17 Disember, 2009

Windows Live Writer.

| 3 Comments

LiveWriter

Hari ni, aku nak perkenalkan kat korang pasal Windows Live Writer. Sure korang wonderkan ni software pasal apa. Untuk serious blogger (cam aku ke?), software untuk menulis posting ke dalam blog memang banyak membantu. So, this is what the software is all about. It’s a blog writing programme for serious blogger. Banyak features yang tak terdapat dalam website untuk menulis entry dalam posting…

Dan apa yang penting, software ni free. Tapi, korang kenalah download bersama² beberapa software lain, sebab ianya datang dalam bulk. Tapi rasanya sekarang ni, boleh download software ni saja kot. Ntah la. Sebab aku dah lama pakai software ni, tak taw la yang terbarunyer.

Sebenarnya, software ni jenis WYSIWYG, what you see is what you get. Apa yang korang bentuk kat dalam software ni, cam tu la yang akan keluar dalam blog korang. Itulah apa yang aku suka. Part yang paling aku suka ialah effect gambar yang aku bubuh dalam blog aku. Tak payah aku nak edit kat Photoshop pastu upload. Just pilih jer memana gambar yang aku nak, lepas tu yang lain dia akan buatkan untuk aku. Efek gambar yang paling aku suka ialah gambar polaroid yang slalu aku guna dalam blog nih. Memang best!

Time nak publish plak, pun senang. Korang boleh pilih samada nak publish terus ke blog, atau simpan dulu sebagai draft kat blog korang. Bebila jer korang boleh upload entry tu. Korang boleh set ketegori, set tarikh publish, tag dah semuanya lah…

Aku memang suka software nih. Tak perlu nak menaip kat ruang yang sekangkang kera kat blogger tu. Korang try la pakai. Aku recommend!

Kalo korang nak download software ni, gi sinih: Windows Live Writer.

Tags : , , , ,

3 ulasan:

  1. tau x pew....kangkang kera ag besar dr tmpat nk taip tu...huhuh....nk jugak bndew tu...nk download jugak...heheheh..terima kasih abg ijann berkongsi idea...yeeehaaa!!!

    BalasPadam
  2. Jom guna reramai!... Sungguh best software nih!

    BalasPadam

Bluekkk!!!

Nota Penting

Sorry guys! If you're looking for an informative blog, this is not it. This is my turf, my place to say my shit. But thanks for coming anyway! (^__^)

Ijann

Blog ini telah saya tulis semenjak tahun 2007 lagi sehinggalah sekarang. Ada kalanya saya rajin menambah entri dalam blog ini, tapi bila kemalasan melanda, selalunya saya akan berhenti menulis berminggu-minggu lamanya. Kalau bila datang rajin pulak, sehari sehingga 2-3 entry saya but.

Saya tak terikat untuk menggunakan satu bahasa saja dalam blog ini. Kadang-kala saya gunakan Bahasa Malaysia yang rasmi. Kadang-kala jugak, saya gunakan bahasa pasar. Bahasa Inggeris pulak saya gunakan bila datang rajin nak speaking. Little known selain dari dua bahasa ini, sekali-sekala dalam Bahasa Jepun. Asalkan faham sudah!

Tweet Terkini



Instagram Terkini



Arkib Blog