23 Februari, 2010

Jom gi opis aku!…

| No comment

Petang tadik, aku ngan Lan nyembang kat tipun. Suara dia bergema dalam tipun aku tu. Aku tanya ler, dia ngah dok kat mana, sebab pada sangkaan aku, mungkin dia duduk kat tangga kecemasan kot time dia buat call tu. Tapi sangkaan aku tu meleset sebab dia cakap dia dalam bilik miting. Hahahaha… Salah…

Then dia cakap, apa kata buat topik camner keadaan opis kita dari keluar rumah sampai ler duduk depan meja kerja. Aku pun menerima cabaran dia tu bersungguh-sungguh. Dia cakap, biar kita mulakan, then mintak budak Jaquezee buat lak. Hahahaha… Best gak idea tu. Selama nih, aku pun asyik wonder cemana keadaan opis kengkawan aku. Kalo rumah tu memang dah banyak kali gi.

So, kat bawah ni, aku post, gegambar ke opis aku. Enjoy!

1

Bermula dari sekolah cina di Jalan Pahang, aku memulakan perjalanan menuju Hospital Tawakal lama. Aku panjat jap jejantas sebab nak ambek gambo dari atas. Gigih tu nak buat report nih!. Hahahaha…

2

Bila dah sampai Hospital Tawakal lama, aku teruskan lak perjalanan ke Off Jalan Pahang. Ala, korang taw kat mana, jalan yang dekat dengan Restoran Haslam tu…

3

Jalan sikit, aku pun sampai le ke Bangunan PharmaCARE, di mana pejabat aku berada. Bangunan PharmaCARE ni berdepan jer dengan Hospital Tawakkal baru…

4

Bahagian bawah bangunan ni ialah pejabat cawangan Celcom. Besar jugak la tempat dia…

5

Blah kiri bagunan tu, ada satu lif yang digunakan oleh semua pekerja yang mana pejabat derang kat bangunan ni. Lif kat bawah ni, ialah level G, ada LG yang mana parking lot berada…

6

Yang ni plak, lif kat level aku. Tingkat 2…

7

Hahaha… Pas keluar jer dari lif tu, korang akan nampak lorong panjang nih. Bila malam memang nampak menakutkan. Huhuhuhu… Pintu tu la pintu pejabat aku!

8

Ni la pintu depan opis aku. Ngeeee… Salesman, direct selling tak bley masuk! (tapi ada gak yang tak taw nak baca dan terus masuk!)…

9

Lepas masuk jer melalui pintu kat atas tu, korang akan nampak bilik fail ni dulu, Semua memenda dokumen ada kat sinih. Nampak tak aku tengah shoot gambar kat bawah ni?. Hahaha…

10

Gambar bawah ni, adalah gambar pintu masuk tadik. Blah kanan kat mana aku shoot gambar tu adalah lorong kecik macam gambar…

11 
… bawah ni. Kena lalu lorong ni kalau nak sampai kat cubicle aku. Nak bwat cemana, cubicle besor bebenor!

12

Bila dah lalu lorong kecik tadik, nampak ler bahagian macam kat bawah ni. 3 dari hujung adalah tempat kerja aku sekarang nih. Ngeeee…

13

Haaaa… Dah sampai cubicle aku. Tengah semak meja aku tuh. Maklum ler tengah wat kerja time aku snap gambar ni guna A230. Hahahaha… Ha! Korang dah taw kat mana aku kerja. Tempat korang lak cemana? :p

14

Jumpa lagi yer kawan². Nanti aku post lak memenda lain guna kamera A230 aku tuh. Babai!…

Tags : ,

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Bluekkk!!!

Nota Penting

Sorry guys! If you're looking for an informative blog, this is not it. This is my turf, my place to say my shit. But thanks for coming anyway! (^__^)

Ijann

Blog ini telah saya tulis semenjak tahun 2007 lagi sehinggalah sekarang. Ada kalanya saya rajin menambah entri dalam blog ini, tapi bila kemalasan melanda, selalunya saya akan berhenti menulis berminggu-minggu lamanya. Kalau bila datang rajin pulak, sehari sehingga 2-3 entry saya but.

Saya tak terikat untuk menggunakan satu bahasa saja dalam blog ini. Kadang-kala saya gunakan Bahasa Malaysia yang rasmi. Kadang-kala jugak, saya gunakan bahasa pasar. Bahasa Inggeris pulak saya gunakan bila datang rajin nak speaking. Little known selain dari dua bahasa ini, sekali-sekala dalam Bahasa Jepun. Asalkan faham sudah!

Tweet Terkini



Instagram Terkini



Arkib Blog