23 Januari, 2010

Hotmail selama 10 tahun++

| 3 Comments
Capture

Pejam tak pejam, dah dekat 10 tahun lebih dah aku menggunakan Hotmail. Terasa macam baru semalam jer aku bukak akaun Hotmail nih. Huhuhu… Macam nak nangis pun ada. Setia betul aku menggunakan perkhidmatan mereka nih. Walaupun sekarang ni orang lebih suka dengan Yahoo! Mail, tapi, aku lebih selesa dengan Hotmail. 

Biarlah apa orang nak cakap. Buktinya adalah emel yang aku boh kat atas tu… Sebelum Yahoo! meletup lagik dan jadik gergasi internet, aku dah pun guna perkhidmatan Hotmail.

Aku mula mengaktifkan emel Hotmail ni pada tahun 1996. And the rest is history. Time tu, internet di kalangan public memang ditahap suam² kuku. Tak berapa ramai yang tau pasal internet waktu tu. Tapi, aku dah pun mula menggunakan internet bagai. Sanggup beratur panjang sebab nak pakai komputer berinternet. Time tu la aku daftar akaun Hotmail ni dan guna sampai sekarang… 

Lama kan? Lebih kurang 14 tahun aku guna khidmat Hotmail. Tapi time tu, Hotmail belum lagi dibeli Microsoft. Dia masih lagi website independent yang menawarkan emel percuma. Cuma bila penggunaan Hotmail ni meletup time tu, Microsoft beli dari derang. Huhuhuhu… Senangkan keje derang. Dah top baru la nak ambek alih…

Well… Kita sambung 14 tahun lagik penggunaan Hotmail ! Kikikiki…
Tags : , , ,

3 ulasan:

  1. ha!!!!dh 14 taun???gilew tua...hahahahah...sye bru jew 5 taun....yaAllah...mudewnyew n cutenye sye....hahahahahah....

    BalasPadam
  2. AMpeh lagik sekali untuk Azrin. Huhuhuhu!!!

    BalasPadam
  3. lalalalala.....sye x terima apew2 hampeh...lalalalala...hahahah

    BalasPadam

Bluekkk!!!

Nota Penting

Sorry guys! If you're looking for an informative blog, this is not it. This is my turf, my place to say my shit. But thanks for coming anyway! (^__^)

Ijann

Blog ini telah saya tulis semenjak tahun 2007 lagi sehinggalah sekarang. Ada kalanya saya rajin menambah entri dalam blog ini, tapi bila kemalasan melanda, selalunya saya akan berhenti menulis berminggu-minggu lamanya. Kalau bila datang rajin pulak, sehari sehingga 2-3 entry saya but.

Saya tak terikat untuk menggunakan satu bahasa saja dalam blog ini. Kadang-kala saya gunakan Bahasa Malaysia yang rasmi. Kadang-kala jugak, saya gunakan bahasa pasar. Bahasa Inggeris pulak saya gunakan bila datang rajin nak speaking. Little known selain dari dua bahasa ini, sekali-sekala dalam Bahasa Jepun. Asalkan faham sudah!

Tweet Terkini



Instagram Terkini



Arkib Blog