07 Februari, 2010

Puaka 7 Futsal Tournament 2010

| 3 Comments

Salam… Ahad, 7 Februari, 2010. Ari ni cuti, so bley lambat bangun. Tapi aku terlupa lak yang hari ni ada Futsal Tournament yang dianjurkan oleh Puaka 7. Suppose aku kena gi sana dalam kul 10 pagi, tapi terlajak lak aku bangun… pukul 11 pagi. Ehehehehe!!! (^_^!) Ala, tapi aku bukannya komiti pun untuk Futsal Tournament tu, just suka-suka jer tolong 2 brother aku kat Ampang Puteri tu; Ariff dengan Syafik. Derang mintak tolong aku buatkan tag untuk komiti tournament derang. Bahan-bahan derang yang bagik, aku buatkan ajer… So kalo bahan² tu derang cilok dari memana, maafkanlah derang yer…

So, ari nih, kalau diikutkan, aku nak jer sambung tidur since dah terlajak bangunkan, tapi sebab Ariff dengan Syafiq beria-ia mengajak aku ke tournament derang, aku gi jer. Bagi sokongan skek kat 2 orang brother aku tu. Sorry yer aku terlambat datang. Hiahahaha… Bangun lambat :p

Sempat gak la aku tengok perlawanan akhir futsal tu. Tak taw la aku team mana lawan team mana. Yang aku taw jer, keadaan masa aku sampai dah hingar bingar ngan sorakan mereka yang hadir. Aku dok tepi jer. Aku bab-bab menda cam ni, aku kurang arif skek. Maklum lah, kaki bangku. Ajak tengok boleh la. Nak main… MINTAK MAHAP. :p

So, bebawah ni, gegambar yang sempat aku snap time perlawanan akhir futsal tournament tu. Enjoy gak!…

Habis jer tournament, derang (komiti) angkut aku gi makan kat Keramat. Ikut jer la. Hihihihi… Dengar derang borak pasal tournament tadik. Aku dengar jer. Tak pandai aku nak mencelah. Kang shilap cakap, buat malu aku jer. Hahahaha… Tapi tak per lah, janji Ariff ngan Syafik bahagia sebab event derang berjaya dijalankan pada hari ni. Syabas untuk Puaka 7 (seram jer nama dia…).

p/s: First time aku gi tournament futsal! Hahaha… Kampong betol aku. Kampong pun tak macam nih!!! :p

Tags : , ,

3 ulasan:

  1. leh nk g tau..blew bace je namew puaka 7....sye tergelak2....hahhaha...namew nk gerun je....hahhahaha....

    BalasPadam
  2. Tu la pasal... Tapi besh apa nama tue!!

    BalasPadam
  3. best ea???dr gmbaran mukew mereka...x menggambarkan jiwa mereka puaka pon....hahhaah

    BalasPadam

Bluekkk!!!

Nota Penting

Sorry guys! If you're looking for an informative blog, this is not it. This is my turf, my place to say my shit. But thanks for coming anyway! (^__^)

Ijann

Blog ini telah saya tulis semenjak tahun 2007 lagi sehinggalah sekarang. Ada kalanya saya rajin menambah entri dalam blog ini, tapi bila kemalasan melanda, selalunya saya akan berhenti menulis berminggu-minggu lamanya. Kalau bila datang rajin pulak, sehari sehingga 2-3 entry saya but.

Saya tak terikat untuk menggunakan satu bahasa saja dalam blog ini. Kadang-kala saya gunakan Bahasa Malaysia yang rasmi. Kadang-kala jugak, saya gunakan bahasa pasar. Bahasa Inggeris pulak saya gunakan bila datang rajin nak speaking. Little known selain dari dua bahasa ini, sekali-sekala dalam Bahasa Jepun. Asalkan faham sudah!

Tweet Terkini



Instagram Terkini



Arkib Blog