebab semua masih belum teratur. Banyak yang tak siap itu ini.

So, En. Roslan bagik aku tour special kat hospital baru ni, bermula dari tingkat 10 turun ke tingkat 9 dan sampailah ke ground floor. Fuh!!! Penat giler. Dah la besar hospital ni, satu floor habis kita orang masuk sebab nak cek kat mana LAN and AP berada. Dah taw kat mana, senan nak configure apa-apa.

Dari anjung berhadapan lif visitor, nampak pemandangan keseluruhan Bandaraya Kuala Lumpur. Memang cantik abes. Tunggu aku nak tembak kat sini nanti…

Bangunan PharmaCARE, Opis lama aku… Betul cakap si Adli, tengok derang ni, hujung mata jer kalo dari opis baru. Wahahahaha… Jangan marah aaa Adli!

Rumah aku pun nampak dari opis baru aku nih. Memang strategik tempatnya… 360 darjah boleh nampak pemandangan KL. Tapi at different point of view la…

Keadaan IT Tawakkal yang masih belum tersusun. Switch sana sini. Huhuhu… Meja pun belum tentu lagi kat mana. Tapi, aku dah cop dulu. Wakakakakaka…

Sebelah opis aku, dalam bilik kaca tu, bilik server. Semua tengah setup time nih. Time aku snap gabar nih guna iPhone, sumer dah jalan…

Ha! Hambek ko. Semua dalam kotak lagik… Nasib baik bukan aku yang buat. Sumer kontraktor yang buat. Aku tengok ajer jer la…

Server rack baru… Server di dalamnya tengah di setup. Ada satu lagi dalam bilik IT, blom di bawak masuk. Tunggu cable optik di terminate, baru derang masukkan…

Ha, gambar-gambar kat atas tu adalah gambar yang aku tangkap masa kat IT (balik karang aku bagitaw description pasal semua gambar). Banyak lagi yang tak siap. Meja pun penuh ngan sampah dan kotak.

Banyak kerja yang nak dibereskan nanti. Semua pending sebab netwok still tak siap lahi. Bila dah siap nanti, kaki jadi tangan, tangan jadi kaki sudah. Banyak menda yang aku kena buat nanti. Just enjoy the calm before come the storm...

Fun working on the first day... Besh.


[via iPhone]

Tags :

1 ulasan:

  1. wah...........cntek gilew tmpatnye.....server dlm bilik kaca ag tu...huhuhuh......bestnye....msti smgt je ken kje kt tmpat bru dibukak...hhuhuh....sukew nngok bilik server....hhehhehehee....enjoy your work...skunk dh msuk IT dh...hheheh...gud luck...*1st gaji blanje susi ag*.....lalalalal

    BalasPadam

Bluekkk!!!

Nota Penting

Sorry guys! If you're looking for an informative blog, this is not it. This is my turf, my place to say my shit. But thanks for coming anyway! (^__^)

Ijann

Blog ini telah saya tulis semenjak tahun 2007 lagi sehinggalah sekarang. Ada kalanya saya rajin menambah entri dalam blog ini, tapi bila kemalasan melanda, selalunya saya akan berhenti menulis berminggu-minggu lamanya. Kalau bila datang rajin pulak, sehari sehingga 2-3 entry saya but.

Saya tak terikat untuk menggunakan satu bahasa saja dalam blog ini. Kadang-kala saya gunakan Bahasa Malaysia yang rasmi. Kadang-kala jugak, saya gunakan bahasa pasar. Bahasa Inggeris pulak saya gunakan bila datang rajin nak speaking. Little known selain dari dua bahasa ini, sekali-sekala dalam Bahasa Jepun. Asalkan faham sudah!

Tweet Terkini



Instagram Terkini



Arkib Blog