08 Februari, 2010

Kempen tegur menegur!

| 1 Comment

tegur

Salam… Korang sure dah ada Facebook kan? Sekarang ni dah macam pelik plak kalo tak der Facebook. Macam dah jadik kemestian bagi sesapa yang dah biasa mengonlinekan diri kat internet nih. Sumenyer tak mo terlepas dengan trend terbaru ni. Aku pun sama daaa… Dah terjebak dalam kancah Facebook ni. Dari tak tau, terus jadik pro. Tambah plak kalo pat men game Facebook ni. Fuh! Memasing nak tunjuk hebat! Nasib baik aku dah kureng sikit main game tu…

Ada gak la yang dalam Facebook ni masuk untuk menunjukkan berapa ramai koleksi orang dalam friend list dia. Lebih ramai, mungkin lebih popular kot, kununnya. Ntah sesapa ntah yang dia klik untuk dia jadik koleksi friend list dia. Last-last, sorang pun dia tak kenal. Punyalah banyak list kawan dia, bukan beratus-ratus, beribu-ribu plak tu. Nak kata artis… tak la plak rasanya. Artis pun ada fan page dia sendiri dalam Facebook nih.

Huhuhu,,, Aku cukuplah sekadar add sesiapa yang aku rasa kenal. Paling tak pun, mesti ada 2-3 mutual friend yang ada dalam list orang yang nak aku add tu. Tu pun pikir 2-3 kali. Kalo tak der, totally stranger, jangan harap la aku nak add, Bukan sombong, bukan berhidung tinggi. Tapi tak der gunanya aku add, tapi tak pernah nak bertegur siapa kat dalam Facebook tu. Baik tak payah. Kalau bertegur siapa, dan nak jadikan kawan, tak per la jugak!…

Aku memang ngaku, list aku kat Facebook tu tak ramai. Lebih kurang dalam 280++ jer. Tu pun lepas aku tapis, samada aku kenal atau tak. Yang tinggal tu ajer la yang aku kekalkan dalam senarai friendlist tu. Samada kengkawan sekolah lama, kengkawan waktu belajar di U, kengkawan kerja dan sebagainya. Yang pasti aku kenal!…

Jadik, sekarang ni, aku nak melancarkan kempen aku sendiri tegur menegur ngan kengkawan Facebook yang aku dah add, tetapi dah lama aku tak tak tegur dalam tu. Merapatkan balik silaturrahim la katanya. Bukan apa, sayang kalo tak tegur... Kawan dah lama, bila dah dapat contact, buat tak taw pulak. Apa guna jadik kawan. So, kalo korang sayang ngan kengkawan korang, apa kata buat apa aku buat. Kat dalam Facebook tu pun dia ada mention memana kengkawan yang dah kita add tapi dah lama kita tak tegur. Contoh macam kat atas. Kita guna features tu dengan sebaiknya. Kawan tak hilang, hubungan makin rapat.

Yosh!

Tags : , ,

1 ulasan:

Bluekkk!!!

Nota Penting

Sorry guys! If you're looking for an informative blog, this is not it. This is my turf, my place to say my shit. But thanks for coming anyway! (^__^)

Ijann

Blog ini telah saya tulis semenjak tahun 2007 lagi sehinggalah sekarang. Ada kalanya saya rajin menambah entri dalam blog ini, tapi bila kemalasan melanda, selalunya saya akan berhenti menulis berminggu-minggu lamanya. Kalau bila datang rajin pulak, sehari sehingga 2-3 entry saya but.

Saya tak terikat untuk menggunakan satu bahasa saja dalam blog ini. Kadang-kala saya gunakan Bahasa Malaysia yang rasmi. Kadang-kala jugak, saya gunakan bahasa pasar. Bahasa Inggeris pulak saya gunakan bila datang rajin nak speaking. Little known selain dari dua bahasa ini, sekali-sekala dalam Bahasa Jepun. Asalkan faham sudah!

Tweet Terkini



Instagram Terkini



Arkib Blog