05 Januari, 2010

JQZ’s Cameron Highland Trip 2010 – Part 1

| 2 Comments

Salam semua… Akhirnya, dapat gak aku buat entry selepas aku dengan kengkawan Jaquezee  bercuti sekali lagi di Cameron Highland pada 1-3 haribulan Januari, 2010 yang lepas. Kitaorang memang menunggu vacation kali ni sebab memang dah lama kitaorang plan untuk ke sana. Dan alhamdulillah, apa yang kitaorang plan memang menjadi dan kami memang menghabiskan masa bersuka-suki di Cameron Highland seadanya…

Sebenarnya, aku memang menghadapi masalah nak buat entry lima tujuh bahagian ni. Kenapa? Sebab aku kena pilih gambar-gambar terbaik daripada beribu-ribu keping gambar yang kitaorang ambik. Mana taknya. Dari kamera official saja dah 1000++ keping, belum lagi dari kamera yang lain. Aku nyer, Ijat nyer… Yan, Sue, Lia. Tu pun nasib baik sebab Lan dengan Shahrul tak bawak kamera. Kalau tak? Berapa lagi la gambar yang nak aku proses dan filter untuk aku boh dalam blog ni. Mati la!

Owh, lupa lak. Post ni pun akan turut diterbitkan kat blog rasmi Jaquezee. Huhuhuhu… Lama betul tak buat post kat sana. Lalalala… Okaylah. Without further ado, aku mulakan report Trip ke Cameron Highland 2009 ni sekarang. Enjoy everyone!

Untuk trip ke Cameron Highland kali ni, yang hadir adalah:

  • Jacky Lan
  • Shahrul Bariah
  • Izard
  • Ijann
  • Man
  • Yan
  • Bard
  • Sue
  • Adie
  • Lia

banner copy

Pre-Cameron Highland (31 Disember 2009)

Hari terakhir pada tahun 2009. Kalau diikutkan hati, memang dah tadak mood nak bekerja hari ni. Mana tak nyer, esok dah nak ke Cameron untuk vacation. Keje ntah ke mana dah… Otak dah sampai Cameron dah pown. Bebudak yang lain pun sama. Ada sesetengah ahli Jaquezee yang ambek cuti hari ni, ada yang ambek half day. Yang kerja tapi tak macam kerja pun ada. :p

Bagi aku lak, lepas jer habis kerja, aku terus balik ke rumah. Kengkawan sepejabat yang ajak minum sekali aku tolak dengan alasan nak mengemas barang yang masih lagi belum di pack. Ye la… Aku tak sempat pun nak pack apa-apa dari semalamnya. So, kenalah buat pas habis kerja tu.

Kalau ikut plan masa miting Jaquezee hari tu, aku dengan 4 lagi ahli Jaquezee (aku, Ijat, Bard, Adie ngan Lia) akan bermalam di rumah Yan dan Man. Kitaorang kena tidur rumah Yan dengan Man sebab kami tak nak terlambat untuk rendezvous ngan Lan, Shahrul ngan Sue kat RnR Rawang. Cadang, kitaorang sampai ke RnR Rawang pukul 8.60 pagi. So, tidur di Rumah Yan ngan Man menyelesaikan semua masalah kelewatan.

Pukul 10.00 malam, Ijat call aku. Dia tanya aku kat mana. Time tu, aku baru jer siap packing dan nak turun ke GP. Nasib baik la ada beg besar. Tak payah la nak bawak beg bebanyak. Cuma aku terpaksa la tambah beg jinjit satu untuk aku masukkan hadiah dengan tuala sebab dah tadak space kat beg besar tuh. Lepas siap semua, aku pun turun la ke GP nak join Ijat kat GP menunggu yang lain.

Nasib baiklah tak lama menunggu derang. Lepas air aku order sampai, derang pun sampai dengan kereta Toyota Unser. Kitaorang makan dulu memana yang patut sebelum kami berjalan malam kemudiannya. Kitaorang bergerak ke Selayang untuk ke pasaraya NSK untuk membeli ayam dan barang-barang lain. Then, kitaorang gerak pulak ke Downtown kat Cheras sebab aku dengan Lia nak beli selimut. Sekejap jer kat Downtown tu, hanya aku, Lia ngan Adi jer yang pergi. Yang lain tunggu kat kereta sebab memasing dah ngantuk. Time tu dah pukul 2 pagi dah.

Time nak gerak ke rumah Man dan Yan, kitaorang singgah jap kat 7 Eleven sebab nak mendapatkan bekalan “Breath Right”. Ye la, memasing semua ada alat orkestra memasing. So, nak menyedapkan lagik orkestra kitaorang tu, kena la beli alat bantuan pernafasan. Hihihihi…

Sampai jer rumah Man ngan Yan, kitaorang turunkan semua barang dari kereta dan mula bersiap sedia untuk tidur. Ada yang mandi, ada yang main kucing, tengok tivi, main PSP. Marinate ayam pun ada gak. Then bila semua dah settle down, bermulalah orkestra malam…

Tags : , , ,

2 ulasan:

  1. wah2...jap2...nk packing beg jugak...nk ikowt....heheheh..tggu ea...jap jew....hahhahaha

    BalasPadam
  2. Cepat sket... Nanti tertinggal...

    BalasPadam

Bluekkk!!!

Nota Penting

Sorry guys! If you're looking for an informative blog, this is not it. This is my turf, my place to say my shit. But thanks for coming anyway! (^__^)

Ijann

Blog ini telah saya tulis semenjak tahun 2007 lagi sehinggalah sekarang. Ada kalanya saya rajin menambah entri dalam blog ini, tapi bila kemalasan melanda, selalunya saya akan berhenti menulis berminggu-minggu lamanya. Kalau bila datang rajin pulak, sehari sehingga 2-3 entry saya but.

Saya tak terikat untuk menggunakan satu bahasa saja dalam blog ini. Kadang-kala saya gunakan Bahasa Malaysia yang rasmi. Kadang-kala jugak, saya gunakan bahasa pasar. Bahasa Inggeris pulak saya gunakan bila datang rajin nak speaking. Little known selain dari dua bahasa ini, sekali-sekala dalam Bahasa Jepun. Asalkan faham sudah!

Tweet Terkini



Instagram Terkini



Arkib Blog