17 Februari, 2010

Menanti dan berat hati...

| 2 Comments

Salam...

Lama plak rasanya tak buat post. Ada gak dekat seminggu. Yelah... mana tak nyer. Sekarang kan dah ada hobi baru, asik nak menembak jer kerja nya. Sampai nak buat post pun terlupa. Ahaks... Nanti kalo aku rajin aku postkan sinih gegambar yang aku hambek.

Sebenarnya, banyak menda yang jadik this past few days. Antaranya pergi rumah Zack kawen, gi karok, dan tak kurang jugak acara memenatkan badan dengan menawaf kat Nilai 3 meneman Kak Shima shopping barang. Memang penat yarabi. Tapi seronok gak la... Nama jer cuti, tapi langsung tak rehat kat rumah. Kalo tak ke mana pun, sibuk gi menembak gambar...

Bulan depan kemungkinan besar aku akan menamatkan khidmat aku kat Ampang Puteri dan menyambung pulak khidmat aku kat Tawakal. Tapi, aku pelik gak... Sebab sampai sekarang surat offer tak sampai-sampai kat tangan aku nih. Yaperda. Lambat laks. Nak kata tak jadik, orang-orang kat Tawakal dah cakap aku confirm dah ke sana. Aku pun dah pening. Apa pun, pemergian aku ke sana memang aku tak sabar menunggu. Tak sabar nak memulakan hidup baru kat tempat baru, suasana baru, rakan kerja baru, dan yang pentingnya tugas baru; sebab utama aku menerima pertukaran ke sana...

Tapi, aku rasa sedih gak nak meninggalkan Ampang Puteri ni. Baru nak rapat dengan beberapa budak kat sana, dan boleh dikatakan perhubungan aku dengan mereka sudah semakin rapat jugalah... Tapi terpaksalah aku pergi jugak kerana cita-cita dan impian aku selama nih. Tak apalah, mana saja aku pergi, ke mana saja aku berada... jika derang masih menganggap aku sebagai mana sekarang, kami tetap akan rapat...

Huh! Dah ala-ala monolog plak. Sambung nanti lah... Chow Bedah!

[via iPhone]

Tags : ,

2 ulasan:

  1. Pakai ALin punya offer letter dulu, nanti bagi balik.. :D

    BalasPadam
  2. nk wat cmne....bru je nk start rapat ngan ramai org..kita kne g...huhu....(pernah merasainya)...ehehhehe

    BalasPadam

Bluekkk!!!

Nota Penting

Sorry guys! If you're looking for an informative blog, this is not it. This is my turf, my place to say my shit. But thanks for coming anyway! (^__^)

Ijann

Blog ini telah saya tulis semenjak tahun 2007 lagi sehinggalah sekarang. Ada kalanya saya rajin menambah entri dalam blog ini, tapi bila kemalasan melanda, selalunya saya akan berhenti menulis berminggu-minggu lamanya. Kalau bila datang rajin pulak, sehari sehingga 2-3 entry saya but.

Saya tak terikat untuk menggunakan satu bahasa saja dalam blog ini. Kadang-kala saya gunakan Bahasa Malaysia yang rasmi. Kadang-kala jugak, saya gunakan bahasa pasar. Bahasa Inggeris pulak saya gunakan bila datang rajin nak speaking. Little known selain dari dua bahasa ini, sekali-sekala dalam Bahasa Jepun. Asalkan faham sudah!

Tweet Terkini



Instagram Terkini



Arkib Blog