31 Januari, 2010

Karok round 1... Sing!

| No comment

Aku lupa nak buat entry ni smalam. Kelupaan... Nyambil aku menunggu Yun kat GP nih, bley la aku buat entry pasal karok smalam.

Pas keje (di hari cuti Thaipusam), aku, Adli ngan Kak Shima terus shoot ke Red Box, Sogo untuk berkarok. Kunun derang berdua nak buat farewell untuk aku yang akan ke Tawakkal tak lama lagi. Bila tu, aku pun tak taw. Saja je derang nak buat sebab soon, farewell yang betulnya derang berdua tak bley nak datang (atas sebab-sebab peribadi).

Sebetulnyalah bagi aku, tak payah nak buat farewell pun tak apa. Aku bukannya nak berhenti kerje ker apa... Just transfer jer ke hospital lain. Bangunan pulak tu berhadapan jer dengan bangunan sekarang. Nak gi lunch sekali macam biasa pun boleh.

Time baru sampai kat Redbox

Aku sempat gak snap gambo sendiri...

Adli tengah nyanyik!

Time nak balik!

2 jam berkarok, rasa macam tak cukup jer. Baru nak habis warm-up, dah tinggal sejam nak abes. Tak sempat nak nyanyik lagu best-best, dah habis. Huhu... Nak karok lagi!!! Sesapa nak gi karok, ajak la aku. Hihihi...

*Edited using Windows Live Writer


[via iPhone]
Tags :

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Bluekkk!!!

Nota Penting

Sorry guys! If you're looking for an informative blog, this is not it. This is my turf, my place to say my shit. But thanks for coming anyway! (^__^)

Ijann

Blog ini telah saya tulis semenjak tahun 2007 lagi sehinggalah sekarang. Ada kalanya saya rajin menambah entri dalam blog ini, tapi bila kemalasan melanda, selalunya saya akan berhenti menulis berminggu-minggu lamanya. Kalau bila datang rajin pulak, sehari sehingga 2-3 entry saya but.

Saya tak terikat untuk menggunakan satu bahasa saja dalam blog ini. Kadang-kala saya gunakan Bahasa Malaysia yang rasmi. Kadang-kala jugak, saya gunakan bahasa pasar. Bahasa Inggeris pulak saya gunakan bila datang rajin nak speaking. Little known selain dari dua bahasa ini, sekali-sekala dalam Bahasa Jepun. Asalkan faham sudah!

Tweet Terkini



Instagram Terkini



Arkib Blog